Di minta jasa baik seluruh family Abu Bakar mendoakan @ membacakan Surah Yassin utk kesejahteraan & keselamatan Hj.Hamzah (abg @ pakwe) yg akan menjalani pembedahan membuang ketumbuhan yg di hidapinya pd 30/6/08 (esok) di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Semoga Allah memberikannya dan keluarganya kekuatan dlm menghadapi dugaan ini. Marilah kita sama2 mendoakan agar penyakit yg d tanggungnya hilang dgn berkat dan kuasa Allah..Amin! Pada seluruh family Abu Bakar d harap jika ada kelapangan masa marilah kita sama2 menziarahi Abg @ Pakwe samada d hospital d jb atau d Melaka nanti...InsyaAllah!! Moga Abg @ Pakwe selamat menjalani pembedahan! InsyaAllah..Amin..Amin Ya Rabballalamin!!
Monday, June 30, 2008
Hj.Hamzah b. Hj.Abu Bakar (Abg @ Pakwe) Akan Menjalani Pembedahan
Posted by Abu Bakar's Family at 2:57 AM 2 comments
CONGRATULATIONS FOR HANNAH NAJIHAH HJ.RAZAK
Tahniah di ucapkan khas buat Hannah Najihah bt Hj.Razak (Ana), kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UITM) Dungun, Terengganu. Semoga Ana terus berjaya dan berjaya mencapai cita2 yg di impikan..Moga Allah sentiasa melindungi mu dlm menempuh liku2 kehidupan! Amin..InsyaAllah
Posted by Abu Bakar's Family at 2:47 AM 3 comments
Friday, June 27, 2008
Doa Untuk Kesejahteraan Seluruh Family Abu Bakar
Doa Untuk Kesejahteraan Seluruh Family Abu Bakar Yg Telah D bacakan Semasa Kenduri D Rumah Mak Long
Bacaan Yassin ini kami sedekahkan kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. , keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda, para aulia’, para anbia’, para shuhada’,para tabiin, seluruh kaum muslimin & muslimat sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia, kedua ibu-bapa kami, guru-guru kami, kaum keluarga kami dan tidak lupa untuk diri kami sendiri.
Kami sedekahkan pahala bacaan Yassin ini kepada Arwah Abah Hj Abu Bakar bin Hj Jalil, atuk2, nenek moyang dan seluruh ahli keluarga yang telah kembali ke rahmatullah.
Berkumpulnya kami pada malam ini dengan satu hasrat supaya dilembutkan hati-hati ahli keluarga kami ini supaya saling sayang-menyayangi antara satu sama lain semata-mata kerana Engkau YaAllah, hormat-menghormati, sentiasa berfikiran positif, tidak berdendam atau iri hati di kalangan ahli keluarga, bersatu padu, bersangka-baik dan dipermudahkan perbincangan sekiranya ada sebarang masalah. Sentiasa berdoa dan berusaha untuk memajukan diri setiap ahli keluarga untuk dunia dan akhirat.
Kami memohon kepadaMu Ya Allah, supaya dengan penyatuan kami pd malam ini, kami memohon taubat nasuha supaya engkau mengampunkan segala dosa-dosa yang telah kami lakukan secara sengaja atau tidak, dosa-doa kedua ibu bapa kami, guru-guru kami, ahli keluarga kami dan seluruh kaum muslimin & muslimat.
Kuatkan Iman kami, dapatkanlah kami menyeimbangkan keperluan hidup di dunia dan akhirat, jauhkan kami dari azab siksa api neraka & alam kubur. Jadikanlah kami hambuMu yang sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang Engkau kurniakan.
Jauhkan kami YaAllah, dari sifat2 mazmumah iaitu sifat riak, bongkak, takbur, sombong,ujub, dengki, khianat, dendam dan iri hati. Dekatkan hati-hati kami ini YaAllah supaya kami lebih hampir dan yakin kepadaMu.
Kurniakan kami YaAllah tahap kesihatan yang terbaik supaya ringan badan kami untuk menunaikan ibadah kepadaMu Ya Allah..
Berikanlah kami rezeki yang halal lagi barakah seluas-luasnya,semewah-mewahnya dan dengan rezeki ini dapatlah kami menggunakannya ke jalan yang Engkau redhai dan dapat Bantu-membantu antara ahli keluarga kami yang memerlukan.
Sampaikanlah jodoh buat ahli-ahli keluarga kami yang masih belum berkahwin dengan hamba-hambaMu yang beriman, yang mencintai Engkau dan Engkau mencintainya.
Permudahkanlah ahli keluarga kami ini yang masih belajar supaya dapat memahami ilmuMu sedalam-dalamnya dan memanfaatkan ilmu tersebut untuk agama,bangsa,Negara dan keluarga ini. Kurniakanlah keputusan yang cemerlang buat mereka yang akan menduduki peperiksaan besar seperti UPSR, PMR,SPM,Matriks,Ijazah,Master dan PhD semoga dengan keputusan yg cemerlang ini dapat mendekatkan diri-diri kami kepadaMu YaAllah.
Selain itu, bacaan ini kami sedekahkan kepada :
1)Hajah Uyam Bt Hj Abd Rahman, supaya di beri kekuatan dan di teguhkan iman supaya dapat melaksanakan ibadah terutamanya ibadah solat seperti biasa.
2) Seluruh ahli keluarga Hjh Rubiah Binti Hj Abu Bakar supaya pak long dan mamat sembuh dari penyakit lelah,perniagaan Tukang Jahit Aman Damai bertambah maju,
3) Seluruh ahli keluarga Hjh Azizah Binti Hj Abu Bakar supaya papa distabilkan penyakit kencing manisnya, dapat menunaikan Haji yang mabrur pada tahun ini dan perniagaan bertambah maju,
4) Seluruh ahli keluarga Hj Hamzah Bin Abu Bakar supaya abang disembuhkan daripada penyakit yang di hadapinya.
5) Seluruh ahli keluarga Hj Razak Bin Abu Bakar supaya beliau dinaikkan pangkat , anaknya yg berada di New Zealand supaya sentiasa berada di dalam perlindungan Allah
6) Seluruh ahli keluarga Hjh Anoy Bin Abu Bakar supaya Anoy disembuhkan dari penyakit ginjalnya
7) Seluruh ahli keluarga Ishak Bin Abu Bakar, semoga diberi rezeki yang murah untuk menunaikan Haji
8) Seluruh ahli keluarga Isham Bin Abu Bakar, semoga dipermudahkan mendapat pertukaran sekolah ke Melaka.
9) Seluruh ahli keluarga Hanif Bin Abu Bakar supaya di berikan kemudahan dan kekuatan untuk menjalankan tugas-tugas menjaga mak.
Posted by Abu Bakar's Family at 2:41 PM 2 comments
Monday, June 2, 2008
kenduri @ umah uncle isham&mkcik shu=)
ari sabtu lepas,31/5/2008,satu knduri telah diadakan di rumah uncle isham&makcik shu..knduri tu sempena family uncle isham pindah rumah baru..=)sedap betol makanan aritu..hehehe..
tu ade jugak pic baby syuaib..comey nye die...=)
Posted by Abu Bakar's Family at 11:50 AM 5 comments
Family Ummi @ Mak Long
Berdiri d barisan 1: Siti Azkiah (along kiot) & akmal, Shana, Mahyudin(Udin),
Suniyati (atie), Faizal (abg Faizal).
Berdiri d barisan 2: Alia Syafika (eika) & Muhd.Fitri (Mamat)
Duduk d barisan hadapan: Nasuha, Kelion@Jamsari (Pak Long),
Hjh.Rubiah (Ummi@Mak Long), Aliff Daniel (Allif)
Posted by Abu Bakar's Family at 2:16 AM 3 comments