BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 18, 2010

Gambar2 Jom Balik Kg (2)



Haa kali ni gambar2 waktu siang pulak ye.. Tapi ade dua je.. Hehehe.. :)

Wednesday, February 17, 2010

GaMbAr2 ProGrAm Jom Balik Kg - BBQ (13/2/10)


Salam ukhuwahfillah buat semua DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM..Semoga berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Di sini ada beberapa gambar yang sempat di snap pada hari program jom balik kg pada 13/2/10. Di mana aktiviti bbq telah selamat dijalankan dengan jay anya..alhamdulillah!! Terima kasih pada yang telah menjayakan program ini. Terima kasih yg tidak terhingga juga buat Hjh. Anoy bt Hj.Abu Bakar (tutui) yg telah sponsor bahan2 untuk bbq..terima kasih juga buat akak fizah kerana telah berjaya mengadakan program ini.. unc.mando & makcik anis yg telah bertungkus lumus mendapatkan bahan2 utk di buat bbq pd malam tersebut...serta semua yg telah menjayakan program dan aktiviti ini. Pada yg tidak berkesempatan utk pulang ke kampung terima kasih di atas doa kalian. Moga kita dapat berjumpa pada Tahlil Arwah Emak setahun pemergiannya pada 27 April 2010. InsyaAllah!!



pakcik anip gigih meghidupkan api utk proses memanggang ayam & seafood



k.ida sedang membakar ikan terubuk& ikan pari fresh


pakwe & makwe yg sabar menunggu ikan bakar









ika bersama udang ketak & lokan bakar


along kiah hepi dapat makan udang & ayam bakar


udin & shana bertungkus lumus membakar ayam



pak itam yg gigih membakar ikan parinya..


leha yg sabar menunggu ayam bakar



(Pohon ampun dan maaf kerana gambar kurang memuaskan di sebabkan aktiviti nie di bawah sinaran bulan purnama..hehehe)




Salam ukhuwahfillah,
-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-

Monday, February 15, 2010

INFO AGAMA: Pandangan Islam Tentang Hari Kekasih (Valentine Day)


Bersyukur kepada Allah yang menjadikan alam semesta, menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian, menjadikan rezeki kepada seluruh umat manusia ini dan sesungguhnya Allahlah yang layak di sembah dan dipuja. Selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan Muhammad saw dengan berkat perjuangan Baginda Islam dapat dinikmati sehingga sekarang ini.



Cinta yang selayaknya umat manusia serahkan adalah kepada Sang Pencipta manusia (Allah), kerana cintakan Allah adalah kekal abadi. Cinta manusia atau sesama makhluk akan kecewa pada suatu hari nanti. Sesiapa yang mencintai Allah tidak akan rugi dan tidak akan kecewa kerana manusia itu akan rasa kelazatan imannya di dunia dan di akhirat sepertimana yang berlaku kepada ahli sufi (hidupnya untuk Allah di dunia dan di akhirat). Malang bagi sesiapa yang cintakan manusia lebih dari mencintai Allah akan kecewa dan akan mengundang mala petaka kepadanya seperti berlaku penceraian antara suami dan isteri, berlaku pergaduhan, orang yang dicintai meninggal, orang yang dicintai mempunyai kekasih lain dan sebagainya. Ingatlah cinta yang selayaknya adalah Allah merupakan cinta yang pertama yang perlu diberikan oleh semua umat manusia.

Cinta yang kedua adalah cintakan Rasul, bagi sesiapa yang cintakan rasul akan memperolehi syafaat darinya di hari kemudian nanti, lambang orang yang mencintai rasul adalah seperti sentiasa berselawat kepadanya, maka Allah akan menambahkan pahalanya sebanyak 10 pahala bagi orang yang berselawat. Cinta yang ketiga adalah kepada para alim ulamak, kerana mereka adalah penerus perjuangan Rasulullah dan menggadaikan jiwa, raga, penat lelah, harta dan sebagainya kerana untuk menyebarkan syiar Islam. Cinta yang keempat ialah cintakan ibu bapa, kerana tanpa mereka kemanalah kita semua, mereka juga banyak berkorban untuk anak yang tercinta demi memastikan anak mereka memperolehi kejayaan di hari kelak nanti. Cinta yang kelima adalah cintakan isteri dan anak-anak, kerana isteri atau suami dan anak-anak yang soleh dan solehah adalah penghibur dan menceriakan suasana kehidupan seseorang.

Cinta yang telah disenaraikan di atas ini, adalah cinta yang selayaknya untuk diberikan, kerana ini semua merupakan tanggungjawab kita semua, jika ini dapat ditegakkan maka seseorang itu tidak akan terlari dari landasan yang dituntut dalam Islam. Masalah pada masa sekarang ini, ialah ramai umat Islam yang menyambut kekasihnya dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syariat Islam. Contohnya dapat dilihat pada tarikh 14 Febuari setiap tahun ramai umat Islam menyambut hari kekasih (Valentine Day). Ramai ulamak Islam mengeluarkan fatwa mengenai sambutan hari kekasih ini seperti Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa :


“Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut. Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti mengikut sejarah purba Rom. Kita umat Islam tidak perlukan budaya atau amalan seperti ini yang jelas bertentangan dengan agama kita. Lagipun ajaran Islam sudah lengkap, sempurna dan diyakini,”
katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau mengulas sikap umat Islam di negara ini khususnya muda-mudi yang masih cenderung untuk meraikan Hari Memperingati Kekasih setiap kali muncul 14 Februari biarpun telah banyak penerangan disampaikan oleh para ulama. Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II. Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.”

Kesimpulan dari fatwa Mufti Perak ini ialah, sesiapa yang menyambut hari kekasih ini adalah haram dan murtad kerana mereka mengikuti jejak langkah agama lain dalam menyambut upacara keagamaannya. Nama sambutan hari kekasih ialah Valentine yang bersempena nama padri yang dibunuh oleh pemerintah Rom ketika itu, kerana beliau mengahwinkan seorang tentera Rom. Sambutan hari kekasih ini juga disambut oleh penganut-penganut kristian dan ini adalah salah satu sambutan keagamaan mereka. Haram kepada umat Islam menyambut hari kekasih ini dan sesiapa yang menyambutnya dikuatiri murtad dari agama Islam.


Sebenarnya sambutan hari kekasih ini juga bercanggah dengan ajaran Islam, kerana Islam batasannya dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan. Ramai muda-mudi Islam yang ternanti-nanti untuk merayakan hari kekasih ini dengan berbagai perbuatan yang diharamkan oleh Islam. Allah swt berfirman yang bermaksud, “Dan janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat.’’ (al-Isra: 32).


Dari ayat Al-Quran di atas, jelas bahawa Islam melarang umatnya menghampiri zina, kerana zina itu adalah haram dan merosakkan hati umat Islam. Kesan dari pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan berlakunya kes-kes pembuangan anak, pengguguran, anak luar nikah makin bertambah dan sebagainya. Ini juga memalukan keluarga dan pasangan yang melakukan kerana perbuatan maksiat atau zina ini sangat di hina oleh masyarakat dan Islam.


Saranan saya, marilah kembali kepada cinta yang hakiki iaitu cinta ilahi, kerana cinta ilahi inilah sebenar-benar cinta, apabila seseorang itu mencintai Allah, maka ia akan memperolehi segala kenikmatan dunia dengan berkat cintanya kepada Allah. Sambutlah kekasih kita dengan cara yang dikehendaki oleh Islam iaitu melalui saluran perkahwinan yang sah. Sambutlah ulang tahun perkahwinan dengan majlis yang diredhoi Allah, seperti mengadakan majlis doa selamat, bermesra dengan pasangan dan sebagainya yang dihalalkan oleh Islam.

(Di nukil dari -http://ustaznoramin.blogspot.com/)



Salam Ukhuwahfillah,

-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-

Saturday, February 6, 2010

Jom Balik Kampung! Rindu Sangat! =)

Assalamualaikum dan salam penuh kerinduan buat seluruh DNA Abu Bakar + Hjh Uyam. Semoga kalian sentiasa berada di dalam keredhaan Allah SWT.

PROGRAM : Jom Balik Kampung!

AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN : -Solat Maghrib Berjemaah
-Bacaan Yassin dan Tahlil
-BBQ

TEMPAT : 43 Kg Selancar Pagoh
84600 Muar
Johor

TARIKH : 13 - 14 Februari 2010

HARI : Sabtu - Ahad

Semoga dengan kepulangan seluruh DNA Abu Bakar + Hjh Uyam akan memeriahkan lagi suasana bercuti di kampung. Semoga Allah melapangkan masa untuk kita bertemu. InsyaAllah.

Friday, February 5, 2010

Tazkirah Jumaat: Penyakit Uji Keimanan, Kesabaran Manusia!


Salam Ukhuwahfillah dan salam kerinduan buat seluruh DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM... Tazkirah Jumaat minggu ini adalah tentang PENYAKIT UJI KEIMANAN, KESABARAN MANUSIA!

Umat Islam digalak ziarah, hulur bantuan ringankan beban orang sakit.

Setiap penyakit yang didatangkan oleh Allah kepada kita umat islam semuanya adalah ujian terhadap keimanan kita kepada-Nya. Ujian itu samada besar atau kecil bertujuan menghapuskan dosa jika kita bersabar. InsyaAllah

Semua penyakit yang di datangkan oleh Allah mempunyai ubat kecuali penyakit tua dan mati atau sudah sampai ajal seseorang. Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud: "Mereka bertanya 'Ya Rasullullah, apakah kami berubat? Baginda menjawab; Ya Wahai hamba Allah, sesungguhnnya Allah meletakan penyakit dan diletakkan pula penyembuhannya, kecuali satu penyakit iaitu penyakit ketuaan." (Hadis Riwayat Abu Sunnah)

Sementara itu, Allah juga memberi ganjaran kepada orang yang menziarahi orang sakit. Daripada Thauban, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Barangsiapa mengunjungi orang sakit atau menziarahi saudara seagamanya, maka memanggil akan dia oleh malaikat: Baik engkau dan baik perjalanan engkau dan sesungguhnya engkau telah menempatkan dalam syurga suatu tempat yang baik."

Dalam keadaan pesakit terlantar di katil hospital atau rumah, mereka rasa dihormati jika ada saudaranya, kaum kerabatnya dan kawan serta kenalannya datang menziarah. Kunjungan itu akan mengurangkan bebanan perasaan serta mengurangkan rasa sakitnya.

Tetapi seandainya tidak ada keluarga dan kawan menziarahi, dia akan berasa terasing, sedih dan pilu. Ini akan menambahkan lagi bebanan rasa sakitnya. Oleh itu, menziarahi orang sakit sangat digalakkan oleh Islam.

Apabila anda sedang sakit, bersabar dan bertawakal sambil berikhtiar untuk berubat. Penyakit datang dengan tiba2, sedangkan penyembuhannya memerlukan waktu yang lama. Harus di ingat doktor hanya mampu mengubati sedangkan yang menyembuhkan adalah Allah.

Sakit adalah takdir yang menimpa kepada sesiap yang dikehendakinya. Tidak ada orang yang meminta untuk mendapat penyakit. Tetapi apabila penyakit menimpa, maka hendaklah kita bersabar menerima takdir Allah dan berusaha supaya disembuhkan daripada penyakit itu.


Salam Ukhuwahfillah,

-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-


Related Posts with Thumbnails