Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".
Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:
1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan
Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)
2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)
3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat
Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.
4. Kurang mengagungkan Allah
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.
5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah
Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pel ajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126)
"Renung-renungkan dan selamat beramal"
salam ukhuwahfillah,
-IDA-
Friday, March 6, 2009
TAZKIRAH JUMAAT:LIMA TANDA HATI KERAS MEMBATU
Posted by Abu Bakar's Family at 12:37 PM 0 comments
Wednesday, March 4, 2009
INFO: AMALAN ISLAM DALAM KESIHATAN
"Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh
merosakkan usus kita.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
Wallahualam..
"Renung-renungkan dan selamat beramal"
Salam Ukhuwahfillah,
-IDA-
Posted by Abu Bakar's Family at 8:35 PM 0 comments
Labels: INFO KESIHATAN
SELAMAT HARI LAHIR BUAT PAKWE @ ABG (HJ.HAMZAH B.ABU BAKAR) PADA 3/3/09
Salam ukhuwahfillah buat semua DNA ABU BAKAR..
Di kesempatan ini saya mewakili sleuruh DNA ABU BAKAR + HJH UYAM ingin mengucapkan 'SELAMAT HARI LAHIR BUAT PAKWE @ ABG YG KE-52 THN pada 3/3/09...moga di panjangkan umur, dimurahkan rezeki, d berikan kesihatan dan kebahagiaan hidup di dunia & akhirat...InsyaALLAH!! Saya juga mewakili anak2 saudara yg lain amat mengasihi pakwe dunia & akhirat!! Moga DNA ABU BAKAR terus hidup dlm berkasih syg...Amin3 ya rabbalalamin!
salam ukuhuwahfillah,
-IDA-
Posted by Abu Bakar's Family at 6:16 PM 0 comments
Sunday, March 1, 2009
MOHON CADANGAN & PANDANGAN UTK MENGADAKAN FAMILY DAY
Salam Ukhuwahfillah buat semua DNA ABU BAKAR FAMILY..
Minggu lepas saya ada berbincang dengan k.ayin...berkaitan utk mengadakan FAMILY DAY buat family abu bakar utk TAHUN 2009...kami berdua memang amat bersetuju la utk mengadakan family day..oleh itu kami mengharapkan sokongan,buah fikiran,cadangan n pandangan dr semua DNA ABU BAKAR utk memberi idea2 yg bernas dr segi lokasi,tarikh yg sesuai, bentuk sukaneka yg akan d jalankan..
Semua pandangan dan cadangan dr semua DNA ABU BAKAR nanti akan di halusi satu persatu..
sekian terima kasih! kerjasama dr semua DNA ABU BAKAR amatlah di hargai!
salam ukhuwahfillah,
-Ida-
Posted by Abu Bakar's Family at 7:33 PM 3 comments
Labels: FAMILY DAY 2009
KENANGAN TERINDAH
from the bottom:
1)nenek-nenek..
e'eh..
k.ida n kim2 pun ade?
2)sape gadis2 ini ek?
ni mase tgh skola rendah rasenye..
3)hah..
sape lah yg pkai cermin mata beso sgt tuh?
hehehe..
4)gmba ni paling best..
comel!
agak2 la kan,dorang ni anak2 siape ye?
hmm..
5)ni mase kenduri kalo x silap..
taun bape dah x ingat la..
rasenye ni nk dekat 10 tahun yg lalu..
sebab sume masih kanak2 yg comot..
hehe..
bleh jdk kenangan terindah ni..
6)yg ni plak kompem wktu raye..
hehe..
Posted by Abu Bakar's Family at 3:53 PM 3 comments
Labels: kenangan terindah