Saturday, October 31, 2009
JoM LaYaN ViDeo & GamBar FaRaH tUnAnG!!
Posted by Abu Bakar's Family at 10:34 PM 3 comments
Labels: GAMBAR FARAH TUNANG
Friday, October 30, 2009
MaJLiS PeRtUNanGAn FaRaH!!
Sukacita dimaklumkan bahawa NURFARAH ZAIHA BT HJ.HAMZAH (anak pakwe) akan mengikat tali pertunangannya. Pertungangan ini akan berlangsung pada:
PROGRAM: MAJLIS PERTUNANGAN NURFARAH ZAIHA HJ.HAMZAH
TARIKH: 31/10/09
HARI: SABTU
TEMPAT: PANTAI PERINGGIT,MELAKA (Umah Nenek)
MASA: SELEPAS ZOHOR (2.00PM)
*SEMUA DNA ABU BAKAR+HJH.UYAM DIJEMPUT HADIR BAGI MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS INI NANTI.MOGA ALLAH MELANCARKAN PERJALANAN MAJLIS INI NANTI.INSYAALLAH!!
Salam Ukhuwahfillah,
-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-
Posted by Abu Bakar's Family at 10:42 PM 1 comments
Labels: FARAH TUNANG
GaMbAr Di KoMpLeKs TaBuNg HaJi, KeLaNa JaYa!!
Posted by Abu Bakar's Family at 1:46 AM 1 comments
Thursday, October 29, 2009
Tazkirah Jumaat: Perangi Hawa Nafsu!!
Salam Ukhuwahfillah dan salam kerinduan buat seluruh DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM... Tazkirah Jumaat minggu ini adalah tentang MEMERANGI HAWA NAFSU KITA!!
Sebagian orang bijak berkata, “Barang siapa menyirami anggota badannya dengan hawa nafsu, maka ia menanam pohon penyesalan dalam hatinya” [Imam Al-Ghazali, Mukâsyafah al-Qulûb, h. 17]
Terdapat tiga perkara yang menyelamatkan dan tiga perkara yang membinasakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tiga perkara yang menyelamatkan , iaitu takut pada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah, berjimat cermat ketika susah dan senang, dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri.”
Hawa nafsu musuh utama manusia perlu dilawan tetapi melawannya bukan perkara yang mudah. Maka jihad melawan hawa nafsu lebih utama daripada jihad lain.
Dalam menghadapi pertarungan jiwa ini manusia terbahagi kepada tiga golongan: Golongan yang dapat ditewaskan oleh hawa nafsu mereka. Inilah golongan orang kafir dan orang yang menuruti cara mereka, iaitu orang yang melupakan Allah, lantas Allah melupakan mereka. Golongan yang berjihad melawan dirinya iaitu bertarung memerangi hawa nafsunya. Kadangkala mereka menang dan kadangkala mereka kalah. Apabila mereka tersalah mereka bertaubat dan apabila mereka melakukan dosa mereka menyesal dan memohon ampun daripada Allah. Golongan maksum (terpelihara dari dosa) iaitu para nabi dan rasul. Nabi dan rasul adalah mereka yang dikurniakan keistimewaan oleh Allah sesuai dengan tanggungjawab yang dipikul oleh mereka sebagai penyampai risalah Allah kepada seluruh manusia.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: ”Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya. ”
Demikian ini disebabkan melawan hawa nafsu dan syaitan berlaku pada setiap masa, sementara berperang dengan orang kafir jarang sekali. Dengan demikian, upaya melawan hawa nafsu adalah sangat mulia bahkan melebihi jihad berperang. Beratnya melawan hawa nafsu itu sendiri diakui oleh para sahabat nabi.
Salam Ukhuwahfillah,
Posted by Abu Bakar's Family at 6:27 PM 0 comments
Labels: TAZKIRAH JUMAAT
Tuesday, October 27, 2009
LaBaikALLAHUMALAbaiK!!
Sukacita dimaklumkan bahawa Pak Itam (Hj.Razak b.Hj.Abu Bakar) dan Mak Itam (Pn.Mariam bt.Hj.Abdullah) akan berangkat ke tanah suci Mekah bagi menyempurnakan Rukun Islam ke-5 pada tahun ini. Mereka berdua akan berangkat ke Mekah pada:
TARIKH: 28 OKTOBER 2009
HARI: RABU
JAM: 9.30PM
TEMPAT :KOMPLEKS TABUNG HAJI,KELANA JAYA SELANGOR
*MOGA KITA DAPAT BERJUMPA DI SANA NANTI. INSYAALLAH!!
Salam Ukhuwahfillah,
-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-
Posted by Abu Bakar's Family at 2:31 AM 1 comments
Friday, October 16, 2009
Tazkirah Jumaat: Allah Sedang Berkomunikasi!!
Salam Ukhuwahfillah dan salam kerinduan buat seluruh DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM... Tazkirah Jumaat minggu ini adalah tentang ALLAH SEDANG BERKOMUNIKASI!!
Sebagai orang yang beriman, kita sentiasa dianjurkan supaya memerhatikan keajaiban alam ciptaan Allah Taala dan hikmah di sebalik sesuatu kejadian yang menimpa dengan mata hati.
Apabila berlaku bencana besar pada alam ini, pemusatan fikiran kita bukan hanya kepada banyak mana kemalangan jiwa atau kerugian harta benda yang terlibat, malah pada sebab musabab yang membawa kepada bencana tersebut. Kita mungkin terfikir apakah bencana ini merupakan fenomena alam semulajadi atau ianya suatu bala yang ditimpakan ke atas manusia?
Ilmu manusia tentang rahsia alam amat terbatas. Melalui bantuan peralatan yang canggih mungkin kita mampu mengesan kelajuan angin, pergerakan awan, getaran bumi, ketinggian ombak dan lain-lain fenomena lagi. Namun, manusia tidak mampu menjadi ahli nujum kenapa angin bergerak pada kelajuan tertentu, kenapa bumi bergetar pada skala tertentu atau kenapa ombak bergelombang pada ketinggian tertentu. Persoalan kenapa ini tidak mungkin dapat dijawab kerana ia adalah urusan Allah Taala.
PERINGATAN BUAT YANG BERAKAL
Allah Taala mengutus al-Quran untuk dibaca, diteliti, diambil pengajaran dan dilaksanakan. Kisah-kisah di dalam al-Quran ada menceritakan tentang beberapa kaum atau umat nabi-nabi yang terdahulu ditimpa bencana yang dahsyat sehingga ada yang terus berkubur bersama-sama tamadun yang mereka bina.
Kesan-kesan peninggalan yang wujud sehingga hari ini menjadi bukti kebenaran kisah di dalam al-Quran itu. Kaum Nuh di sekitar Iraq dan Mesir musnah dalam banjir dan ribut taufan. Kaum Luth di Sadum musnah setelah diterbalikkan bumi dan bertukar menjadi Laut Mati. Kaum Tsamud mati di dalam kota-kota yang dipahat di dalam bukit-bukit batu akibat bayu pembunuh yang dikirim oleh Allah Taala kepada mereka.
Bencana itu pula berlaku di hampir semua negara bermula dari China di utara hingga ke Australia di Selatan, di negara yang didiami umat Islam atau negara yang majoritinya bukan Islam.
Allah Taala tidak menyegerakan balasan ke atas kejahatan yang dilakukan oleh umat Muhammad. Balasan itu ditangguh atau diringankan supaya manusia sedar dan bertaubat. Adakalanya bala itu datang dalam bentuk kekurangan rezeki setelah mengalami kemarau, banjir atau penyakit tanaman, rasa takut dan gelisah, malapetaka seperti kebakaran, tanah runtuh, kemalangan jalan raya dan sebagainya.
Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” at-Taghabun (64:11)
AMBIL PENGAJARAN
Allah Taala menciptakan manusia di atas satu konsep yang cukup penting supaya perjalanan hidup semasa di dunia, dipandu oleh satu sistem yang menjamin masa depan mereka agar tidak terus alpa kerana akan tiba suatu saat kelak, mereka pasti dijemput untuk menerima buku amal catatan dan pembalasan di atas apa yang mereka kerjakan.
Konsep menyembah (dengan melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang) dan bertindak sebagai khalifah di muka bumi merupakan dua agenda penting yang harus dipikul oleh manusia sebagai suatu amanah besar dalam kehidupan yang sementara ini, dan bukan untuk berseronok semata-mata. Bahkan manusia tidak dijadikan hanya untuk hidup di dunia yang kecil dan binasa ini sahaja, tetapi mereka dijadikan untuk kehidupan yang kekal abadi, iaitu di akhirat.
Muhasabah lebih baik ketika ini, daripada mencari punca kejadian dan meratapi sedih di atas musibah. Moga dipelihara kita dari musibah berpanjangan sebelum sempat kita kembali kepada-Nya.
(Sumber: http://iluvislam.com)
Salam Ukhuwahfillah,
Posted by Abu Bakar's Family at 7:22 PM 0 comments
Labels: TAZKIRAH JUMAAT
Tuesday, October 6, 2009
SeMoGa BeRjAyA!!
SEMOGA DIBERI KEMUDAHAN OLEH ALLAH DALAM MENJAWAB SOALAN2 EXAM ESOK. STRAIGHT 8A'S!! INSYAALLAH
DOA DARI KAMI DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM SENTIASA MENGIRINGI KALIAN SEMUA!! AMIN3 YA RABBALAMIN!!
YOU CAN DO IT!!
ALL THE BEST!!
Salam kejayaan,
-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-
Posted by Abu Bakar's Family at 6:21 PM 3 comments
Labels: SEMOGA BERJAYA DLM PMR 2009
PeNguMuMaN: OpEn HoUsE UmAh MaK NgaH (Hjh.Azizah Abu Bakar)
PROGRAM: OPEN HOUSE UMAH MAK NGAH HJH.AZIZAH
TEMPAT : NO.5,JALAN MOHIDEEN 4,KOTA KECIL 81900 KOTA TINGGI JOHOR
TARIKH : 10 OKTOBER 2009
HARI: SABTU
MASA : 11AM HINGGA SELEPAS ISYAK
Salam kerinduan,
-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-
Posted by Abu Bakar's Family at 6:06 PM 3 comments
Labels: OPEN HOUSE UMAH MAK NGAH 2009
Friday, October 2, 2009
JoM LaYan GaMbaR2 & AkTiViTi RaYa (PaRt 4) !!
pak itam Hj.Razak (tn.umah)
akak fizah & mak ngah
mak anoy, leha, mkck.syu, dina,adik dayah & mkck.anis
mak ngah & k.ayin
mkck anis, adik dayah,dina & mkck.syu
unc.sam,laili,mkck.syu,adik dayah, mak anoy & unc.zaid
ahmad syukran@imran
Salam Kemaafan,
Posted by Abu Bakar's Family at 6:42 PM 2 comments
Labels: AKTIVITI RAYA 2009
TaZkiRaH JuMaaT: MaDaH HaTi Di AiDilFiTri
Bukan sahaja amalan sunat kita pertingkat, tetapi maksiat mata, telinga dan rasa hati juga wajib diperangi. Malah, meninggalkan mengumpat di siang hari itu hakikatnya lebih utama daripada solat malam. Didik, tekan dan sesahlah jiwa agar mampu MEMAAFKAN dan MELUPAKAN.
BERILAH KEMAAFAN. Begitu sukar, tetapi itulah yang menjadi penghalang kita menuju Allah. Sesuatu yang paling sukar itu sebenarnya "marhalah" yang paling sukar dalam jalan mujahadah kita. Ingat saudara/i ku, teliti dengan sedalamnya apa yang paling sukar dan menusuk hatimu saat ini dan kebanyakkan saat-saat mu dalam kehidupan ini. Hingga terasa dalam hatimu, "kalaulah masalah@orang@perkara ini selesai... maka tenanglah hidup ku. Kenapa yang satu ini cukup mengganggu aku?"
Sebenarnya, itulah, dialah, perkara itulah... jika dapat diatasi berpandukan akidah, syariat dan akhlak yang baik, akan membawa kita jauh ke hadapan dalam perjalanan menuju Allah. Yang paling sukar itulah MAHAR cinta Allah. Allah letakkan mahar itu mungkin pada... manusia yang paling kau "benci", mungkin pada perkara yang paling ingin kau lari daripadanya, mungkin kepada "penyakit" yang paling kau sedang hadapi kini atau apa-apa sahaja yang paling menekan, menyusahkan dan membimbangkanmu!
Saudaraku, jangan lari. Tetapi hadapi. Jangan mengelak , tetapi berdepanlah. Terimalah realiti walaupun pahit atau pedih amat. Itulah anak tangga yang kau mesti pijak untuk melonjak ke daerah tinggi. Jika kita lari, pasti anak tangga yang sama akan memburu dan menghantui kita dalam rupa yang berbeza tetapi mesejnya tetap sama. Kita tidak akan naik ke kelas atas, kita selamanya akan berada di kelas itu juga. Begitulah kata mereka yang arif, cara Allah mendidik kita dalam universiti kehidupan ini.
Saudaraku, dunia ini adalah sebuah sekolah. Kita di sini bukan untuk didera, tetapi untuk ditempa... dididik oleh MURABBI paling agung dengan mehnah (ujian), qada' serta qadar-Nya. Pelajaran itu kekadang diletakkan Allah pada manusia lain, pada peristiwa, pada kejadian, pada penyakit, pada kegagalan, pada kejayaan... ya selamanya kita akan dididik. Berterus-terusan. Hingga layak kita menerima sekalung ijazah bernama Qalbun Salim (hati yang sejahtera).
Di mana kita dalam "Universiti Kehidupan" ini? Masih bertatih dalam "sekolah rendah" yang tidak pernah meningkat kelas? (masih mengeluh dan berontak bila diuji?) Atau masih di "sekolah menengah" yang masih terkial-kial menduduki peperiksaan yang sama tahun demi tahun? (kekadang tenang kekadang resah bila diuji) Atau paling malang masih diperingkat "tadika" yang masih tidak matang, alpa dan masih terus ingin bermain-main? Tidak teringinkah kita menjadi graduan-graduan yang lulus pangkat pertama lalu melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat lebih tinggi dengan MA dan Ph.d? (Di situlah "bersemanyam"nya para sahabat Rasulullah dan para waliullah yang tersenyum bila diuji)
Salam Kemaafan,
-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-
Posted by Abu Bakar's Family at 6:32 PM 2 comments
Labels: TAZKIRAH JUMAAT
Thursday, October 1, 2009
JoM LaYan GaMbaR2 & AkTiViTi RaYa (PaRt 3) !!
pakwe,pak ngah,mak anoy,mkck.fizah,mkck.enon,jannah,k.ayin & mak ngah
pak usu,unc.mando,unc.sam (tn.umah) & unc.zaid
k.ayin,jannah,mkck.enon,opie,leha,mkck fizah & mak anoy
mak ngah, adik dayah,akak fizah & mkck.anis
mak ngah
Unc.zaid sedang excersice sbb dah byk sgt mkn
Salam Kemaafan,
Posted by Abu Bakar's Family at 12:04 AM 2 comments
Labels: AKTIVITI RAYA 2009