BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 25, 2009

SeLaMaT MeNyaMbUt HaRi RaYa AiDilAdHa!!







Salam Ukhuwahfillah dan Salam Aidiladha buat semua DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM..Moga berada di dalam lindungan dan Inayah-Nya!

Di hari yg penuh kemuliaan ini saya bagi pihak Blogger Abu Bakar's family ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA, MAAF ZAHIR DAN BATIN buat SELURUH DNA ABU BAKAR...Moga kita mengambil iktibar di atas sejarah peristiwa yang berlaku kepada Nabi Ibrahim a.s yang sanggup mengorbankan nyawa anakandanya Nabi Ismail untuk menuruti perintah Yang Maha Agung Allah s.w.t..disebalik peristiwa ini dapat kita simpulkan bahawa apa jua pengorbanan yang kita lakukan wajiblah didahului dgn hati yg ikhlas dan penuh tawadduk semata2 kerana Allah s.w.t..InsyaAllah!! Moga Allah merahmati kita semua..Amin3 ya rabbalamin!!


"SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA, MAAF ZAHIR DAN BATIN"

AL-FATIHAH BUAT ARWAH ABAH & ARWAH MAK @ ARWAH ATOK2.



Salam Aidiladha,


-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-

Wednesday, November 18, 2009

GOOD LUCK S.P.M!!









GOOD LUCK FOR YOUR S.P.M :

NURHAFIZAH BT HJ.ZAID & ADAM AHLAMI B. HJ.ESA

SEMOGA DIBERI KEMUDAHAN DAN KETENANGAN OLEH ALLAH DALAM MENJAWAB SOALAN2 EXAM BERMULA HARI INI. INSYAALLAH

DOA DARI KAMI DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM SENTIASA MENGIRINGI KALIAN BERDUA!! INSYAALAH!! AMIN3 YA RABBALAMIN!!

YOU CAN DO IT!!

ALL THE BEST!!

Salam kejayaan,
-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-

Monday, November 9, 2009

SALAM TERAKHIR - 19 September 09

SALAM TERAKHIR - 19 September 09 (Klik pada link untuk menonton drama ini)


TONTONILAH SEBUAH KARYA ARAHAN ROSYAM NOR. BERKISAR DENGAN KEHIDUPAN KELUARGA. BETAPA PENTINGNYA UKHUWAHFILLAH ANTARA FAMILY. JALAN CERITA DRAMA INI BANYAK MEMBERI PENGAJARAN DAN KEINSAFAN. MARILAH KITA SAMA2 MENGAMBIL IKHTIBAR DR CERITA INI.



Salam Ukhuwahfillah,

-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-

Friday, November 6, 2009

Tazkirah Jumaat: PaHiTnYa MatA DuNia KeRana ManisNya SyuRga Allah!!


Salam Ukhuwahfillah dan salam kerinduan buat seluruh DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM... Tazkirah Jumaat minggu ini adalah tentang PaHiTnYa MatA DuNia KeRana ManisNya SyuRga Allah!!

Andainya hari ini kita melihat jatuhnya dedaunan di pohon.Maka ingatlah satu masa nanti akan sampai jua kita di waktu itu.Serta sedarlah kita, kehidupan yang abadi bukanlah di alam ini. Betapa kehidupan dunia ini seiring menghambat diri kita agar suka kepadanya.

Oleh kerana itulah Nabi Muhammad saw mengatakan jalan ke syurga penuh dengan kesusahan.Sedarlah kita rupanya bukan mudah untuk masuk ke syurga. Perjalanan di dunia ini tanpa mujahadah tidak mampu mempunyai sifat qanah,zuhud,takwa.

“Perjalanan ke syurga dilingkungi dengan duri dan onak. Manakala jalan ke neraka dikelilingi dengan keinginan syahwat. Demikianlah ditegaskan oleh Nabi Muhammad saw. mengenai dua jalan yang ditempuhi oleh manusia. Begitu jualah Allah swt ketika Allah SWT memerintahkan Jibril as melihat syurga;

, Allah SWT bertanya kepada Jibril, “ Bagaimanakah pandangan engkau wahai Jibril setelah engkau melihat syurga ciptaanKu?”.

Maka dijawab oleh Jibril as, “ Maha suciMu ya Allah, bahawa pasti setiap hambaMu yang melihat syurga berkeinginan agar dimasukkan ke dalamnya, namun aku khuatir tiada seorang pun yang akan dapat masuk ke dalamnya”. Ini adalah kerana syurga itu dikelilingi oleh perkara-perkara yang tidak disukai nafsu.

Lalu Jibril diperintahkan pula supaya Jibril melihat neraka, lalu berkata Jibril as, “ Maha suciMu ya Allah, aku khuatir tidak ada seorang pun dari hambaMu yang akan terselamat dari neraka”. Ini adalah lantaran neraka yang dipagari Allah dengan perkara-perkara yang amat disukai oleh nafsu.

Maka tidak hairanlah mengapa hamba-hamba Allah hidupnya di dunia penuh dengan kesulitan dan dugaan kerana Allah ingin melihat sejauhmana hati ini benar2 BERIMAN kepada-Nya.Alangkah PaHiTnYa MatA DuNia KeRana ManisNya SyuRga Allah.

(Sumber http://tranungkite.net)


Salam Ukhuwahfillah,

-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-


Thursday, November 5, 2009

Info kesihatan: Bahaya Botol Air dalam kereta!!






Hai para wanita, air dalam botol plastik di dlm Kereta Anda, sangatlah

berbahaya!!! !

Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payudara. Dia tampil di acara Ellen show dan mengatakan hal yang sama persis. Hal ini telah
diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara,
terutama di Australia ...

Seorang teman yang ibunya didiagnosa mengidap kanser payudara baru-baru ini. Doktor berkata : wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam Kereta.

Doktor berkata bahwa hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang dapat menyebabkan kanser payudara. Jadi tolong berhati-hatilah dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam Kereta, dan kirimkan ke teman-teman wanita Anda.

Informasi seperti ini sangatlah kita perlukan dan kita harus berhati-hati, dan mungkin akan menyelamatkan hidup kita. Hawa panas dapat menyebabkan toksin/racun dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun ini pada jaringan payudara. Sebisa mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca.

Biarlah semua orang yang mempunyai isteri atau teman wanita atau anak

perempuan mengetahui ini semua.



Salam berkasih-sayang,

-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-


Monday, November 2, 2009

Info Agama: Keistimewaan Baitullah






Baitullah, selain daripada menjadi tempat beribadat umat manusia dan jin, turut menjadi tempat tawaf semua malaikat yang ditugaskan di muka bumi ini.

Keistimewaan Baitullah ialah kedudukannya yang selaras dengan kedudukan Baitul Makmur di langit.

Menurut riwayat Ibnu Abbas, Rasulullah menyebut Makkah dipilih sebagai tempat binaan Kaabah kerana kedudukannya yang selaras dengan kedudukan Baitul Makmur di alam malaikat.

Apakah dia Baitul Makmur? Baitul Makmur adalah tempat khas yang diciptakan Allah khusus untuk malaikat melakukan tawaf menggantikan tempat yang asal iaitu di Arasy.

Ini kerana Arasy kawasannya amat luas dan sekiranya melakukan tawaf ia mungkin menjangkau waktu hingga ke hari kiamat.

Sebelum terciptanya Baitul Makmur, seluruh malaikat bertawaf di sekitar Arasy sambil beristighfar, bertasbih dan membesarkan Allah sebagai bukti kepatuhan mereka kepada Allah Yang Maha Agung.

Kepatuhan mereka adalah susulan daripada satu peristiwa malaikat cuba mempersoalkan kewujudan Nabi Adam, manusia pertama di muka bumi.

Peristiwa ini disebut dengan jelas dalam surah al-Baqarah (30) bermaksud, “Sesungguhnya Aku akan mencipta di bumi seorang Khalifah. Lantas malaikat bertanya, apakah Engkau akan mencipta di sana seorang yang akan melakukan fasad (kerosakan) dan akan menumpahkan darah, pada hal kami sentiasa bertasbih kepada Engkau? Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui!”.

Jawapan tegas daripada Allah menyebabkan malaikat amat takut akan kemurkaan Allah terhadap soalan yang mereka ajukan.

Lalu mereka memohon ampun dan berjanji tidak akan menyangkal keputusan Allah. Mereka seterusnya mengerjakan ibadat tawaf untuk mendapatkan keampunan daripada Allah.




Salam Ukhuwahfillah,

-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-

Related Posts with Thumbnails