Salam ukhuwahfillah buat semua DNA ABU BAKAR...
Dikesempatan ini saya mewakili seluruh DNA ABU BAKAR FAMILY ingin mengucapkan 'SELAMAT HARI LAHIR' buat ISHAK BIN HJ.ABU BAKAR (UNC.MANDO) PD HARI INI 9/4/09....moga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki,diberikan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat hendaknya...InsyaAllah!! Moga hubungan kekeluargaan antara seluruh DNA ABU BAKAR terus kukuh dan mantap!! Amin2 Ya Rabbalalamin...
SALAM UKHUWAHFILLAH,
-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR -
Thursday, April 9, 2009
SELAMAT HARI LAHIR BUAT ISHAK BIN HJ ABU BAKAR (UNC.MANDO) PD 9/4/09
Posted by Abu Bakar's Family at 11:12 PM 1 comments
Labels: SELAMAT HARI LAHIR UNC.MANDO
SELAMAT HARI LAHIR BUAT AZNIDA BT HAMIDUN (IDA) & NURFARAH ZAIHA HJ.HAMZAH (FARAH) PD 5/4/09
Salam ukhuwahfillah buat semua DNA ABU BAKAR...
Dikesempatan ini saya mewakili seluruh DNA ABU BAKAR ingin mengucapkan 'SELAMAT HARILAHIR' buat IDA & FARAH pd 5/4/09 yg lepas..kedua2 mereka ini berkongsi tarikh lahir yg sama..Moga panjang umur.di murahkan rezeki serta diberikan kebahagiaan hidup dunia & akhirat...insyaAllah!! Moga terus sukses dalam menjalani liku2 kehidupan ini...InsyaAllah!!
Salam ukhuwahfillah,
-IDA-
Posted by Abu Bakar's Family at 2:44 AM 0 comments
Labels: SELAMAT HARI LAHIR IDA DAN FARAH
INFO KESIHATAN: BANTUAN KECEMASAN UNTUK PESAKIT ANGIN AHMAR / STROKE
BANTUAN KECEMASAN UNTUK PESAKIT ANGIN AHMAR / STROKE
Alat yang diperlukan ialah jarum suntikan ataupun jarum jahit yang kebiasaanya ada di rumah. Ianya adalah satu kaedah yang terbukti berkesan dengan izin Allah dan merupakan cara yang agak luar biasa untuk sembuh dari penyakit angina ahmar yang boleh membawa kepada lumpuh jika tidak dirawat dengan segera.
Risalah ini diterjemah dari risalah asal berbahasa Inggeris. Bacalah untuk pengetahuan anda dan mungkin ianya berguna jika ditakdirkan ada antara ahli keluarga, jiran dan rakanrakan anda terkena penyakit ini suatu hari nanti.
Ianya amat menakjubkan jika berhasil, luangkan masa anda untuk membacanya dengan teliti dan simpan risalah ini sebab mungkin ada nyawa seseorang yang boleh diselamatkan dengan izin Allah melalui tip-tip yang akan dibincangkan.
Bapa saya meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar 3 tahun lalu setelah terlantar lumpuh selama sebulan. Masa itu saya tidak tahu apa-apa tentang rawatan kecemasan untuk pesakit angin ahmar.
Walau bagaimanapun masih belum terlewat untuk kita kongsi bersama. Sila baca dan sampaikan kepada saudara-mara serta rakan-rakan anda. Yayasan AMAL tidak mempunyai ramai sekarelawan perubatan bagi memenuhi permintaan rawatan dari masyarakat setempat. Semoga buletin seumpama ini boleh membantu anda melakukannya sendiri.
Apabila serangan angin ahmar mengenai seseorang, kapilari darah di dalam otaknya menghadapi risiko untuk pecah. Bila anda berhadapan dengan seseorang yang baru terkena angin ahmar dan tidak sedarkan diri, pertama sekali anda jangan panik dan bawa bertenang.
Tidak kira di mana sahaja mangsa itu berada, jangan alihkan ke tempat lain. Kerana pergerakan pada ketika itu boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsa terus pecah. Bantu mangsa untuk duduk dan sokong badannya supaya tidak terjatuh. Jika mangsa terjatuh semula, keadaan mungkin akan bertambah buruk.
Jika di rumah anda ada jarum suntikan (alat yang terbaik), jarum jahit atau pin baju yang tidak berkarat, segera panaskan dengan api untuk disterilkan. Kemudian dengan berhati-hati cucuk kesemua hujung jari-jari tangan mangsa kira-kira 1 mm dalamnya,seperti rawatan akupuntur.
Cucuklah sehingga menitiskan darah, jika perlu picitlah jari-jarinya sehingga mengeluarkan darah. Apabila kesemua 10 jari mengeluarkan setitis darah tunggu beberapa minit sehingga mangsa sedar semula.
Jika berlaku perubahan betuk mulut, tarik telinganya sehingga kemerahan. Kemudian cucuk kedua belah telinga dengan jarum sehingga mengeluarkan 2 titis darah.
Beberapa minit kemudian Insya Allah, mangsa akan sedar semula.
Tunggu sehingga mangsa benar-benar sedar kemudian bawa dia ke hospital.
Memanggil ambulance semasa mangsa pengsan dan mengejarkannya ke hospital secara tergesa-gesa sebenarnya boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsa pecah dan berlaku pendarahan. Sukar untuk mangsa dipulihkan apabila keadaan ini berlaku. Ada kemungkinan daya ingatan mangsa akan hilang sepenuhnya, walaupun dia mampu berjalan semula.
”Saya belajar tentang menitiskan darah bagi menyelamatkan nyawa dari seorang doctor tradisional Cina bernama Ha Bu-Tung yang tinggal di Sun-Juke.
Selain itu saya juga berpengalaman mempraktikkannya. Sebab itu saya yakin cara ini adalah berkesan 100%” menurut seorang pengamal kaedah rawatan ini. Tambah beliau lagi ”Pada tahun 1979, ketika itu saya sedang mengajar di Kolej Fung-Gaap dekat Tai- Chung.
Tiba-tiba seorang guru lain berlari ke kelas saya dan mengadu; “En. Liu, penyelia kami diserang angin ahmar!.”
Saya pun bergegas ke bilik beliau di tingkat 3. Saya lihat penyelia kami, En.Chen Fu-Tien, telah menjadi pucat, percakapannya tak difahami, dan ada tanda-tanda serangan angin ahmar. Saya segera menyuruh pelajar saya membeli jarum suntikan di farmasi dan terus menyuntik jari-jarinya. Apabila kesemua 10 jarinya menitiskan darah,(setiap jari setitis darah), selang beberapa minit muka En Chen kembali kemerahan dan dia membuka matanya.
Malangnya mulut beliau masih belum normal, jadi saya menarik telinganya untuk mengalirkan darah ke situ. Bila telinganya kemerahan, saya menyucuk kedua-dua telinganya sehingga menitiskan 2 titik darah. Selepas 3-5 minit, bentuk mulutnya kembali normal dan percakapannya kembali jelas.
Kami memberikan dia secawan teh panas, merehatkannya seketika sebelum membawanya ke Hospital Wei Wah.
Dia ditahan semalaman dan dibenarkan keluar keesokan harinya untuk terus bertugas di sekolah. Keadaan beliau kembali seperti biasa, tiada apa-apa kesan angin ahmar.
Kebiasaanya mangsa angin ahmar yang mengalami pendarahan di otak dalam perjalanan ke hospital adalah sukar untuk dipulihkan seperti sediakala. Angin ahmar adalah antara penyebab utama kematian. Mereka yang bernasib baik dipanjangkan umur tetapi kebanyakannya lumpuh sehingga akhir hayat.
Penyakit angin ahmar ini ada kemungkinan untuk mengenai sesiapa sahaja. Jika semua di antara kita boleh mengingati kaedah penitisan darah ini dan memulakannya segera, dalam jangka masa pendek, mangsa-mangsa boleh kita selamatkan dengan izin Allah dan ada harapan pulih seperti sediakala.
Diharapkan kaedah bantuan kecemasan mangsa angin ahmar ini dapat dihebahkan supaya penyakit ini tidak tersenarai sebagai penyebab utama kematian di kalangan kita.
SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA KECUALI MAUT DAN SETIAP YANG BERNYAWA PASTI AKAN MENGHADAPI MAUT.
HASIL NUKILAN,
-IDA-
Posted by Abu Bakar's Family at 1:51 AM 0 comments
Labels: PENGETAHUAN AM
Wednesday, April 8, 2009
MAJLIS BACAAN YASSIN,TAHLIL DAN SOLAT HAJAT DI KG TELAH DIADAKAN PD 21/3/09









SALAM UKHUWAHFILLAH BUAT SELURUH DNA ABU BAKAR...
Jutaan ampun dan maaf sekali lagi kerana lambat mengupdate blog family ini...alhamdulillah pada 21/3/09 yg lepas telah berlangsung satu majlis kenduri yg telah di hadiri oleh seluruh DNA ABU BAKAR...MAJLIS BACAAN YASSIN DAN TAHLIL,SOLAT BERJAMAAH MAGHRIB DAN ISYAK SERTA SOLAT HAJAT ini telah di ketuai dan diimamkan oleh pak itam (HJ.RAZAK B ABU BAKAR)...majlis yg telah diatur oleh pakcik ihak @ uncle mando dan pakcik anip ini adalah bertujuan utk merapatkan hubungan kekeluargaan antara DNA ABU BAKAR dan juga mendoakan kesejehteraan dan kesembuhan penyakit emak @ atuk yg telah keluar hospital pd 19/3/09 selepas di masukkan ke wad kali pertama pada 7/3/09. Alhamdulillah majlis ini berjalan dengan jayanya walaupun sederhana! Di sini disertakan beberapa keping gambar yg sempat di snap utk tatapan seluruh DNA ABU BAKAR!
SALAM UKHUWAHFILLAH,
-IDA-
Posted by Abu Bakar's Family at 2:05 AM 0 comments
Labels: MAJLIS KENDURI DAN TAHLIL
MOHON SELURUH DNA ABU BAKAR MENDOAKAN & MEMBACAKAN SURAH YASSIN BUAT EMAK @ ATUK TERSAYANG








Salam ukhuwahfillah buat semua DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM...
Jutaan ampun dan maaf kerana sdh lama tak update blog family...seluruh family abu bakar tentu faham kerana kurang lebih 1 bulan kita mendapat berita yg amat menyedihkan kerana EMAK @ ATUK (HJH.UYAM BT HJ.ABD.RAHMAN) yg kita sayangi tidak berapa sihat dan sehingga sekarang masih lagi di tempatkan di WAD 9 HOSPITAL PAKAR SULTANAH FATIMAH,MUAR JOHOR. Di kesempatan ini marilah kita sama2 sentiasa mendoakan dan membacakan SURAH YASSIN utk IBU @ ATUK YG TERCINTA agar sembuh seperti sediakala...Moga Allah menyembuhkan penyakit emak @ atuk..InsyaAllah..AMIN3 YA RABBALALAMIN!! GAMBAR2 EMAK @ ATUK DAN SEBAHAGIAN DNA YG MENZIARAHI EMAK YG SEMPAT SAYA AMBIL..
salam ukhuwahfillah,
-IDA-
Posted by Abu Bakar's Family at 1:20 AM 0 comments
Labels: EMAK DI HOSPITAL
Friday, March 6, 2009
TAZKIRAH JUMAAT:LIMA TANDA HATI KERAS MEMBATU
Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".
Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:
1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan
Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)
2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)
3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat
Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.
4. Kurang mengagungkan Allah
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.
5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah
Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pel ajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126)
"Renung-renungkan dan selamat beramal"
salam ukhuwahfillah,
-IDA-
Posted by Abu Bakar's Family at 12:37 PM 0 comments
Wednesday, March 4, 2009
INFO: AMALAN ISLAM DALAM KESIHATAN
"Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh
merosakkan usus kita.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
Wallahualam..
"Renung-renungkan dan selamat beramal"
Salam Ukhuwahfillah,
-IDA-
Posted by Abu Bakar's Family at 8:35 PM 0 comments
Labels: INFO KESIHATAN
SELAMAT HARI LAHIR BUAT PAKWE @ ABG (HJ.HAMZAH B.ABU BAKAR) PADA 3/3/09
Salam ukhuwahfillah buat semua DNA ABU BAKAR..
Di kesempatan ini saya mewakili sleuruh DNA ABU BAKAR + HJH UYAM ingin mengucapkan 'SELAMAT HARI LAHIR BUAT PAKWE @ ABG YG KE-52 THN pada 3/3/09...moga di panjangkan umur, dimurahkan rezeki, d berikan kesihatan dan kebahagiaan hidup di dunia & akhirat...InsyaALLAH!! Saya juga mewakili anak2 saudara yg lain amat mengasihi pakwe dunia & akhirat!! Moga DNA ABU BAKAR terus hidup dlm berkasih syg...Amin3 ya rabbalalamin!
salam ukuhuwahfillah,
-IDA-
Posted by Abu Bakar's Family at 6:16 PM 0 comments
Sunday, March 1, 2009
MOHON CADANGAN & PANDANGAN UTK MENGADAKAN FAMILY DAY
Salam Ukhuwahfillah buat semua DNA ABU BAKAR FAMILY..
Minggu lepas saya ada berbincang dengan k.ayin...berkaitan utk mengadakan FAMILY DAY buat family abu bakar utk TAHUN 2009...kami berdua memang amat bersetuju la utk mengadakan family day..oleh itu kami mengharapkan sokongan,buah fikiran,cadangan n pandangan dr semua DNA ABU BAKAR utk memberi idea2 yg bernas dr segi lokasi,tarikh yg sesuai, bentuk sukaneka yg akan d jalankan..
Semua pandangan dan cadangan dr semua DNA ABU BAKAR nanti akan di halusi satu persatu..
sekian terima kasih! kerjasama dr semua DNA ABU BAKAR amatlah di hargai!
salam ukhuwahfillah,
-Ida-
Posted by Abu Bakar's Family at 7:33 PM 3 comments
Labels: FAMILY DAY 2009
KENANGAN TERINDAH






from the bottom:
1)nenek-nenek..
e'eh..
k.ida n kim2 pun ade?
2)sape gadis2 ini ek?
ni mase tgh skola rendah rasenye..
3)hah..
sape lah yg pkai cermin mata beso sgt tuh?
hehehe..
4)gmba ni paling best..
comel!
agak2 la kan,dorang ni anak2 siape ye?
hmm..
5)ni mase kenduri kalo x silap..
taun bape dah x ingat la..
rasenye ni nk dekat 10 tahun yg lalu..
sebab sume masih kanak2 yg comot..
hehe..
bleh jdk kenangan terindah ni..
6)yg ni plak kompem wktu raye..
hehe..
Posted by Abu Bakar's Family at 3:53 PM 3 comments
Labels: kenangan terindah




