BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 31, 2009

Tazkirah Jumaat: Wudhuk Pembersih Zahir Batin


Salam Ukhuwahfillah buat seluruh DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM... Tazkirah Jumaat minggu ini adalah berkenaan WUDHUK PEMBERSIH ZAHIR DAN BATIN!


SEMUA orang hendak cantik. Demi cantik, sekarang orang sanggup bargadai, asalkan cantik. Tidak cukup dengan bedak dan mekap, sanggup mereka mengubah muka dengan pembedahan plastik, asalkan cantik.Kadang-kadang walaupun terseksa mereka tidak peduli, kerana yang penting bagi mereka ialah cantik. Muka kena menawan biar orang memandang, berpaling dan menjeling, yang penting cantik.

Apabila hendak cantik, tentu bahagian mukalah menjadi sasarannya, dengan hidung ditinggikan, mulut ditebalkan, tulang rahang dinaikkan, mata dibuat alis, dilentik malah apa saja sanggup diubah selagi dapat diubah, kerana yang penting cantik. Kadangkala kesian juga pada mereka yang hendak cantik tetapi tidak juga cantik-cantik. Selepas dicantikkan muka kemudian menjadi tidak cantik juga.

Kenapa? Sebabnya ialah kerana kecantikan bukan sahaja pada muka dan penampilan serta aspek luaran tetapi juga kecantikan dalaman (inner beauty). Kecantikan dalaman sangat jarang diberi keutamaan seperti muka yang tenang bercahaya berpaksi dari hati. Bercahaya bukan sahaja di dunia tetapi berpanjangan dan berkekalan hingga ke akhirat. Antara tip muka bercahaya yang membekas kepada kehidupan ialah kesan wuduk.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Sesungguhnya umatku kelak akan dipanggil di hari kiamat dalam keadaan putih
cemerlang kerana kesan daripada air wuduk."


Ini satu jaminan kecantikan yang abadi. 'Inner beauty' yang penulis maksudkan ialah kecantikan hati yang membawa lahirnya peribadi cemerlang seperti nilai integriti seperti ikhlas, jujur, amanah dan sebagainya bermula daripada wuduk. Air wuduk bukan sahaja membersihkan anggota fizikal tetapi membersihkan kotoran batin seperti dosa dan maksiat yang dilakukan.

Jangan pandang kecil pada yang bernama pengampunan Allah sebab itulah pintu segala kebaikan dan kebajikan. Cuba lihat ibadat wuduk mendidik bersih hati dan nilai integriti. Wuduk biasanya dilakukan secara sendirian, tidak ada orang melihat seperti juga puasa orang tidak tahu. Boleh saja kalau yang berwuduk itu hendak menipu seperti tidak basuh kaki atau basuh tidak sempurna kerana orang tidak tahu. Kerana itulah wuduk hanya dilakukan orang yang ikhlas sahaja.

Orang ikhlaslah yang berseri wajahnya. Mereka yang tidak pernah menghiasi muka dengan mekap wuduk sudah tentu tidak terlatih dengan keikhlasan. Sebenarnya boleh sahaja kalau seseorang itu melakukan solat tanpa wuduk tetapi keikhlasan sahaja yang membuatkan mereka tidak akan menipu. Orang yang jujur akan terpancar pada wajahnaya cahaya keikhlasan. Seseorang yang sentiasa berwuduk sentiasa bersama malaikat.

Malaikat sebagaimana yang kita ketahui bersih dan tidak akan berada di tempat kotor. Apabila bersama malaikat bukan sahaja ia akan mendoakan orang yang berwuduk malah sentiasa mendorong dan membisikkan kebaikan. Lagi banyak bisikan kebaikan, lagi terdorong melakukan kebaikan. Bukankah kebaikan itu bermula dengan dorongan.

Sebab itulah orang berwuduk terpancar kebersihan dan cahaya dari wajahnya. Selepas kebersihan wajah dengan wuduk, kemudian muka pula berhias dalam batas syarak akan terserlah kecantikan. Kalau harap cantik dengan mekap dan krim pencantik tetapi muka jauh daripada wuduk, itu hanya lakonan dan sandiwara itu yang menyebabkan rumah tangga tidak kekal, tidak ada kesetiaan dan integriti.


"RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL"

(Sumber:http://www.iluvislam.com/v1/)




Salam ukhuwahfillah,


-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-


Tuesday, July 28, 2009

Info Terkini: Kenduri Tahlil Hari Ke-100 Arwah Emak @ Atok Serta Kenduri Sempena Menyambut Kedatangan Ramadhan Al-Mubarak!!








Salam ukhuwahfillah serta salam penuh kerinduan buat seluruh DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM...
Semoga berada di dlm lindungan serta Inayah-Nya.

Baru tadi saya telah di maklumkan oleh unc mando @ pakcik ihak bahawa kenduri tahlil hari yg ke-100 buat Arwah Emak @ atok serta Kenduri Tahlil untuk Arwah Atok Bakar serta family yg tlh meninggal dunia bersempena kedatangan Ramadhan al-Mubarak akan di adakan pada:


PROGRAM : KENDURI TAHLIL HARI YG KE-100 BUAT ARWAH BONDA


TEMPAT : NO.43,KG.SELANCHAR 84600 PAGOH MUAR, JOHOR (UMAH ARWAH EMAK @ ATOK)

TARIKH : 8 OGOS 2009

HARI: SABTU

MASA : SELEPAS ISYAK



*SELURUH DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM (GEN 1 & GEN 2) DIJEMPUT HADIR BAGI MENJAYAKAN MAJLIS INI. MOGA ALLAH MELAPANGKAN MASA KITA UNTUK BERTEMU DI MAJLIS INI NANTI... INSYAALAH!!


Salam kerinduan,

-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR
-

Subhanallah.....



KEBESARAN ALLAH!!


Gambar-gambar berikut telah dirakam menggunakan mikroskop elektron pengimbas (SEM). Saiz mikro organ-organ badan manusia telah diperbesarkan sebanyak lebih kurang 250 000 kali ganda.





vilus pada usus kecil





telur/ovum dengan sel korona





sperma di atas telur/ovum




neuron purkinje (lapisan pada otak)





sel darah merah





hujung rambut yang pecah





embrio manusia berusia 6 hari (warna keperangan)


(Sumber: http://isuhagat1.blogspot.com/)



Salam ukhuwahfillah,


-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-



Friday, July 24, 2009

.......Ada Apa Dengan Syaaban......



PENGENALAN


Bulan Syaaban adalah bulan kelapan menurut kiraan takwim Hijriyyah yang padanya mempunyai 28 hari. Syaaban bermaksud bercerai-berai. Dinamakan Syaaban kerana di dalam bulan ini masyarakat Arab pada ketika itu bertebaran ke merata-rata tempat untuk mencari air disebabkan kemarau yang berpanjangan.

Bulan Syaaban merupakan di antara bulan yang mulia dan mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu padanya. Padanya digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat sepertimana di bulan Ramadhan, Rejab, Muharam dll juga. Di samping itu juga bulan Syaaban ini adalah bulan untuk persediaan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan.

Masyarakat Arab ada menggambarkan kemuliaan bulan Syaaban ini dengan beberapa huruf dan ertinya yang tersendiri antaranya:

01. Kemuliaan darjat Rasulullah S.A.W. di atas kurniaan bulan Syaaban kepadanya sehingga dinamakan bulan ini adalah bulan Nabi S.A.W.

02. Keperkasaan dan ketinggian.

03. Kebaikkan dan kebajikan yang dilakukan pada bulan ini akan mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah Taala.

04. Kasih-sayang dan kemesraan.

05. Cahaya keimanan dan cahaya ibadat yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada hambaNya yang bertakwa.



ANTARA PERISTIWA DI BULAN SYAABAN


01. Berkata Imam Nawawi: Hari Nisfu Syaaban pada 15 haribulan tahun kedua Hijrah telah berlaku pertukaran kiblat umat Islam.

Iaitu dari Masjid al-Aqsa ke Kaabah di Masjid al-Haram.

02. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun kelima Hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam.

03. Berlaku peperangan Badar yang terakhir pada tahun keempat Hijrah.



ANTARA AMALAN DI BULAN SYAABAN



Memperbanyakkan puasa sunat.


Saidatina Aisyah berkata:

Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W. menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Saidatina Aisyah berkata:

Nabi Muhammad S.A.W. tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban dan baginda telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Sya’ban. Dan adalah baginda bersabda: Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan (mewajib) kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W. adalah sembahyang (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda apabila mendirikan sembahyang maka baginda sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.

(Riwayat Bukhari dan Muslim).


Melazimi Berzikir dan Berdoa


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.

(Riwayat Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Doa merupakan otak kepada ibadat.

(Riwayat at-Tarmizi).

Saidatina Aisyah berkata:

Adalah Rasulullah S.A.W. mengingati Allah (berzikir kepada Allah) setiap masa.
(Riwayat Muslim).


Sentiasa Bertaubat dan Beristigfar


Firman Allah Taala bermaksud:

Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.
(Surah an-Nur: ayat 31).









KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN

Adapun antara kelebihan malam Nisfu Syaaban itu ada disebutkan di dalam beberapa hadis. Di malam Nisfu Syaaban juga adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.
(Riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.

(Riwayat Baihaqi).

Berkata Imam Shafie:

Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: Pada malam Jumaat, malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.

Berkata Imam Ghazali:

Sesungguhnya sunat muakkad (sunat yang amat digalakkan) menghidupkan hari siang dan malam yang mempunyai kelebihan antaranya malam Nisfu Syaban.

MENGHIDUPKAN MALAM NISFU SYAABAN

Para tabiin ada menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan dua cara:

Pertama: Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.

Kedua: Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.

Adapun cara menghidupkan malam Nisfu Syaaban sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidaklah pernah berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W. akan tetapi ia berlaku pada zaman tabiin dari penduduk Syam. Di kebanyakkan negara Arab dan Nusantara kebiasaanya dibacakan Yasin sebanyak tiga kali pada malam Nisfu Syaaban dengan setiap satu bacaan dengan niat tersendiri sepertimana yang pernah diajarkan oleh para tok guru terdahulu. Perkara ini hampir berlaku ijmak padanya memandangkan dilakukan oleh para ulama zaman berzaman sejak dari dahulu lagi hinggalah kini.

Amalan seperti ini tidaklah dinisbahkan kepada Rasulullah S.A.W. sendiri akan tetapi ia boleh dilakukan selagi mana ibadat tersebut tidak bertentangan dengan syarak. Adapun kebanyakkan masyarakat sekarang ini menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan membaca al-Quran seperti membaca surah Yasin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabiiin itu dan dilakukan juga oleh para ulama.


PENUTUP

Marilah bersama-sama kita memperbanyakkan amalan pada bulan Syaaban ini kerana padanya terdapat banyak kelebihan dan keutamaan yang mesti direbut. Tulisan ringkas ini adalah sekadar untuk mengingatkan mana-mana yang terleka dan alpa dalam menjalani hidup ini sebagai hamba Allah Taala yang amat kerdil lagi hina. Saya juga tidak bercadang untuk memanjangkan tulisan ini dengan perbincangan berbentuk khilaf yang boleh memeningkan kepala masyarakat. Semoga kita semua berada di dalam redha Allah Taala setiap masa. InsyaAllah.

‘Memberi dan Berbakti’

Wallahaulam.


'RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL'

(nukilan artikel: iluvislam.com)



Salam ukhuwahfillah,


-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-


TAZKIRAH JUMAAT: 11 JENIS MANUSIA DI DOA MALAIKAT



Salam Ukhuwahfillah buat seluruh DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM... Tazkirah Jumaat minggu ini adalah berkenaan 11 JENIS MANUSIA YG AKAN DI DOAKAN OLEH MALAIKAT...insyaAllah!



PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"



3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:


"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."


4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."


5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."


6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

"Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."


7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.' "


8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:



"Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:


"Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaika-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."


11. Orang yang sedang melawat orang sakit.



Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:



"Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."



'RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL'



Salam ukhuwahfillah,


-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-

Saturday, July 18, 2009

SELAMAT HARI LAHIR BUAT HANIF BIN HJ ABU BAKAR (UNC.ANIP @ PAK USU) PD 17/7/09

Salam ukhuwahfillah buat semua DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM...


Dikesempatan ini saya mewakili seluruh DNA ABU BAKAR ingin mengucapkan "SELAMAT HARI LAHIR" buat HANIF BIN ABU BAKAR (UNC.HANIF @ PAK USU) PD 17/7/09. Semoga di panjangkan umur, di murahkan rezeki serta diberikan cahaya kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat..InsyaAllah!
Miss u & Luv U All!!



Salam ukhuwahfillah,

-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-

Sunday, July 12, 2009

INFO: TIPS TO BUY GARDENIA BREAD



Tips to buy gardenia bread








Check it out.... Gardenia bread Tips on buying Gardenia bread


Here is something interesting. ....... When you go to buy bread in the grocery store, have you ever wondered which is the freshest, so you 'squeeze' for freshness or softness. Did you know that bread is delivered fresh to the stores five days a week? Monday, Tuesday, Thursday, Friday and Saturday. Each day has a different color twist tie. They are :

Monday - Blue

Tuesday - Green

Thursday - Red

Friday - White

Saturday - Yellow

So if today is Thursday, you would want red twist tie not white which is Fridays. (almost a week old)!

The colors go alphabeti cally by color Blue - Green - Red -White -Yellow, Monday thru Saturday. Very easy to remember.

I thought this was interesting. I looked in the grocery store and the bread wrappers DO have different twist ties, and even the one with the plastic clips have different colors. Enjoy fresh bread when you buy bread with the right color on the day you are shopping.



Salam ukhuwahfillah,


-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-

Friday, July 10, 2009

TAZKIRAH JUMAAT: KEUTAMAAN HARI JUMAAT



Salam Ukhuwahfillah buat seluruh DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM... Tazkirah Jumaat minggu ini adalah berkenaan HARI JUMAAT sebagai PENGHULU SEGALA HARI!

Segala puji bagi Allah SWT yang telah menciptakan alam semesta beserta isinya. Allah SWT telah memberikan berbagai nikmat bagi makhluk-Nya, terutama keistimewaan dan anugerah yang tiada tara. Salah satunya adalah hari Jumaat sebagai hari besar umat muslim yang datang setiap minggunya. Abu Hurairah meriwayatkan sabda Rasulullah SAW,

Allah telah memalingkan orang-orang sebelum kita untuk menjadikan hari jumaat sebagai hari raya mereka, oleh karena itu hari raya orang Yahudi adalah hari Sabtu, dan hari raya orang Nasrani adalah hari Ahad, kemudian Allah memberikan bimbingan kepada kita untuk menjadikan hari Jumat sebagai hari raya, sehingga Allah menjadikan hari raya secara berurutan, yaitu haru Jumaat, Sabtu, dan Ahad. Dan di hari kiamat mereka pun akan mengikuti kita seperti urutan tersebut, walaupun di dunia kita adalah penghuni yang terakhir, namun di hari kiamat nanti kita adalah urutan terdepan yang akan diputuskan perkaranya sebelum seluruh makhluk.” (HR. Muslim)

Keutamaan hari Jumaat antara lain:

  1. Merupakan hari terbaik di antara hari-hari lainnya dalam sepekan. Banyak peristiwa pada zaman nabi dan Rasul terjadi pada hari Jumaat, seperti diciptakannya Nabi Adam AS dan hari lahirnya Nabi Muhammad SAW.
  2. Apabila seorang muslim berdoa dan memohon suatu kebaikan kepada Allah SWT pada hari Jumaat, maka Allah SWT memberikan apa yang dia minta.
  3. Sesungguhnya Allah SWT menjadikan hari Jumaat sebagai hari raya mingguan bagi kaum muslimin.
  4. Apabila seorang muslim meninggal pada hari atau malam Jumaat, maka Allah memberikan pahala syahid dan menjaganya dari azab kubur.
  5. Pada hari Jumaat Allah SWT memerdekakan 600.000 orang dari siksa api neraka.
  6. Hari Jumaat adalah hari yang paling baik dan mulia untuk bersedekah.
  7. Setiap hari Jumaat Allah SWt akan menampakkan diri kepada hamba-Nya yang beriman di surga.

Berdasarkan keutamaan-keutamaan tersebut, dianjurkan bagi kaum musimin untuk memperbanyak ibadah pada malam dan hari Jumaat, seperti membaca Al Qur’an, berdzikir, berdoa, dan lain-lain.

Pada hari Jumaat pula umat muslim (laki-laki) diwajibkan untuk melaksanakan sholat Jumaat di mesjid yang dilakukan secara berjama’ah. Firman Allah dalam surat Al Jumu’ah ayat ke-9, “Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan shalat Jumaat, maka bersegeralah kamu mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”

Dalam sabdanya, Rasulullah SAW juga mengatakan bahwa hari Jumaat adalah hari dihapuskannya dosa-dosa. Beliau mengatakan,”Siapa yang mandi pada hari Jumat, bersuci sesuai kemampuan, merapikan rambutnya, memakai perfume, lalu berangkat ke masjid, dan masuk masjid tanpa melangkahi diantara dua orang untuk dilewatinya, kemudian sholat sesuai tuntunan dan diam tatkala imam berkhutbah, niscaya diampuni dosa-dosanya di antara dua Jum’at.” (HR. Bukhari)


Salam ukhuwahfillah,

-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-

SELAMAT HARI LAHIR BUAT NADIAH BT HJ ABD RAZAK ( PD 09/7/09)

Salam ukhuwahfillah buat semua DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM...


Dikesempatan ini saya mewakili seluruh DNA ABU BAKAR ingin mengucapkan "SELAMAT HARI LAHIR" buat NADIAH BT HJ ABD RAZAK PD 09/7/09. Semoga di panjangkan umur, di murahkan rezeki serta diberikan cahaya kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat..InsyaAllah!





Salam ukhuwahfillah,

-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-

Sunday, July 5, 2009

" Renungan Bersama....Nauzubillahiminzalik!!!"



Salam Ukhuwahfillah buat seluruh DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM.... Moga berada dalam lindungan dan inayah-Nya...InsyaAllah!!

Paparan video yang ingin saya paparkan di bawah ini bukanlah rekaan semata-mata...tetapi inilah realiti hidup anak2 muda di zaman cyber dan juga serba canggih..inilah zaman " ONE MALAYSIA...RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN". Tapi tahap mentaliti anak2 muda zaman sekarang ini bolehlah di kategorikan seperti sampah masyarakat yg bila2 masa sahaja akan dibuang di dalam tong sampah...pohon ampun dan maaf sekiranya kata2 saya ini amat keras bunyinya...tetapi perkataan inilah yg sesuai untuk mereka2 ini...perbuatan yg memalukan...dari sinilah nanti akan bermulanya bermacam2 penyakit sosial yg sedang menular dalam masyarakat kita terutamanya anak2 muda MELAYU. Apa yg lebih menyedihkan dan memalukan ianya berlaku ke atas anak bangsa kita sendiri yg tentunya di kad pengenalan mereka tentera status agama adalah ISLAM...lebih memalukan perempuan yg terjebak dgn lembah maksiat ini memakai tudung...Nauzubillahiminzalik!! Bila diamati dan direnung dalam2 seperti dah tak tahu menilai mana yg halal dan mana yang haram..Astaghfirullahalazim!! Mana perginya harga diri kita sebagai seorang KHALIFAH yg diturunkan oleh Allah untuk memakmurkan Dunia ini. Dunia hanya pinjaman, akhirat jualah yg kekal abadi. Moga paparan video ini dapat menginsafkan diri saya serta kita semua...jadikan ianya sebagai iktibar agar kita tidak terjebak ke lembah maksiat dan kehinaan!! Nauzubillahiminzalik!!!

ALLAH S.W.T telah berfirman dan memberi amaran dalam ayatnya yg bermaksud:

"Dan janganlah kamu menghampiri perbuatan zina, kerana sesungguhnya zina itu suatu pencabulan yang keji dan suatu jalan yang buruk akibatnya". (Al-Isra':ayat-32)

“Seorang mukmin jika berbuat satu dosa, maka ternodalah hatinya dengan senoktah warna hitam. Jika dia bertobat dan beristighfar, hatinya akan kembali putih bersih. Jika ditambah dengan dosa lain, noktah itu pun bertambah hingga menutupi hatinya. Itulah karat yang disebut-sebut Allah dalam ayat, “Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka.” (HR Tarmidzi)

"RENUNG-RENUNGKAN WAHAI ORANG2 YANG BERAKAL"





*Pohon ampun dan maaf kepada seluruh DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM jika sekiranya paparan video ini mempunyai unsur2 18sx. Tetapi inilah realiti yg berlaku disekeliling kita di zaman yg serba canggih ini. Saya terpanggil utk memaparkan video ini sebagai renungan dan iktibar buat diri saya dan seluruh DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM seluruhnya. Agar kita sama2 menjauhkan perkara2 yang keji dan mungkar seperti ini.

*Sumber Video: http://www.mlife.com.my


Salam Ukhuwahfillah,

-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-


Friday, July 3, 2009

TAZKIRAH JUMAAT: AL-QURAN TEMAN DI KUBUR



Salam Ukhuwahfillah buat seluruh DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM...
Tazkirah Jumaat minggu ini adalah berkenaan peri penting kita membaca Kalamullah (Al-Quran) sebagai panduan hidup kita di dunia dan di akhirat..InsyaAllah!!



Walau apa sekalipun jangan tinggalkan Al Quran...bacalah setiap hari paling sedikit 1 helai. Jika
sibuk sekali pun carilah masa utk membacanya. jadikan hati kita sentiasa dekat dgn quran kerana quran itu cahaya penyuluh hidup

Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al - Quran "

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al - Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata :

"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekali pun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata :

"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat"."Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" .Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi
dari malaikat - malaikat dari syurga"

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al - Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.

Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh
sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia.

Allah telah menjanjikan Al - Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. Dekatilah Al - Quran dan jadikalah ia teman di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat.

Semoga Allah swt memberikan kita restu dan hidayahnya.. ...MARILAH KITA BERAMAL DAN MEMBACA AL-QURAN!! InsyaAllah

"RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL"



Salam ukhuwahfillah,

-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-

Related Posts with Thumbnails