BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, September 3, 2009

~~Facebook.....Tahukah Anda???~~



Facebook


Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.
Tahukah anda bahawa pengasas Facebook , iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County , New York ?
Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?
Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008′, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama?
Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion.
Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi) ?



Sedikit Info tentang AEPi:

1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.
2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti...
3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.
4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya .
5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel
6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC , Hillel , Israel on Campus Coalition , Aish HaTorah , Chabad on Campus , Hasbara Fellowships , B'inai Brith International , Shaare Zedek , Chai Lifeline , Holocaust Museum , dan Gift of Life .
Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook , maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut?
Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?

Korang Masih Nak Guna Facebook Semata Mata Untuk Usha Awek2 Cun?!! Fikirkanlah. .

Setiap Sen Yang Kita Berikan Pada Mereka Akan Mengalirkan Darah Saudara Kita Setitik .

Renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah!

(sumber:http://www.tranungkite.net)


Salam ukhuwahfillah,

-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-

8 comments:

Ida said...

alhamdulillah sampai skang saya takde facebook!!


-adios-

adik said...

adik ada la!
kne delete ke?

Ida said...

ok gak kalau delete dek!!

hehehe..

adios,

-k.ida-

Kasih said...

To tell the truth, it's not just about facebook, there are many other things that used to be our necessities in this life are foundered by Jews. I myself have FB account. Even if that Jewish dude earns hefty bucks from FB, I never paid anything to him. But other parties do. but seriously, the Jewish are very clever and cunning to make people of the world forget about other things but entertainment via FB. On the other hand, FB ada bagusnya juga... esp in terms of advertisement and promotion. broad network tho'... more effective. take the positive side, and leave the negative one.

p/s: beli choc kit-kat, MILO, etc. itu semua pun Jews punya... easy to say, we are actually very dependent to Jewish. dont worry, one day Allah will show who's the real victor. Biarlah Yahudi terus riak sekarang, mereka akan jatuh juga suatu hari nanti.

Ida said...

fikir-fikir & renung2kan...



adios,

Kasih said...

http://saifulislam.com/?p=6714#more-6714tp://

You may copy and paste this address in the address box and have a read. Just to remind you, myself and other people out there, don't be easily triggered by hearsays or any information that we're not sure of its truth. Plus, Islam never orders its people to hate other religions. Indeed, Jews (Yahudi) is one of Samawi religions. Perhaps, we hate the Jewish people, but not the religion.

Have a nice moment in the remaining Ramadhan! :)

Anonymous said...

tepuk dada tanya iman...

Kasih said...

Al'amalubinniyat - setiap amalan tu berdasarkan pada apa yang diniatkan. Macam blog ni. Niat owner blog ni adalah untuk merapatkan ukhuwah dan silaturrahim antara ahli keluarga dan saudara seagama. Samalah macam FB. Depends on the intention. Bukannya nak menyokong Yahudi. Pernahkah anda terfikir mungkin pencipta laman blogspot ni pun seorang yahudi??? Wallahu'alam... Menyertai FB bukan bermakna menyokong Yahudi, itu perlu ditegaskan. We still don't have an evidence that the earnings coming from FB are channeled for the wars in Palestine. Only a line of fact in a mag or paper made us triggered. May Allah show us the truth, insyaAllah.

Tepuk dada tanya iman???
Nampak senang, tapi sebenarnya bukan semudah yang disangka. Sesungguhnya, Allah itu Maha Berkuasa dalam membolak-balikkan hati hamba-hambaNya.

Maaf jika bahasa dan intonasi yang digunakan amat pedas. Pernyataan di atas hanyalah daripada pemikiran seorang hamba yang lemah. Namun begitu, saya tetap hormat akan pendapat dan pendirian orang lain. Teruskan berdakwah!

p/s: bukan senang nak buat fatwa, bukan senang nak jadi mufti. refleksi diri...

Related Posts with Thumbnails