Salam Ukhuwahfillah...
Alhamdulillah3.. berita yg saya terima abg @ pakwe telah keluar dr hospital..sekarang abg telah kembali ke rumahnya d Melaka...semoga abg cepat sembuh seperti sediakala..InsyaAllah!!
Pada DNA ABU BAKAR yg masih belum berkesempatan menziarahi abg...bolehlah menziarahi beliau di rumahnya d Melaka. Sokongan padu utk abg @ pakwe dr semua DNA ABU BAKAR amatlah d harapkan! Marilah kita sama2 memohon pada Allah agar abg diberikan kesejahteraan dan kesembuhan buatnya..Amin2 Ya Rabbalalamin!! LUV U & MISS U ALL!!
Salam Ukhuwahfillah,
- Ida-
Wednesday, July 16, 2008
Abg @ Pakwe Keluar Hospital
Posted by Abu Bakar's Family at 9:41 PM 1 comments
Friday, July 11, 2008
PENGUMUMAN: PROGRAM GOTONG-ROYONG
Salam Ukhuwahfillah buat semua DNA HJ ABU BAKAR + HJH UYAM, moga sentiasa berada d dlm lindungan dan inayah dari-NYA.
Baru tadi saya d maklumkan oleh unc mando @ pakcik ihak bahawa program gotong-royong d rumah mak @ atok seperti yg d cadangkan semasa kenduri d rumah mak long, insyaAllah akan d jalankan. Program tersebut akan d jalankan pada:
PROGRAM : GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN RUMAH MAK @ ATOK
TEMPAT : NO.43,KG.SELANCHAR 84600 PAGOH MUAR, JOHOR
TARIKH : 2 OGOS 2008
MASA : 8.00am
SUMBANGAN : RM5O.00 (UTK SETIAP KELUARGA-BG TUJUAN JAMUAN)
Di harap seluruh family abu bakar dapat meluangkan masa utk sama2 mengambil bahagian dlm program ini..kehadiran semua family abu bakar amatlah d alu2kan dan d hargai...moga bertambah2 meriah,dapat menceriakan dan mengembirakan hati emak @ atok serta merapatkan hubungan antara family kita...kerana inilah masanya kita dapat sama2bertemu antara satu sama lain. InsyaALLAH!! LOVE & MISS U ALL
Salam Ukhuwahfillah;
- Ida-
Posted by Abu Bakar's Family at 8:11 PM 3 comments
Thursday, July 10, 2008
Family Day @ Tg. Sedili Kecil Beach Resort
Ada suggestion to do family day @ Tg Sedili Kecil Beach Resort, Kota Tinggi, Johor on scholl holiday (16-24th)in August 2008. Sesiapa yang berminat please bg full name,contact no & suggestion date thru comment @ this blog as soon as possible. Dateline 1st August 2008. After we get the number of members that Thanks.
Posted by Abu Bakar's Family at 11:49 PM 3 comments
PENDING PROJECT!
Semasa kenduri di rumah Mak Long kita beramai-ramai telah sebulat suara bersetuju untuk melakukan beberapa perkara, namun status/progressnya hingga kini masih belum menampakkan sebarang pergerakkan. Bagi mereka yang bertanggungjawab sila beri komen atas isu tersebut. Isu-isu dan orang yang bertanggungjawab adalah seperti di bawah :
1)Maid untuk Mak (Hjh Uyam) - Pak Itam, Unc Mando & Unc Anip. Status?
Respon= telah berjaya mendapatkan maid utk emak @ atok.
2)Gotong-royong di No.43,Kg Selanchar, 84600 Pagoh, Muar. - Unc Mando. Status?
Respon = Telah berlangsung dgn jayanya..Alhamdulillah3 (2/8/08)
3)Kelas Pengurusan Jenazah (tuj:pembelajaran) - Unc Mando. Status?
* Bagi sesiapa sahaja yang tahu tentang perkembangan isu-isu di atas tolong beri respon kerana penting supaya boleh find out bottle-neck di mana. Masalah untuk diselesaikan. Namun sekiranya masalah tidak di nyatakan atau di bincangkan secara terbuka, maka setiap masalah akan terus menjadi masalah yang tidak selesai2."We have to plan even it is simple matter...But if we fail to plan,actually we are plan to fail."
Posted by Abu Bakar's Family at 11:30 PM 2 comments
Wednesday, July 2, 2008
Keadaan Abg @ Pakwe Sehari Selepas Pembedahan


Assalamualaikum w.r.t...salam ukhuwahfillah buat seluruh DNA ABU BAKAR, semoga sentiasa berada dlm lindungan Allah s.w.t...syukur alhamdulillah dgn berkat doa dr seluruh ahli keluarga abg @ pakwe telah selamat menjalani pembedahan selama 12jam (dr pkl 10am - 10.00pm) d Hospital Sultanah Aminah J.B...pd 1/7/08 (semalam) kami sekeluarga ( family mak ngah) telah menziarahi abg..keadaannya masih tampak lemah kerana masih berpuasa slps pembedahan tersebut..abg juga mengadu teramat sakit dan bisa sehingga tidak dpt tidur pada waktu malam..amat menyedihkan dan pilu melihat kesakitan dan penderitaan yg terpaksa d tanggung olehnya...abg juga menunjukkan pada kami pembedahan yg telah d lakukan padanya..buat masa ini...abg terpaksa membuang air kecil melalui saluran tiub yg di tebuk dr pundi kencingnya...masih byk darah bersama2 dgn air kencing abg...semasa kami beransur pulang..abg sempat berpesan pada saya dan juga ayin supaya mendoakan beliau cepat sembuh..kami terasa sebak dan pilu dgn pesanannya itu.."YA ALLAH, YA TUHANKU KAU AMPUNKANLAH SEGALA DOSA2 DAN KESALAHAN PAKCIKKU INI YA ALLAH, SEMBUHKANLAH PENYAKIT YG DI TANGGUNG OLEH PAKCIK KESAYANGAN KAMI INI YA ALLAH, TELAH BYK JASANYA BUAT KAMI INI ANAK2 SAUDARANYA YA ALLAH, BERIKANLAH PAKCIK KU INI DAN KELUARGANYA KEKUATAN DALAM MENEMPUH DUGAAN YG MAHA BERAT INI YA ALLAH, MOGA SINAR KEBAHAGIAAN DAN HIKMAH MENANTINYA YA ALLAH...AMIN, AMIN YA RABBALALAMIN"!!
Buat seluruh DNA ABU BAKAR...jika ada masa dan kelapangan...marilah kita sama2 menziarahi abg @ pakwe yg memerlukan sokongan dan semangat dr seluruh ahli keluarga ABU BAKAR yg di kasihi dan di sayangi!! Kerana harta yg paling berharga di dunia ini adalah family kita!! LOVE & MISS U ALL..AMIN!!
-Salam Ukhuwahfillah-
Ida
Posted by Abu Bakar's Family at 10:32 PM 4 comments
Monday, June 30, 2008
Hj.Hamzah b. Hj.Abu Bakar (Abg @ Pakwe) Akan Menjalani Pembedahan
Di minta jasa baik seluruh family Abu Bakar mendoakan @ membacakan Surah Yassin utk kesejahteraan & keselamatan Hj.Hamzah (abg @ pakwe) yg akan menjalani pembedahan membuang ketumbuhan yg di hidapinya pd 30/6/08 (esok) di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Semoga Allah memberikannya dan keluarganya kekuatan dlm menghadapi dugaan ini. Marilah kita sama2 mendoakan agar penyakit yg d tanggungnya hilang dgn berkat dan kuasa Allah..Amin! Pada seluruh family Abu Bakar d harap jika ada kelapangan masa marilah kita sama2 menziarahi Abg @ Pakwe samada d hospital d jb atau d Melaka nanti...InsyaAllah!! Moga Abg @ Pakwe selamat menjalani pembedahan! InsyaAllah..Amin..Amin Ya Rabballalamin!!
Posted by Abu Bakar's Family at 2:57 AM 2 comments
CONGRATULATIONS FOR HANNAH NAJIHAH HJ.RAZAK
Tahniah di ucapkan khas buat Hannah Najihah bt Hj.Razak (Ana), kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UITM) Dungun, Terengganu. Semoga Ana terus berjaya dan berjaya mencapai cita2 yg di impikan..Moga Allah sentiasa melindungi mu dlm menempuh liku2 kehidupan! Amin..InsyaAllah
Posted by Abu Bakar's Family at 2:47 AM 3 comments
Friday, June 27, 2008
Doa Untuk Kesejahteraan Seluruh Family Abu Bakar
Doa Untuk Kesejahteraan Seluruh Family Abu Bakar Yg Telah D bacakan Semasa Kenduri D Rumah Mak Long
Bacaan Yassin ini kami sedekahkan kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. , keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda, para aulia’, para anbia’, para shuhada’,para tabiin, seluruh kaum muslimin & muslimat sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia, kedua ibu-bapa kami, guru-guru kami, kaum keluarga kami dan tidak lupa untuk diri kami sendiri.
Kami sedekahkan pahala bacaan Yassin ini kepada Arwah Abah Hj Abu Bakar bin Hj Jalil, atuk2, nenek moyang dan seluruh ahli keluarga yang telah kembali ke rahmatullah.
Berkumpulnya kami pada malam ini dengan satu hasrat supaya dilembutkan hati-hati ahli keluarga kami ini supaya saling sayang-menyayangi antara satu sama lain semata-mata kerana Engkau YaAllah, hormat-menghormati, sentiasa berfikiran positif, tidak berdendam atau iri hati di kalangan ahli keluarga, bersatu padu, bersangka-baik dan dipermudahkan perbincangan sekiranya ada sebarang masalah. Sentiasa berdoa dan berusaha untuk memajukan diri setiap ahli keluarga untuk dunia dan akhirat.
Kami memohon kepadaMu Ya Allah, supaya dengan penyatuan kami pd malam ini, kami memohon taubat nasuha supaya engkau mengampunkan segala dosa-dosa yang telah kami lakukan secara sengaja atau tidak, dosa-doa kedua ibu bapa kami, guru-guru kami, ahli keluarga kami dan seluruh kaum muslimin & muslimat.
Kuatkan Iman kami, dapatkanlah kami menyeimbangkan keperluan hidup di dunia dan akhirat, jauhkan kami dari azab siksa api neraka & alam kubur. Jadikanlah kami hambuMu yang sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang Engkau kurniakan.
Jauhkan kami YaAllah, dari sifat2 mazmumah iaitu sifat riak, bongkak, takbur, sombong,ujub, dengki, khianat, dendam dan iri hati. Dekatkan hati-hati kami ini YaAllah supaya kami lebih hampir dan yakin kepadaMu.
Kurniakan kami YaAllah tahap kesihatan yang terbaik supaya ringan badan kami untuk menunaikan ibadah kepadaMu Ya Allah..
Berikanlah kami rezeki yang halal lagi barakah seluas-luasnya,semewah-mewahnya dan dengan rezeki ini dapatlah kami menggunakannya ke jalan yang Engkau redhai dan dapat Bantu-membantu antara ahli keluarga kami yang memerlukan.
Sampaikanlah jodoh buat ahli-ahli keluarga kami yang masih belum berkahwin dengan hamba-hambaMu yang beriman, yang mencintai Engkau dan Engkau mencintainya.
Permudahkanlah ahli keluarga kami ini yang masih belajar supaya dapat memahami ilmuMu sedalam-dalamnya dan memanfaatkan ilmu tersebut untuk agama,bangsa,Negara dan keluarga ini. Kurniakanlah keputusan yang cemerlang buat mereka yang akan menduduki peperiksaan besar seperti UPSR, PMR,SPM,Matriks,Ijazah,Master dan PhD semoga dengan keputusan yg cemerlang ini dapat mendekatkan diri-diri kami kepadaMu YaAllah.
Selain itu, bacaan ini kami sedekahkan kepada :
1)Hajah Uyam Bt Hj Abd Rahman, supaya di beri kekuatan dan di teguhkan iman supaya dapat melaksanakan ibadah terutamanya ibadah solat seperti biasa.
2) Seluruh ahli keluarga Hjh Rubiah Binti Hj Abu Bakar supaya pak long dan mamat sembuh dari penyakit lelah,perniagaan Tukang Jahit Aman Damai bertambah maju,
3) Seluruh ahli keluarga Hjh Azizah Binti Hj Abu Bakar supaya papa distabilkan penyakit kencing manisnya, dapat menunaikan Haji yang mabrur pada tahun ini dan perniagaan bertambah maju,
4) Seluruh ahli keluarga Hj Hamzah Bin Abu Bakar supaya abang disembuhkan daripada penyakit yang di hadapinya.
5) Seluruh ahli keluarga Hj Razak Bin Abu Bakar supaya beliau dinaikkan pangkat , anaknya yg berada di New Zealand supaya sentiasa berada di dalam perlindungan Allah
6) Seluruh ahli keluarga Hjh Anoy Bin Abu Bakar supaya Anoy disembuhkan dari penyakit ginjalnya
7) Seluruh ahli keluarga Ishak Bin Abu Bakar, semoga diberi rezeki yang murah untuk menunaikan Haji
8) Seluruh ahli keluarga Isham Bin Abu Bakar, semoga dipermudahkan mendapat pertukaran sekolah ke Melaka.
9) Seluruh ahli keluarga Hanif Bin Abu Bakar supaya di berikan kemudahan dan kekuatan untuk menjalankan tugas-tugas menjaga mak.
Posted by Abu Bakar's Family at 2:41 PM 2 comments
Monday, June 2, 2008
kenduri @ umah uncle isham&mkcik shu=)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
ari sabtu lepas,31/5/2008,satu knduri telah diadakan di rumah uncle isham&makcik shu..knduri tu sempena family uncle isham pindah rumah baru..=)sedap betol makanan aritu..hehehe..
tu ade jugak pic baby syuaib..comey nye die...=)
Posted by Abu Bakar's Family at 11:50 AM 5 comments
Family Ummi @ Mak Long

Berdiri d barisan 1: Siti Azkiah (along kiot) & akmal, Shana, Mahyudin(Udin),
Suniyati (atie), Faizal (abg Faizal).
Berdiri d barisan 2: Alia Syafika (eika) & Muhd.Fitri (Mamat)
Duduk d barisan hadapan: Nasuha, Kelion@Jamsari (Pak Long),
Hjh.Rubiah (Ummi@Mak Long), Aliff Daniel (Allif)
Posted by Abu Bakar's Family at 2:16 AM 3 comments




