BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 14, 2009

INFO KESIHATAN: AIR KOSONG PENAWAR SEGALA PENYAKIT



Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.

Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

• Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
• Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
• Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
• Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau
minum untuk tempoh dua jam.
• Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat
permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara
berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
• Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.

1. Tekanan darah tinggi – 30 hari
2. Gastrik - 10 hari
3. Diabetes – 30 hari
4. Sembelit – 10 hari
5. Kanser – 180 hari
6. Tibi – 90 hari.

Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.



Salam kerinduan,

-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-

SELAMAT HARI LAHIR BUAT NURJANNAH ZAIHA BT HJ HAMZAH (JANNAH@ANONA) PD 14/5/09

Salam ukhuwahfillah buat semua DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM....

Dikesempatan ini saya mewakili DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM ingin mengucapkan 'SELAMAT HARI LAHIR BUAT NURJANNAH ZAIHA BT HJ HAMZAH pd 14 MEI 2009. Moga di panjangkan umur, dimurahkan rezeki serta diberikan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat...InsyaAllah!! Moga ikatan kekeluargaan dan ikatan ukhuwah seluruh warga DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM terus kukuh dah teguh! Amin3 ya rabbalalamin...


Salam kerinduan,

-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-

Sunday, May 10, 2009

GOTONG-ROYONG DI KG: SUMBANGAN DR NAWFAL ENTERPRISE








Salam ukhuwahfillah buat semua DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM...

Nawfal Enterprise syarikat milik mak ngah (Hjh.Azizah bt Hj Abu Bakar) pd hari ini berbesar hati menyumbangkan sebuah pintu dan juga papan playwood utk rumah arwah mak di kg...serta membuat gotong royong kecil dgn memesin rumput di halaman rumah...ini di buat oleh pekerja2 dr Nawfal enterprise sendiri...walaupun sumbangan ini nmpk kecil....tp biarlah ianya menjadi satu titik tolak ke arah yg lebih besar..insyaAllah!!

InsyaAllah mohon di doakan dr semua DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM agar perniagaan syarikat Nawfal enterprise berkembang maju serta dpt kita sama2 seluruh DNA ABU BAKAR saling bantu membantu antara satu sama lain pd masa akan dtg...amin3 ya rabblalamin...



Salam ukhuwahfillah,


-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-

LAGU 'UNTUKMU IBU'

SALAM UKHUWAHFILLAH...LAGU NASYID "UNTUKMU IBU" INI DITUJUKAN KHAS BUAT SEMUA IBU2 DNA ABU BAKAR...SEMPENA HARI IBU PD 10 MEI 2009...


Ibu.. bergenang airmataku,
Terbayang wajahmu yang redup sayu,
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan,
Bagaikan laut yang tak bertepian..

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan,
Tidak pun kau merasa jemu,
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu,
Dari kecil hingga dewasa..

Hidupmu kau korbankan,
Biarpun dirimu telah terkorban,
Tak dapat ku balasi,
Akan semua ini,
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu..

Ibu.. kau ampunilah dosaku,
Andainya pernah menghiris hatimu,
Restu mu yang amat aku harapkan,
Kerana di situ letak syurgaku..

Tabahnya melayani kenakalan anakmu,
Mengajar ku erti kesabaran,
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan,
Menyuluh jalan kehidupan..

Kasih sayang mu sungguh bernilai,
Itulah harta yang kau berikan..

Ibu.. kau ampunilah dosaku,
Andainya pernah menghiris hatimu,
Restu mu yang amat aku harapkan,
Kerana di situ letaknya syurgaku..

Tabahnya melayani kenakalan anakmu,
Mengajar ku erti kesabaran,
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan,
Menyuluh jalan kehidupan..

Kasihanilah, Tuhan..
Ibu yang telah melahirkan diriku,
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku,
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana..
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana..


"SELAMAT HARI IBU" DR BLOGGER DNA ABU BAKAR......


Salam kerinduan,

-
Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-

Saturday, May 9, 2009

HAPPY MOTHER'S DAY





Ibu
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku:
Sedih
Gembira
Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku

Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
Semangatku

Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia

Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku

Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Menemanimu hingga ke hari tua

Ibu
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi
Insan yang mulia ini

Selamat Hari Ibu buat semua ibu di seluruh dunia
terutama kepada ibuku, Puan Hjh Anoy binti Abu Bakar,
makcik-makcik serta sepupu-sepupuku yang telah bergelar ibu.
Semoga kalian sentiasa berada di dalam keredhaan Allah.

Ikhlas daripada,
Nurhafizah binti Zaid



Thursday, May 7, 2009

MEMORI TERINDAH 2: FAMILY UNC MANDO B'GMBR KENANGAN BERSAMA ARWAH BONDA



GAMBAR2 INI DI AMBIL SEMASA MEMBAWA ARWAH BONDA KE CAMERON HIGHLANDS PD THN 2004 DAN GMBR ARWAH BONDA SLPS SEMBUH DR STROK PD THN 2005
























Salam kerinduan,

-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-

Tuesday, May 5, 2009

DINA DAN SIKAT....

Salam ukhuwahfillah buat semua DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM .....

Dalam suasana kesedihan setelah pemergian nenda tercinta minggu lalu...ada terselit sedikit cerita lucu...kisahnya begini seorang kanak2 comel bernama Nurirdina bt Isham (Dina) baru shj lepas mandi...apabila siap berpakaian tiba2 kali ini dgn sendirinya dia hendak menyikat rambutnya sendiri...menurut ibunya makcik syuhaida...Adik Dina comel kita nie tak suka menyikat dan tak suka di sikatkan rambutnya...hendak di jadikan cerita kak leha telah bagi sikatnya kepada Dina comel...lalu Dina comel nie menyikat rambutnya sehingga tersimpul rambutnya dsikat yg dibagi oleh k leha...jenis sikat kak leha nie jenis sikat bulat...jadi sikat tadi terjuntai2 di kepala Dina comel...kerana rambutnya dah tersimpul di sikat tersebut...hehehe...apalagi kita org kakak2 (k.ayin,k.ida,k.chuwie n k.farah ) Dina yg comel nie sempat snap gmbr Dina dgn sikatnya...hehehe..
Ibunya mcik syuhaida berusaha utk meleraikan rambut adik Dina yg comel itu dgn membasahkan dgn air dan syampu namun tdk berjaya...lalu k chuwie n k ayin telah memanggil Dina comel duduk utk cuba pula meleraikan rambutnya pula...maka ada la pembukan salon secara kecil-kecilan utk adik Dina kita yg comel nie...hehehe...maka k chuwie telah berusaha meleraikan rambutnya satu persatu...alhamdulillah akhirnya k.chuwie berjaya meleraikan rambut adik dina yg comel ini...hehehe...kemudian k ayin cuba memberitahu dina agar tdk mengulangi lagi...dgn menyuruh adik Dina memilih yg mana satu sikat yg akan digunakan slps ini...antara sikat yg lurus atau sikat yg bulat...tetapi mata adik dina still memandang ke sikat bulat yg tlh menyebabkan rambutnya tersimpul td...sbyk 3 kali k ayin menyuruh adik Dina memilih...akhirnya dgn cerianya dia memilih sikat rmbt yg lurus...alhamdulillah!! hehehe...di bawah ini saya n farah sempat juga snap beberapa gmbr peristiwa adik Dina & sikat....hehehe




Salam kerinduan,

-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR -

Sunday, May 3, 2009

KENDURI ARWAH: MALAM KE-7

Salam ukhuwahfillah buat semua DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM...

Esok malam adalah merupakan genap seminggu pemergian Arwah Bonda@ nenda Hjh.Uyam Hj.Abd Rahman...satu majlis tahlil akan di adakan esok bertempat:

Tujuan : Majlis Tahlil Buat Arwah Bonda @ Nenda Hjh.Uyam

Tempat: No.43,Kg.Selanchar 84600 Pagoh,Muar Johor (Rumah arwah atuk)

Tarikh : 3 Mei 2009 (selepas solat isyak)

*SELURUH DNA ABU BAKAR + HJH UYAM DIJEMPUT HADIR.


salam ukhuwahfillah,
-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR -

Friday, May 1, 2009

TAZKIRAH JUMAAT: KEMATIAN

Kematian. Perkataan yang paling tidak disukai apabila terasa diri tidak bersedia menghadapinya. Begitulah lumrah kehidupan,yang muda akan tua,yang tua akan pergi,yang muda jua tidak ketinggalan dalam mengikut jejak walaupun tika umur masih merah.Kematian sangat-sangat memberi impak kepada manusia,terutama bagi mereka yang berada dalam lingkungan kekeluargaan kepada si mati.Isteri,anak-anak,ibu,ayah,adik beradik sepupu,jiran,rakan,teman mahupun lawan.Semuanya mendapat kesan dari peninggalan si mati.

Perasaan sedih tatkala kehilangan orang yang disayangi sangat-sangat memberi impak pada keluarga terdekat pada si mati.Akibat kematian,diri rasa sedih,hilang selera makan sehinggakan terlupa bahawa hampir sehari suntuk tidak menjamah makanan dek kesedihan yang membungkam.Di sinilah salah satu kewajipan sebagai rakan atau jiran untuk menceriakan keluarga tersebut.tetapi bagaimana??

Ketika peperangan Mu’tah,sepupu nabi,Jaafar bin abi Talib telah gugur di medan peperangan,berita gugurnya syuhada’ ini tidak membuatkan Nabi membungkam kesedihan bahkan terus dibelai dan dihiburkan anak-anak Jaafar untuk mengelakkan kesedihan kehilangan ayah mereka,dalam masa yang sama disuruh isterinya/khadam/sahabat-sahabat agar memasakkan makanan dan diberikan kepada keluarga jaafar bagi mengurangkan beban yang mereka tanggung akibat dari kehilangan insan yang paling berharga dalam hidup mereka.

Kisah ini banyak memberi contoh kepada kita,apakah yang sepatutnya kita lakukan,pabila sahabat,atau jiran kita kehilangan ahli keluarga mereka.Menggembirakan anak-anak si mati akan menyebabkan jiwa kecil mereka tidak dibelenggu kesedihan yang tidak sepatutnya mereka tanggung.Bagi si ibu,jika melihat anak-anaknya dibelai oleh kenalan-kenalan,kawan2 rapat si mati mahupun jiran mereka,ini akan mengurangkan rasa beban si ibu yang sarat memikirkan kepada siapakah anak2ku akan menumpang kasih seorang bapa??..siapakah yang boleh kuharapkan untuk melihat anak-anakku yang masih kecil ini??..Apakah anak2ku boleh membesar tanpa seorang lelaki yang bernama ayah di sisi mereka??…Begitulah saratnya hati seorang ibu memikirkan masa depan anak-anaknya..Jadi,dengan menggembirakan anak-anak si mati,sekurang2nya ia akan mengurangkan rasa beban dan sesak yang ditanggung,untuk anak-anaknya.

Keduanya,memberi/memasakkan makanan kepada keluarga si mati.Akibat kesedihan yang membungkam hati-hati keluarga si mati,menyebabkan mereka kurang mengambil peduli sedikit tentang makan minum mereka dek kesedihan yang menimpa.Di sinilah perlunya kita menghulurkan sedikit juadah memberi kepada keluarga si mati,untuk mengurangkan rasa sibuk mereka menguruskan urusan si mati,menggembirakan hati-hati keluarga si mati, bahawa masih lagi ada yang mengambil berat tentang mereka.Juga memberi satu tanda yang kitalah tempat berteduh atau sekurang-kurangnya tempat luahan mereka jika sesuatu yang susah mereka hadapi selepas dari siapnya jenazah dikuburkan.

Begitulah serba sedikit berkenaan dengan kematian,yang bagi kita jiwa orang muda,yang kurang memikirkan soal kematian.Sedangkan Nabi menceritakan,secerdik-cerdik manusia adalah mereka yang banyak mengingati mati.Dengan ingat pada kematian,kita akan mencongak sejauh mana amalan kita,jika terasa ianya masih kurang,maka akan ditambahkan lagi amalan tersebut agar ianya seiring dengan datangnya ajal yang tidak pernah kenal usia.Moga-moga dengan coretan ringkas ini,akan membantu kita dalam menangani soal kematian yang tidak pernah lekang dari telinga.

Yang terakhirnya,mari kita sedekahkan bacaan Al-fatihah kepada ayah,ibu ,datuk nenek dan sesiapa yang telah pergi meninggalkan kita untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai di muka bumi ini selaku khalifah Allah..Al-fatihah.


Salam kerinduan,

-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR -

PERGINYA BONDA @ NENDA TERCINTA (HJH.UYAM BT HJ.ABD RAHMAN) PD. 27 APRIL 2009


Salam ukhuwahfillah buat semua DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM...

Marilah kita seluruh ahli DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM menyedekahkan AL-FATIHAH buat ibunda @ nenda tercinta ALLAHYARHAMAH HJH.UYAM BT HJ.ABD.RAHMAN yg telah di jemput pulang oleh pencipta-Nya...AL-FATIHAH!!




Terlalu berat sebenarnya utk menulis blog pd kali ini....ini kerana seluruh DNA ABU BAKAR telah menerima ketentuan ILAHI akan kehilangan ibunda @ nenda tercinta...pemergian ibunda @ nenda tercinta adalah satu berita yg amat menyedihkan...tapi siapalah kita utk menidakkan ketentuan ALLAH...Jodoh pertemuan, ajal maut semuanya telah di tentukan oleh Allah..."Tiap2 yg bernyawa pasti akan merasai mati, kemudian hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan"...(surah al-ankabut 29:57). Dari ALLAH kita datang, dan kepada ALLAH jugalah kita dikembalikan...

Pada tarikh 27 April 2009 jam kurang lebih 10.15am seluruh DNA ABU BAKAR telah kehilangan insan tercinta dan yg telah byk berjasa kepada setiap DNA ABU BAKAR....tanpanya siapalah kita ini DNA ABU BAKAR...ibunda @ nenda tercinta telah kembali kepada pencipta-Nya di Hospital Pakar Sultanah Fatimah,Muar. Semasa arwah nenda meninggal...pakcik ihak @ unc.mando serta pakcik anip berada disisinya...alhamdulillah arwah nenda pergi berjumpa pencipta-Nya dengan penuh ketenangan...sejurus menghembuskan nafas terakhirnya hujan telah turun mengiringi pemergiannya...Jenazah arwah nenda uyam telah di bawa pulang ke rumahnya di Kg.Selanchar,Pagoh...alhamdulillah ke sembilan2 anaknya, menantu serta cucu serta jiran2 telah menyempurnakan solat jenazah buatnya...selesai solat jenazahnya telah di bawa ke tanah Perkuburan Islam Kg.Raja...Jenazah arwah nenda telah disemadikan di tanah perkuburan tersebut sblm solat asar pd hari yg sama 27 April 2009.

ALLAHYARHAMAH NENDA UYAM BT HJ.ABD RAHMAN lahir pada tahun 1928. Arwah nenda meninggalkan dunia yg fana ini pada usianya 81thn. Tarikh pemergiannya ini 27 APRIL 2009 sama dengan tarikh pemergian Nenda HJ.ABU BAKAR B.HJ JALIL pd 27 APRIL 1982...jangka masa 27 thn arwah nenda uyam juga telah di jemput pulang oleh pencipta-Nya... setelah pemergian arwah suaminya arwah nenda uyam mengharungi pahit getir membesarkan anak2nya tanpa suami d sisi...Arwah bonda @ nenda adalah insan yg terlalu baik..sifatnya yg tidak suka mengata org, tidak suka mengaibkan org, sentiasa tersenyum dlm apa jua keadaan serta bukan seorang pemarah juga pendendam amat disenangi oleh semua org masa hayatnya...bagi saya cucu yg telah dibesarkannya dr kecil amat terasa kehilangannya...arwah nenda tiada galang gantinya..terlalu byk jasanya selama membesarkan sy...tp kita sebagai manusia harus menerimanya dengan redha di atas pemergiannya...begitu juga bagi semua anak2 serta cucu cicitnya begitu terasa kehilangannya..kerana di setiap jasad anak2 dan cucu2nya pasti ada terselit jasa2nya yg tak terbalas dgn wang ringgit...

"YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM....KAU AMPUNKAN LAH SEGALA DOSA2 ABAH & EMAK SERTA DATUK & NENEK KAMI HJ.ABU BAKAR BIN HJ.JALIL SERTA HJH.UYAM BT HJ.ABD RAHMAN....SEMOGA ROHNYA DITEMPATKAN BERSAMA GOLONGAN PARA AMBIA DAN SYUHADA' SERTA GOLONGAN ORG2 YG BERIMAN SERTA DI TEMPATKAN KE DLM SYURGA...DIJAUHKAN MEREKA DR AZAB KUBUR DAN API NERAKA...TELAH BANYAK JASA MEREKA BUAT KAMI ANAK2 SERTA CUCU2NYA... MOGA KAMI DAPAT BERTEMU AYAH DAN IBU KAMI SERTA DATUK & NENEK KAMI DI AKHIRAT YG KEKAL ABADI"...INSYALLAH!! AMIN3 YA RABBALALAMIN!!


*BUAT SELURUH DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM...

DIHARAP SELEPAS INI TERUSKAN SEMANGAT UKHUWAHFILLAH DAN KEKELUARGAAN SERTA SEMANGAT KECINTAAN DAN BERKASIH SAYANG ANTARA SATU SAMA LAIN YG TELAH KITA TERAPKAN DI SETIAP HATI SANUBARI DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM...JANGANLAH DENGAN KETIADAAN ORG2 YG KITA SAYANGI HUBUNGAN KEKELUARGAAN ANTARA KITA SEMAKIN JAUH DAN SEMAKIN RENGGANG...NAUZUBILLAHIMINZALIK!! TERUSKAN SEMANGAT UKHUWAHFILLAH INI WALAUPUN HANYA DENGAN 1 SMS WALAUPUN HANYA DGN PERKATAAN "SALAM"...INSYAALLAH!! MOGA ALLAH MEMBERKATI DAN MERAHMATI KITA SEMUA!! AMIN3 YA RABBALALAMIN


SIJIL KEMATIAN



Salam kerinduan,
-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR -

Related Posts with Thumbnails