Marilah kita seluruh ahli DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM menyedekahkan AL-FATIHAH buat ibunda @ nenda tercinta ALLAHYARHAMAH HJH.UYAM BT HJ.ABD.RAHMAN yg telah di jemput pulang oleh pencipta-Nya...AL-FATIHAH!!
Terlalu berat sebenarnya utk menulis blog pd kali ini....ini kerana seluruh DNA ABU BAKAR telah menerima ketentuan ILAHI akan kehilangan ibunda @ nenda tercinta...pemergian ibunda @ nenda tercinta adalah satu berita yg amat menyedihkan...tapi siapalah kita utk menidakkan ketentuan ALLAH...Jodoh pertemuan, ajal maut semuanya telah di tentukan oleh Allah..."Tiap2 yg bernyawa pasti akan merasai mati, kemudian hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan"...(surah al-ankabut 29:57). Dari ALLAH kita datang, dan kepada ALLAH jugalah kita dikembalikan...
Pada tarikh 27 April 2009 jam kurang lebih 10.15am seluruh DNA ABU BAKAR telah kehilangan insan tercinta dan yg telah byk berjasa kepada setiap DNA ABU BAKAR....tanpanya siapalah kita ini DNA ABU BAKAR...ibunda @ nenda tercinta telah kembali kepada pencipta-Nya di Hospital Pakar Sultanah Fatimah,Muar. Semasa arwah nenda meninggal...pakcik ihak @ unc.mando serta pakcik anip berada disisinya...alhamdulillah arwah nenda pergi berjumpa pencipta-Nya dengan penuh ketenangan...sejurus menghembuskan nafas terakhirnya hujan telah turun mengiringi pemergiannya...Jenazah arwah nenda uyam telah di bawa pulang ke rumahnya di Kg.Selanchar,Pagoh...alhamdulillah ke sembilan2 anaknya, menantu serta cucu serta jiran2 telah menyempurnakan solat jenazah buatnya...selesai solat jenazahnya telah di bawa ke tanah Perkuburan Islam Kg.Raja...Jenazah arwah nenda telah disemadikan di tanah perkuburan tersebut sblm solat asar pd hari yg sama 27 April 2009.
ALLAHYARHAMAH NENDA UYAM BT HJ.ABD RAHMAN lahir pada tahun 1928. Arwah nenda meninggalkan dunia yg fana ini pada usianya 81thn. Tarikh pemergiannya ini 27 APRIL 2009 sama dengan tarikh pemergian Nenda HJ.ABU BAKAR B.HJ JALIL pd 27 APRIL 1982...jangka masa 27 thn arwah nenda uyam juga telah di jemput pulang oleh pencipta-Nya... setelah pemergian arwah suaminya arwah nenda uyam mengharungi pahit getir membesarkan anak2nya tanpa suami d sisi...Arwah bonda @ nenda adalah insan yg terlalu baik..sifatnya yg tidak suka mengata org, tidak suka mengaibkan org, sentiasa tersenyum dlm apa jua keadaan serta bukan seorang pemarah juga pendendam amat disenangi oleh semua org masa hayatnya...bagi saya cucu yg telah dibesarkannya dr kecil amat terasa kehilangannya...arwah nenda tiada galang gantinya..terlalu byk jasanya selama membesarkan sy...tp kita sebagai manusia harus menerimanya dengan redha di atas pemergiannya...begitu juga bagi semua anak2 serta cucu cicitnya begitu terasa kehilangannya..kerana di setiap jasad anak2 dan cucu2nya pasti ada terselit jasa2nya yg tak terbalas dgn wang ringgit...
"YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM....KAU AMPUNKAN LAH SEGALA DOSA2 ABAH & EMAK SERTA DATUK & NENEK KAMI HJ.ABU BAKAR BIN HJ.JALIL SERTA HJH.UYAM BT HJ.ABD RAHMAN....SEMOGA ROHNYA DITEMPATKAN BERSAMA GOLONGAN PARA AMBIA DAN SYUHADA' SERTA GOLONGAN ORG2 YG BERIMAN SERTA DI TEMPATKAN KE DLM SYURGA...DIJAUHKAN MEREKA DR AZAB KUBUR DAN API NERAKA...TELAH BANYAK JASA MEREKA BUAT KAMI ANAK2 SERTA CUCU2NYA... MOGA KAMI DAPAT BERTEMU AYAH DAN IBU KAMI SERTA DATUK & NENEK KAMI DI AKHIRAT YG KEKAL ABADI"...INSYALLAH!! AMIN3 YA RABBALALAMIN!!
*BUAT SELURUH DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM...
DIHARAP SELEPAS INI TERUSKAN SEMANGAT UKHUWAHFILLAH DAN KEKELUARGAAN SERTA SEMANGAT KECINTAAN DAN BERKASIH SAYANG ANTARA SATU SAMA LAIN YG TELAH KITA TERAPKAN DI SETIAP HATI SANUBARI DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM...JANGANLAH DENGAN KETIADAAN ORG2 YG KITA SAYANGI HUBUNGAN KEKELUARGAAN ANTARA KITA SEMAKIN JAUH DAN SEMAKIN RENGGANG...NAUZUBILLAHIMINZALIK!! TERUSKAN SEMANGAT UKHUWAHFILLAH INI WALAUPUN HANYA DENGAN 1 SMS WALAUPUN HANYA DGN PERKATAAN "SALAM"...INSYAALLAH!! MOGA ALLAH MEMBERKATI DAN MERAHMATI KITA SEMUA!! AMIN3 YA RABBALALAMIN
Salam kerinduan,
-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR -
2 comments:
Moga Allah menempatkan arwak mak bersama2 golongan org2 yg beriman...AL-FATIHAH!!
pejam celik, pejam celik dah 2 bulan arwah mak @ atuk pergi meninggalkan kita semua...tp mcm baru semalam arwah pergi meninggalkan kita semua..masih lagi terasa hangat tangannya mengejutkan pagi utk bgn solat dan pergi sekolah,masih terbayang di mata jemput-jemput tepungnya dan sambal tahunnya,air teh kegemaranku,ayam masak lemaknya..."Ya Allah kau tempatkan roh arwah emak bersama golongan org2 yg beriman dan jauhkan dr azab kubur dan api neraka"..amin3 ya rabalamin! Al-Fatihah!
Post a Comment