Dinyatakan juga, “bir halal” adalah satu produk minuman dari Negara Iran, sebagai menandingi barat yang mempromosi “bir”, tetapi yang mengandungi alcohol (baca : arak)
Memahami apa yang diterangkan, secara peribadi aku berpandangan. Hukum minum air tersebut tidak haram. Ini kerana, dalam Islam, kaedah fiqh menyebut;
الحكم يدور على المسمى لا على الإسم
Maksudnya;
“Hukum itu berlegar atas perkara yang diberi nama, bukan pada nama”
Bermakna, walaupun air itu dinamakan sebagai “bir”, tetapi isi kandungan air itu bukan arak, ataupun bukan air yang memabukkan seperti arak, maka hukumnya perlu kembali kepada hukum asal.
Kaedah fiqh menyebut;
الأصل فى الأشياء الإباحة
Maksudnya;
“(hukum) Asal pada sesuatu itu adalah harus”
Justeru itu, selagi mana air itu tidak ada unsur yang haram seperti memabukkan, maka minum air tersebut adalah harus.
NAMA “BIR”
Pun begitu, dicadangkan nama “bir” itu ditukar ganti kepada nama lain; nama yang tidak mengundang melahirkan kontroversi dan kesamaran. Membiarkan penggunaan nama “bir”, bisa melahirkan kekacauan dalam masyarakat Islam, lebih-lebih lagi di zaman manusia yang berada dalam kerosakan, disamping masih ramai lagi agamawan yang masih “lena” dari memberi kesedaran disebalik maksiat arak.
Jika pihak atasan masih lagi redha dengan penggunakaan nama “bir” dengan tidak mengambil inisiatif untuk menggantikan kepada nama lain, maka bagi mengelakkan kemudharatan di masa akan datang, hendaklah pihak Islam memboikot minuman tersebut.
Ini berasaskan kepada kaedah;
إرتكاب أخف الضررين
Maksudnya;
“melakukan mudharat yang paling ringan daripada dua mudharat”
CALSBERG BUAT “BIR HALAL”
Diberitakan, bahawa syarikat arak terbesar di Malaysia, Calsberg sedang bercadang untuk mewujudkan “bir halal” ini. Mereka mahu mencipta sejenis minuman yang tidak mengandungi alcohol untuk dijadikan minuman di kalangan umat Islam.
Pada pandangan peribadiku, isu “bir halal” yang datang dari negara iran tidak sama seperti isu minuman tanpa alcohol yang mahu dikeluarkan oleh syarikat calsberg.
Aku dimaklumkan, syarikat yang mengeluarkan minuman “bir halal” di iran bukanlah syarikat arak, tetapi syarikat minuman biasa. mereka mengeluarkan minuman itu, dengan tujuan menandingi barat yang mempromosi arak yang diharamkan oleh Allah SWT.
Adapun minuman tanpa alcohol keluaran syarikat caslberg, ianya ada kaitan dengan arak secara nyata. Ini kerana, caslberg adalah syarikat arak.
Justeru, sebarang keluaran dari syarikat caslberg merupakan usaha memajukan keuntungan syarikat tersebut. Sedangkan, dari sudut maqasid syariah, Islam telah menggariskan bahawa sebarang usaha yang bisa memajukan arak, maka ia adalah haram disisi Allah SWT.
Ibnu Abbas meriwayatkan hadis dengan katanya;
أن النبي صلى الله عليه وسلم أتاه جبريل فقال: يا محمد إن الله لعن الخمر وعاصرها ومعتصرها، وحاملها والمحمولة إليه وشاربها وبائعها، ومبتاعها وساقيها وَمُسْقِيَهَا ( وفى رواية ومسقاها )
Maksudnya;
“Sesungguhnya Nabi SAW didatangi oleh Jibril lalu berkata : Wahai Muhammad, Sesungguhnya Allah melaknat arak dan pemerahnya, Orang yang meminta memerahnya, pembawanya, yang dibawa kepadanya, peminumnya, penjualnya, pembelinya, penuangnya dan orang yang meminta dituangkan arak [1].”
Makanya, membeli sebarang minuman keluaran syarikat caslberg atau arak adalah haram, kerana itu merupakan salah satu sokongan dalam memajukan syarikat arak.
Lebih-lebih kaedah fiqh ada menyebut;
ما أدى الي حرام فهو حرام
Maksudnya;
“Perkara yang boleh membawa kepada haram, maka ia juga adalah haram”
Sekian
Wallahu ‘Alam
Di nukil dr;
Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com
*DI HARAP WARGA DNA ABU BAKAR BOLEH MEMBERIKAN PANDANGAN ANDA MENGENAI "BIR HALAL" INI. ADAKAH IANYA SESUAI DIWUJUDKAN DENGAN KEADAAN KEHIDUPAN DI ZAMAN YG PENUH MENCABAR INI UNTUK GENERASI MASA KINI DAN AKAN DATANG.
Salam kerinduan,
-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR -
2 comments:
pada pendapat saya..."Bir Halal" nie tak elok n tak sesuai la di pasarkan tuk kaum muslimin n muslimat kat m'sia nie...mendekatkan kepada kerosakkan dan kekeliruan bukan sj tuk yg bkn beragama islam..kita sendiri yg beragama islam pun bole keliru...apalagi utk generasi ms kini n masa depan yg memang dah terdedah ngan bermacam2 penyakit sosial..di tambah ngan adanya jenama terbaru "Bir Halal" nie lagi la senang la Islam nie di perkotak-katikkan oleh anasir2 yg memang sentiasa mencari ruang dan peluang utk menjahanamkan siasah keturunan kita..nauzubillahiminzalik!!
I have the same mind as the above commentator. Tahan je lah rasa nak mencuba beer or wine or liquor (anything yg satu family dgn mereka). Coz org Islam dpt merasa minuman yg haram di dunia tu, bila di syurga kelak, insyaAllah.
I have an experience 'termakan makanan yg mengandungi alcohol'. dunno how to tell the story, but it's all because of a christmas cake. because of that too, i'd been fired from my job. huhuhu... and telah insaf sekarang kerana pernah melakukan kerja yang melibatkan minuman haram (housekeeping). and i hate the smell of people who have just drunk alcohols. you try it, and you'll know. same like the odor of methanol (when it evaporates) in chem lab.
Post a Comment