BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, June 30, 2008

Hj.Hamzah b. Hj.Abu Bakar (Abg @ Pakwe) Akan Menjalani Pembedahan

Di minta jasa baik seluruh family Abu Bakar mendoakan @ membacakan Surah Yassin utk kesejahteraan & keselamatan Hj.Hamzah (abg @ pakwe) yg akan menjalani pembedahan membuang ketumbuhan yg di hidapinya pd 30/6/08 (esok) di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Semoga Allah memberikannya dan keluarganya kekuatan dlm menghadapi dugaan ini. Marilah kita sama2 mendoakan agar penyakit yg d tanggungnya hilang dgn berkat dan kuasa Allah..Amin! Pada seluruh family Abu Bakar d harap jika ada kelapangan masa marilah kita sama2 menziarahi Abg @ Pakwe samada d hospital d jb atau d Melaka nanti...InsyaAllah!! Moga Abg @ Pakwe selamat menjalani pembedahan! InsyaAllah..Amin..Amin Ya Rabballalamin!!

CONGRATULATIONS FOR HANNAH NAJIHAH HJ.RAZAK

Tahniah di ucapkan khas buat Hannah Najihah bt Hj.Razak (Ana), kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UITM) Dungun, Terengganu. Semoga Ana terus berjaya dan berjaya mencapai cita2 yg di impikan..Moga Allah sentiasa melindungi mu dlm menempuh liku2 kehidupan! Amin..InsyaAllah

Friday, June 27, 2008

Doa Untuk Kesejahteraan Seluruh Family Abu Bakar

Doa Untuk Kesejahteraan Seluruh Family Abu Bakar Yg Telah D bacakan Semasa Kenduri D Rumah Mak Long

Bacaan Yassin ini kami sedekahkan kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. , keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda, para aulia’, para anbia’, para shuhada’,para tabiin, seluruh kaum muslimin & muslimat sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia, kedua ibu-bapa kami, guru-guru kami, kaum keluarga kami dan tidak lupa untuk diri kami sendiri.

Kami sedekahkan pahala bacaan Yassin ini kepada Arwah Abah Hj Abu Bakar bin Hj Jalil, atuk2, nenek moyang dan seluruh ahli keluarga yang telah kembali ke rahmatullah.

Berkumpulnya kami pada malam ini dengan satu hasrat supaya dilembutkan hati-hati ahli keluarga kami ini supaya saling sayang-menyayangi antara satu sama lain semata-mata kerana Engkau YaAllah, hormat-menghormati, sentiasa berfikiran positif, tidak berdendam atau iri hati di kalangan ahli keluarga, bersatu padu, bersangka-baik dan dipermudahkan perbincangan sekiranya ada sebarang masalah. Sentiasa berdoa dan berusaha untuk memajukan diri setiap ahli keluarga untuk dunia dan akhirat.

Kami memohon kepadaMu Ya Allah, supaya dengan penyatuan kami pd malam ini, kami memohon taubat nasuha supaya engkau mengampunkan segala dosa-dosa yang telah kami lakukan secara sengaja atau tidak, dosa-doa kedua ibu bapa kami, guru-guru kami, ahli keluarga kami dan seluruh kaum muslimin & muslimat.

Kuatkan Iman kami, dapatkanlah kami menyeimbangkan keperluan hidup di dunia dan akhirat, jauhkan kami dari azab siksa api neraka & alam kubur. Jadikanlah kami hambuMu yang sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang Engkau kurniakan.

Jauhkan kami YaAllah, dari sifat2 mazmumah iaitu sifat riak, bongkak, takbur, sombong,ujub, dengki, khianat, dendam dan iri hati. Dekatkan hati-hati kami ini YaAllah supaya kami lebih hampir dan yakin kepadaMu.

Kurniakan kami YaAllah tahap kesihatan yang terbaik supaya ringan badan kami untuk menunaikan ibadah kepadaMu Ya Allah..

Berikanlah kami rezeki yang halal lagi barakah seluas-luasnya,semewah-mewahnya dan dengan rezeki ini dapatlah kami menggunakannya ke jalan yang Engkau redhai dan dapat Bantu-membantu antara ahli keluarga kami yang memerlukan.

Sampaikanlah jodoh buat ahli-ahli keluarga kami yang masih belum berkahwin dengan hamba-hambaMu yang beriman, yang mencintai Engkau dan Engkau mencintainya.

Permudahkanlah ahli keluarga kami ini yang masih belajar supaya dapat memahami ilmuMu sedalam-dalamnya dan memanfaatkan ilmu tersebut untuk agama,bangsa,Negara dan keluarga ini. Kurniakanlah keputusan yang cemerlang buat mereka yang akan menduduki peperiksaan besar seperti UPSR, PMR,SPM,Matriks,Ijazah,Master dan PhD semoga dengan keputusan yg cemerlang ini dapat mendekatkan diri-diri kami kepadaMu YaAllah.

Selain itu, bacaan ini kami sedekahkan kepada :

1)Hajah Uyam Bt Hj Abd Rahman, supaya di beri kekuatan dan di teguhkan iman supaya dapat melaksanakan ibadah terutamanya ibadah solat seperti biasa.
2) Seluruh ahli keluarga Hjh Rubiah Binti Hj Abu Bakar supaya pak long dan mamat sembuh dari penyakit lelah,perniagaan Tukang Jahit Aman Damai bertambah maju,
3) Seluruh ahli keluarga Hjh Azizah Binti Hj Abu Bakar supaya papa distabilkan penyakit kencing manisnya, dapat menunaikan Haji yang mabrur pada tahun ini dan perniagaan bertambah maju,
4) Seluruh ahli keluarga Hj Hamzah Bin Abu Bakar supaya abang disembuhkan daripada penyakit yang di hadapinya.
5) Seluruh ahli keluarga Hj Razak Bin Abu Bakar supaya beliau dinaikkan pangkat , anaknya yg berada di New Zealand supaya sentiasa berada di dalam perlindungan Allah
6) Seluruh ahli keluarga Hjh Anoy Bin Abu Bakar supaya Anoy disembuhkan dari penyakit ginjalnya
7) Seluruh ahli keluarga Ishak Bin Abu Bakar, semoga diberi rezeki yang murah untuk menunaikan Haji
8) Seluruh ahli keluarga Isham Bin Abu Bakar, semoga dipermudahkan mendapat pertukaran sekolah ke Melaka.
9) Seluruh ahli keluarga Hanif Bin Abu Bakar supaya di berikan kemudahan dan kekuatan untuk menjalankan tugas-tugas menjaga mak.

Monday, June 2, 2008

kenduri @ umah uncle isham&mkcik shu=)


















ari sabtu lepas,31/5/2008,satu knduri telah diadakan di rumah uncle isham&makcik shu..knduri tu sempena family uncle isham pindah rumah baru..=)sedap betol makanan aritu..hehehe..

tu ade jugak pic baby syuaib..comey nye die...=)

Family Ummi @ Mak Long




Berdiri d barisan 1: Siti Azkiah (along kiot) & akmal, Shana, Mahyudin(Udin),
Suniyati (atie), Faizal (abg Faizal).
Berdiri d barisan 2: Alia Syafika (eika) & Muhd.Fitri (Mamat)

Duduk d barisan hadapan: Nasuha, Kelion@Jamsari (Pak Long),
Hjh.Rubiah (Ummi@Mak Long), Aliff Daniel (Allif)

Saturday, May 31, 2008

Perjumpaan Family D Rumah Ummi @ Mak Long







Salam Ukhuwahfillah buat family abu bakar yg dikasihi & d rahmati Allah hendaknya..
Pada tarikh yg amat bersejarah 24/5/08 telah diadakan majlis kenduri bacaan yassin & tahlil utk arwah abah @ atuk Allahyarham Abu Bakar b Hj Jalil, seluruh ahli keluarga yg telah meninggal dunia dan juga utk kesejateraan dan kebahagiaan semua ahli keluarga abu bakar...kenduri ini telah diadakan d rumah Ummi @ mak long..jutaan terima kasih yg tdk terhingga d ucapkan kepada keluarga mak long kerana telah berbesar hati mengadakan majlis ini d rumahnya..alhamdulillah majlis ini telah dapat d laksanakan dgn jayanya...dalam suasana yg harmoni serta syahdu...moga ukhuwahfillah antara family abu bakar terus terjalin tanpa d ganggu gugat. Semoga ikatan kekeluargaan ini akan terus mekar d hati2 sanubari setiap family abu bakar!! InsyaAllah!! Amin

Friday, May 30, 2008

Allahyarham Hj Abu Bakar b Hj Jalil (Abah@ Atuk Bakar)..Dalam Kenangan!! AL-FATIHAH...

Family Pak Usu Anip



Salam Ukhuwahfillah...buat family Abu Bakar tersayang....alahamdulillah kami telah bergambar satu family di Taman Tamadun Islam d Terengganu yg telah kami kunjungi pada 19-21/05/08 yg lepas..gmbr bersebelahan kami tu d namakan Xian Mosque. Terdapat lagi bermacam2 replika tamadun islam d sini..InsyaAllah kita akan usulkan pd family abu bakar utk kita sama2 slps ini membuat family gathering ke pantai timur. BERSATU KELUARGA KITA TEGUH BERCERAI FAMILY KITA ROBOH...wassalam!

Berdiri D belakang: Fiza (Mak usu Fiza), Hanif Abu Bakar (Pak Usu Anip@Unc.Anip)
Berdiri D hadapan : Laili (Adik), Mohd.Nadzrin (Abang)


Di sediakan oleh,

-Ida-
-Salam ukhuwahfillah-

Mak Ngah D Operate Membuang Ketulan Lemak






Salam UKHUWAHFILLAH buat semua family abu bakar yg di rindui dan d sayangi. Untuk pengetahuan semua pada tarikh 21/3/08 yg lepas mak ngah telah melakukan pembedahan kecil utk membuang ketulan lemak d bahu sebelah kanannya...ketulan lemak tersebut telah lama d simpan sehingga menjadi besar. D sini saya telah merakamkan detik2 d mana mak ngah telah melalui pembedahan tersebut. Alhamdulillah tiada kesan sampingan slps melakukan pembedahan tersebut. Kini mak ngah lebih selesa slps ketulan tersebut d buang..


Salam Ukhuwahfillah,

-Ida-

Monday, January 28, 2008

Sekadar Renungan......

12 barisan di Akhirat



Suatu ketika, Muaz b. Jabal r.a mengadap Rasulullah
SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan
kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala
ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah
An-Naba':18

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah
pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muaz,
engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat
besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan
berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing
dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan
apakah 12 barisan tersebut :-

Barisan Pertama
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan
berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu
seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu
adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti
hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kedua
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah
suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu
adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan
solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..."

Barisan Ketiga
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh
dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah
orang yang enggan membayar zakat, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


Barisan Keempat
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air
pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah
orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah
balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

Barisan Kelima
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai.
Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau
busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan
derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula
rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Keenam
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka
terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi
saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..."

Barisan Ketujuh
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari
mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka
itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas
kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..."

Barisan Kelapan
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan
kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang
yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kesembilan
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan
bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan
api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta
anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka
inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka..."

Barisan Kesepuluh
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka
penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah
orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


Barisan Kesebelas
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta
mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk
lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan
lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka
dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang
minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..."

Barisan Kedua Belas
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang
bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui
titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari
sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka
adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat
baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka
memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia
keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat
keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha
Pengasih..." Jika engkau mahukan kemesraan dengan
Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika
engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah,
tahulah engkau betapa peritnya berpisah
denganNya... ..Wallahua'alam.

WASSALAM.


-Ida-

Related Posts with Thumbnails