BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 27, 2009

TAZKIRAH JUMAAT: HADIAH MALAM JUMAAT

Perkara : Hadiah Malam Jumaat (Pengalaman Salih Al Mazi)


Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke
Masjid jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat
Awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ
Salih Duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi
ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi.
Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur
masing-masing. Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil
berbual-bual sesama mereka.
Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur
memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengatn ahli-ahli kubur yang
lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah
kerana sedih.
Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam
yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya yang
gemerlapan. Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa
talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam
kuburnya. Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si
pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa.
Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam
kuburnya. Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya
untuk bertanyakan keadaannya. "Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau
terlalu sedih mengapa ?" tanya Salih Al Mazy. "Wahai Salih, adakah
engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?"
tanya pemuda itu. "Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam
itu?" tanya Al Mazy lagi.
Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi
hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati
yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan
doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari
Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar.
Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah
berkahwin dengan suami baru.Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk
anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang
mengingati si pemuda.
Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila
melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak
menerimanya. Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu
ia bertanya nama dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan keadaan anaknya.
Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya.
Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu si pemuda
tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya. Ibunya menangis mendengar
keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah.
Kemudian ia berkata :"Wahai Salih ! Memang betul dia adalah anakku.
Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku. Dia membesar dengan minum
susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur
ketika kecilnya."
Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis
penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama
ini. "Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu bangun
meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si
ibu menahannya agar jangan pulang dahulu.Dia masuk kedalam biliknya
lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. "Wahai Salih,
ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku
tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku
masih hidup."
Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir
miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal.
Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya
oleh ibu pemuda tersebut.
Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy
Berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan
sebagaimana Biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan
bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulnya
kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai
pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira.
Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy se raya berkata : "Wahai tuan Salih,
aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu. "
"Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi. "Eh,
Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy. "Ya, Tahu." "Apa
tandanya?"
"Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat
selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat." Salih Al Maizy
terjaga dari tidurnya.Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gumbira kerana
sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa
dari ibunya.
(Petikan kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas).
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)
Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu.
Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya
ia telah mendapat kemenangan.

"Renung-renungkan dan selamat beramal".

Salam tazkirah,

-Ida-

1 comments:

Anonymous said...

sama2lah kita memperbanyakkan amalan d malam jumaat...terutama sekali buat roh2 yg telah kembali kerahmatullah!! InsyaAllah ingatan ini utk diri saya dan semua family abu bakar...'renung2kan dan selamat beramal'..

Related Posts with Thumbnails