BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 30, 2009

Info: Mbah Olo @ Anuar Meninggal Dunia...Innalillahiwainailaihirajiun!!



Salam Ukhuwahfillah buat seluruh DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM...

Buat pengetahuan semua Mbah Olo @ Anuar bin Suradi telah kembali kerahmatullah pagi td pada pukul kurang lebih 5.45am. Saya mendapat berita dari unc. Anip @ pakcik anip yg telah sms saya pagi tadi. Beliau meninggal dunia dirumahnya kerana sakit tua. Allahyarham merupakan jiran serta kawan baik Arwah Emak @ atuk. Allahyarham juga merupakan penduduk tertua di kg Selanchar. Umurnya juga lebih kurang sama dgn Arwah emak @ atuk. Semasa kecil Allahyarham sama2 pergi mengaji bersama dengan arwah emak @ atuk. Semasa hayatnya juga Allahyarham merupakan insan yg baik. Semoga rohnya ditempatkan bersama golongan orang2 yg beriman...amin3 ya rabbalalamin!!
Unc.Mando dan juga Pakcik Anip merupakan wakil dr DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM yg telah pergi menziarahi jenazah Allahyarham.
Semoga Mbah Koncong @ Lek Koncong (isterinya) serta anak-anaknya tabah mengahadapi ujian Allah. "Tiap2 yang bernyawa pasti akan menghadapi mati..."
Al-Fatihah...

Sekian, wassalam.

*Mbah = (merupakan perkataan jawa yg membawa maksud atok)









Salam Ukhuwahfillah,

-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-



.......Rejab Kembali Lagi......



Salam Ukhuwahfillah buat seluruh DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM.....Moga berada di bawah lindungan dan Inayah-Nya!!



Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah
muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi s.a.w.:


Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan
umatku.

1) Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
2)Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

3)Puasa tiga hari pada bulan Rejab di jadikan parit yang panjang, yang
menghalangkan dia keneraka
(panjangnya setahun perjalanan).
4)Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada
penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.


5)Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

6)Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

7)Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

8)Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

9)Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP
DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

10)Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian
di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

11)Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di
dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

12)Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di
hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

13)Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah
lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya
(pembaharuan umur).


Berkata Saidina Ali:
14) Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.

15)Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.

16)Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.


Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas
segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi
minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat
di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan
pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang
meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.

* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.

* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.


Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab
seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan
seribu bidadari, lebih cantik daripada a tahari seribu kali. Bulan Rejab
bulan Allah.


...sedekah...
Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah
tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.
Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar,
dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan,
diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana
kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.Allah jadikan di belakang bukit Jabal
Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji
berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat
Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

..zikrullah..
Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi danpetang 70
kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api
neraka.


Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:


"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian
Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu
dibawah `arasyKu, engkau kekas! ihKu daripada segala makhlukKu, engkau
terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan
antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)



Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika
disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari
ISRAK-MIKRAJ.


Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan
Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga
Firdaus.


Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya
(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.Diampunkan baginya 70
dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya
daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang
suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.


Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah,
kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemulian bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya
yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada
siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah peri keistimewaannya
keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.


~~~~~~~~~~~~~
REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.


REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.


REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.


P E R H A T I A N
Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat
melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.


Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya,
Sya'aban dengan malam NISFUnya
Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.
Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Imam Nawawi)


"Selamat Menyambut Bulan Rejab"



Salam Ukhuwahfillah,

-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-

Friday, June 26, 2009

Give Thanks To Allah - Michael Jackson



Give Thanks To Allah-Song From Michael Jackson



Give thanks to Allah,
for the moon and the stars
prays in all day full,
what is and what was
take hold of your iman
dont givin to shaitan
oh you who believe please give thanks to Allah.
Allahu Ghefor Allahu Rahim Allahu yuhibo el Mohsinin,
hua Khalikhone hua Razikhone whahoa ala kolli sheiin khadir

Allah is Ghefor Allah is Rahim Allah is the one who loves the Mohsinin,
he is a creater, he is a sistainer and he is the one who has power over all.

Give thanks to Allah,
for the moon and the stars
prays in all day full,
what is and what was
take hold of your iman
dont givin to shaitan
oh you who believe please give thanks to Allah.
Allahu Ghefor Allahu Rahim Allahu yuhibo el Mohsinin,
hua Khalikhone hua Razikhone whahoa ala kolli sheiin khadir


Allah is Ghefor Allah is Rahim Allah is the one who loves the Mohsinin,
he is a creater, he is a sistainer and he is the one who has power over all.

Al-Fatihah Buat Michael Jackson
*Bersyukur kehadrat Allah kerana Michael Jackson telah diberi hidayah dr Allah untuk memeluk islam sebelum meninggal dunia pada 25/6/09

*Lagu ini boleh di dengar di playlist di sebelah pada track ke-17



Salam Ukhuwahfillah,

-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-

Tazkirah Jumaat: Antara Bahu Kanan Dan Bahu Kiri


Salam Ukhuwahfillah buat seluruh DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM....semoga berada di dalam lindungan dan Inayah-Nya...InsyaAllah!! Tazkirah Jumaat utk minggu ini adalah tentang bahu kanan dan bahu kiri kita yang dijaga oleh 2 malaikat iaitu malaikat RAQIB DAN 'ATID. Moga ianya bermanfaat buat kita semua..InsyaAllah!!



Rasullullah s.a.w ada bersabda, katanya:

"Setiap anak Adam akan di jaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkusa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya, "Apakah yang harus aku catit?" Kata malaikat di sebelah kanan,"Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan.

Malaikat yang di kiri bertanya lagi, "Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan ?" Jawab malaikat kanan,"Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi.

Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata, "Kalau begini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam."

Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayang-Nya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia.


"RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL"





Salam ukhuwahfillah,

-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-

INFO AGAMA: BILA PADERI DEDAH RAHSIA


Salam Ukhuwahfillah buat seluruh DNA ABU BAKAR + HJH UYAM...


LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN

Hayati kandungannya

Bismillahirrahmanir rahim. Artikel ni agak panjang, tapi banyak pengetahuan dan manfaat untuk kita, insya Allah… Bila Paderi Terpaksa Buka Rahsia Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya.



Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika , dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani.. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.



Pada suatu hari mereka berdua berjalan- jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.


Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, ” Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.” Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, “Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. ” Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, “Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?” Paderi itu menjawab, “Dari tanda yang terdapat di wajahmu.” Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim

itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, “Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. ” Si pemuda tersenyum dan berkata, “Silakan!”



Sang paderi pun mulaibertanya

“Sebutkan satu yang tiada duanya,

dua yang tiada tiganya,

tiga yang tiada empatnya,

empat yang tiada limanya,

lima yang tiada enamnya,

enam yang tiada tujuhnya,

tujuh yang tiada delapannya,

delapan yang tiada sembilannya,

sembilan yang tiada sepuluhnya,

sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,

sebelas yang tiada dua belasnya,

dua belas yang tiada tiga belasnya,

tiga belas yang tiada empat belasnya.”

“Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!


Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?


Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga?


Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya


Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!”


“Siapakah yang tercipta dari api,

siapakah yang diazab dengan api dan


siapakah yang terpelihara dari api?


Siapakah yang tercip tadari batu,


siapakah yang diazab dengan batu dan


siapakah yang terpelihara dari batu?”



“Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!


Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?”



Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca “Bismillah.. .” dia berkata, -Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..



-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, ” Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).” (Al-Isra’: 12).



-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa


ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.



-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.



- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.



-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.



-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s..w.t.


berfirman, “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu


sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.” (Al-Mulk: 3).



-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, ” Dan malaikat- malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.” (Al-Haqah: 17).



-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim


paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*



-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s..w.t.


berfirman, “Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.” (Al-An’am: 160).



-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .



-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat


dalam firman Allah, “Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, “Pukullah batu itu dengan tongkatmu.” Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.” (Al- Baqarah: 60).



-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf


ditambah dengan ayah dan ibunya.



-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah


waktuSubuh. Allah s.w.t.. berfirman, “Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. ” (At-Takwir: 18).



-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus

AS...

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah


saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, “Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba


dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan


serigala.” Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, “Tak ada cercaan terhadap kamu semua.” Dan ayah mereka Ya’qub berkata, “Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku.


Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”


(Yusuf:9)



-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai.


Allah s.w.t. berfirman, “Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara


keldai.” (Luqman: 19).



-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam,


Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim..



-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api


ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, “Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.” (Al-Anbiya’: 69).



-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).



-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu


Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. “Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.” (Yusuf: 28).



-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.



Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja.




Permintaan ini disetujui oleh paderi.



Pemuda ini berkata, “Apakah kunci surga itu?”



Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti


keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan


kekuatirannya, namun tidak berhasil.



Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab


pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.



Mereka berkata, “Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya


dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi *****a satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! “



Paderi tersebut berkata, “Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.”



Mereka menjawab, “Kami akan jamin keselamatan anda. “



Paderi pun berkata, “Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa


Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. “


Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk


agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.**



NOTA:



Ini merupakan sebuah artikel yang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan Al-Qur’an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang kafir.



Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu


(kononnya) apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam. Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke


telinga orang nazak) benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian


tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah. *****a, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi.



Wallahua’lam


Nukilan dari;

http://lutfimj2006.blogspot.com/



Salam ukhuwahfillah,

-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-

Wednesday, June 24, 2009

SELAMAT HARI LAHIR BUAT HANNAH NAJIHAH BT HJ ABD RAZAK (HANA) PD 23/6/09


Salam ukhuwahfillah buat semua DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM...


Dikesempatan ini saya mewakili seluruh DNA ABU BAKAR ingin mengucapkan "SELAMAT HARI LAHIR" buat HANNAH NAJIHAH BT HJ ABD RAZAK PD 23/6/09. Semoga di panjangkan umur, di murahkan rezeki serta diberikan cahaya kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat..InsyaAllah!





Salam ukhuwahfillah,

-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-

Sunday, June 21, 2009

"SELAMAT HARI BAPA"

Salam Ukhuwahfillah buat seluruh DNA ABU BAKAR + HJH UYAM...

"SELAMAT HARI BAPA" buat semua para bapa DNA ABU BAKAR + HJH UYAM serta semua para2 bapa diluar sana..jasamu mendidik isteri dan anak-anak merupakan pengorbanan yang amat besar dan tidak ternilai dgn wang ringgit..moga bapa2 DNA ABU BAKAR + HJH UYAM menjadi antara BAPA2 MITHALI...InsyaAllah!! Amin2 YaRabbalalamin

*Selamat Hari Bapa buat pakcik2 terutama sekali buat papa@ pak ngah, abg@pakwe, pak Itam, pakcik esa, pak long, pakcik zaid, unc.mando@pakcik ihak,unc.sam, unc.anip@pak usu..serta untuk sepupu2 yg bergelar bapa.





A Dad

A Dad is a person
who is loving and kind,
And often he knows
what you have on your mind.
He's someone who listens,
suggests, and defends.
A dad can be one
of your very best friends!
He's proud of your triumphs,
but when things go wrong,
A dad can be patient
and helpful and strong
In all that you do,
a dad's love plays a part.
There's always a place for him
deep in your heart.
And each year that passes,
you're even more glad,
More grateful and proud
just to call him your dad!
Thank you, Dad...
for listening and caring,
for giving and sharing,
but, especially, for just being you!





Salam Ukhuwahfillah,

-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-

Saturday, June 20, 2009

KENDURI ARWAH EMAK @ ATUK: HARI KE-40 (VIDEO)


Salam Ukhuwahfillah buat seluruh DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM...


Moga berada di dalam lindungan dan rahmat-Nya...InsyaAllah!! Mohon ampun dan maaf diatas kelewatan mengupdate berita suasana kenduri arwah emak @ atuk pada 5/6/09 yg lepas. Diharap masih belum terlewat utk saya mengupdate suasana pd majlis kenduri tersebut. Diharap video2 pd hari kenduri tersebut yg saya sediakan di youtube ini menjadi tatapan kenangan buat seluruh DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM..moga semua berpuas hati hendaknya...InsyaAllah!!






Persediaan untuk membuat 'Nasi Ambang'.

(*Nasi Ambang merupakan salah satu adat @ tradisi yg diturunkan turun-temurun utk keturunan jawa. Nasi ambang ini disediakan didlm dulang yg berisi nasi putih, lauk pauk spt: ayam msk ungkap @ semur, ikan kering bulu ayam, tauhu dan tempe grg, mihun grg, sambal grg serta serunding kelapa. Antara keunikan nasi ambang utk majlis kenduri ini ialah org yg dtg utk kenduri hanya mkn sedikit dan yg selebihnya dibw plg utk ahli keluarga di rumah. Nasi ambang yg dibawa pulang tersebut dipanggil 'nasi berkat'. Konsep yg hendak diterapkan di sini ialah bukan shj org yg pergi kenduri shj dpt menikmati juadah tetapi juga utk ahli keluarga di rumah..cara pembahagian nasi ambang ini ialah 1 dulang dibahagikan sama rata seramai 3-4 org..setiap dulang akan ada ketua yg akan membahagikan nasi ambang tersebut. Nasi ambang yg telah dibahagikan tersebuat akan dibungkus didalan bekas daun pisang serta dibalut dgn kertas. Bungkusan ini akan disediakan oleh tuan rumah itu sendiri. Ini adalah merupakanserba sedikit pengenalan tentang Nasi Ambang.)




Gen 1 & Gen 2 DNA ABU BAKAR solat Maghrib & membaca yassin berjamaah








Semasa Tahlil Untuk Arwah Emak @ Atuk yg ke-40 hari



Video ini telah diambil oleh Syukran semasa tahlil untuk arwah emak @ atuk yg dihadiri oleh jiran2 dan kariah Surau Naib Idris Kg Selanchar Pagoh, yg diketuai oleh Tuan Imam Bajuri.




Salam kerinduan,


-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-





Friday, June 19, 2009

TAZKIRAH JUMAAT: MAKSUD BACAAN DALAM SOLAT


Salam Ukhuwahfillah buat seluruh DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM..

Ibadah solat merupakan salah satu drpd rukun Islam..nilainya amat besar.Marilah kita bersama2 mempelajari dan menghafaznya supaya ibadah solat kita mampu diperbaiki...InsyaAllah!!



Takbiratul-Ihram & Takbir

Allah Maha Besar.


Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan
banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit
dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan
aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya
solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah
Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan
kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya
dan aku dari golongan orang Islam.



Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha
Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta
alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang
menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami
sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan
orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan
mereka yang sesat.



Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala
puji-pujiannya.



Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala
puji-pujiannya.



Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku,
lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku,
berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.



Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah
untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan
rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas
kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik
saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik
saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya
Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.



Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah
untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan
rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas
kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik
saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik
saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya
Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke
atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas
Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas
Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau
berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di
dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi
Maha Agung.



Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang
yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku
sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau
pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah
Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala
kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya
hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak
sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain
daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang
memperolehi pimpinanaMu. Dan tidak mulia orang-orang
yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya
Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau
sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah
Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat
kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang
ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan
sahabat-sahabatnya.


Salam

Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.





Salam ukhuwahfillah,

-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-

Wednesday, June 17, 2009

SELAMAT HARI LAHIR BUAT ALIA SURAYA BT HJ ESA (LIA) PD 17/6/09

Salam ukhuwahfillah buat semua DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM...


Dikesempatan ini saya mewakili seluruh DNA ABU BAKAR ingin mengucapkan "SELAMAT HARI LAHIR" buat ALIA SURAYA BT HJ ESA PD 17/6/09. Semoga di panjangkan umur, di murahkan rezeki serta diberikan cahaya kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat serta sukses dalam P.M.R..InsyaAllah!
Miss u & Luv U All!!




Salam ukhuwahfillah,

-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-

Tuesday, June 16, 2009

MINIT MESYUARAT GENERASI KEDUA DNA ABU BAKAR + HJH UYAM



LAPORAN MINIT MESYUARAT GENERASI KE 2 DNA ABU BAKAR KALI PERTAMA


TARIKH: 5/6/09

HARI: AHAD

TEMPAT: NO.43,KG.SELANCHAR 84600 PAGOH MUAR JOHOR (RUMAH ARWAH MAK)

WAKTU: SELEPAS ISYAK


KEHADIRAN: AZRINNA, AZNIDA, K.CHUWIE, FARAH, JANNAH, SOFIA, ZALEHA, HANNAH, NADIA, NAJJAH, SYUKRAN,HAFIZAH,HIDAYAH, HAKIEM, AFREZZA, IKHSAN, DINA, SYUIB, NAZRIN DAN LAILI.


*DIHARAPKAN PADA MESYUARAT YG AKAN DTG SELURUH GEN 2 DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM DAPAT MENGHADIRKAN DIRI.




Alhamdulillah pd 5/6/09 telah diadakan perjumpaan serta mesyuarat kecil antara Generasi Ke 2 DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Hjh.Azrinna bt Hj.Hamidun (Kak Ayin). Antara agenda atau tujuan mesyuarat ini diadakan adalah:



1. Untuk mengeratkan ukhuwahfillah antara seluruh GENERASI KEDUA DNA ABUBAKAR + HJH.UYAM yg berjumlah 37 org dari yg sulong bermula dr Pn Siti Azkiah sehingga yang paling kecil dlm DNA ABU BAKAR. Ini perlu diambil langkah segera agar ukhuwahfillah
antara generasi kedua sentiasa subur dan terus mantop. Langkah ini juga perlu
memandangkan DATUK dan NENEK GEN 2 telah di jemput oleh pencipta-Nya. Maka
kami generasi kedua tidak mahu beranggapan apabila datuk dan nenek kita telah tiada
maka ukhuwahfillah antara kita juga berakhir!! Nauzubillahiminzalik!!



2. Mengadakan E-GROUP YAHOO. Pohon jasa baik dan kerjasama dari seluruh
GENERASI KEDUA DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM samada yang bersama-sama
di dalam mesyuarat ataupun tidak agar dapat memberikan url e-mail masing-masing.
Kepada yg belum berbuat demikian bolehlah memberikannya di blog ini di ruangan
komen atau pun boleh di hantar ke alamat e-mail: toot203@yahoo.com ( kak ayin) @
azni5@yahoo.com ( kak ida). Tujuan E-GROUP ini diadakan adalah untuk
memudahkan seluruh GENERASI KEDUA DNA ABU BAKAR mendapat maklumat
apa jua aktiviti serta program yg akan dijalankan samaada antara sesama GENERASI
KEDUA atau pun dengan GENERASI PERTAMA.



3. Selaku blogger BLOG ABU BAKAR'S FAMILY memohon kerjasama dari seluruh
DNA ABU BAKAR + HJH UYAM (GEN 1, GEN 2 & GEN 3) memberikan kerjasama
agar mengupdate nama penuh, tarikh lahir , alamat serta no.telefon terkini masing2.
Ini juga bole dibuat seperti di atas..samaada melalui e-mail yg tertera atau melalui
komen di blog ini.



4. PENUBUHAN TABUNG GENERASI KEDUA. Setelah mendapat persetujuan dari
GEN 2 yg hadir semua bersepakat untuk menubuhkan Tabung Generasi Kedua yg
ahlinya terdiri dr semua GEN 2 DNA ABU BAKAR dr besar hingga yg kecil. Setiap
ahli perlu membayar RM1 seorang setiap bulan. Cara bayaran boleh dibuat samada
semasa mensyuarat yg akan dtg, ataupun transfer terus ke akaun maybank untuk sementara waktu: Aznida
bt Hamidun (164146448122) @ Azrinna binti Hamidun (151164188025) . Ianya juga
boleh terus dibayar apabila berjumpa dengan ayin @ Ida. Tujuan tabung ini diadakan
adalah apabila ada ahli yg menyambut hari lahir, kejayan mendapat result cemerlang
dan sebagainya maka dengan adanya tabung ini semua ahli akan mendapat
ganjarannya dan manfaatnya.


5. CADANGAN MEMBUAT T-SHIRT GENERASI KE 2. Meminta semua generasi kedua agar dapat memberikan idea2 dan cadangan untuk mereka cipta t-shirt khas utk GEN 2. Segala cadangan juga idea2 hasil rekaan bolehlah diemailkan kepada k.ayin @ k.ida. ataupun secara terus. Di harapkan kerjasama dari semua generasi kedua DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM.


6. KEMPEN SALAM,PELUK DAN CIUM PIPI. Seperti yg kita sedia maklum kempen berkasih-sayang yg telah kita anjurkan dalam perjumpaan DNA ABU BAKAR + HJH UYAM pada tahun 2008 telah menampakkan tanda2 positif. Kempen berkasih sayang yg merangkumi SALAM,PELUK DAN CIUM PIPI adalah sebahagian dr cara utk DNA ABU BAKAR merapatkan serta memantapkan ukhuwahfillah agar terus segar di hati sanubari setiap DNA ABU BAKAR + HJH UYAM. Maka kempen ini dipanjangkan ke GENERASI KEDUA agar terus melaksanakan kempen ini dengan GENERASI PERTAMA terutama pakcik2 dan juga makcik2 kita semua.


7. MENCARI ILMU DAN BERKONGSI ILMU. Untuk generasi kedua diingatkan supaya tidak jemu mencari ilmu. Yang mana dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma teruskan keIijazah, dr Ijazah teruskan mengambil Master serta PHD. Generasi Kedua harus mencontohi Generasi Pertama yg semuanya mempunyai tahap pendidikan yg alhamdulillah dapat dibanggakan. Begitu juga bagi yg sudah berjaya jangan lupa utk berkongsi ilmu dan sentiasa memberikan kata2 semangat buat adik2 yg akan menghadapi peperiksaan besar. Begitu juga jangan dilupakan utk terus mencari dan mencari ilmu2 agama utk bekalan hidup kita didunia dan di akhirat!! Moga DNA ABU BAKAR+ HJH UYAM menjadi golongan2 yg profesional yang tinggi akhlaknya dan siasah keperibadian yg dapat berkhidmat dan dikongsi bersama utk keluarga, agama dan juga bangsa!! InsyaAllah



7. CADANGAN AKTIVITI UNTUK HARI RAYA. Mak Ngah Hjh Azizah telah meminta GEN 2 agar memberikan cadangan aktiviti utk hari raya yg bakal menjelma tidak berapa lama lagi. Tujuan cadangan ini dikemukan adalah supaya DNA ABU BAKAR + HJH UYAM terus dapat beraya dan berkumpul bersama2 walaupun orang2 tersayang telah kembali ke pangkuan pencipta-Nya. Antara cadangan yg k.ayin dan saya cadangkan ialah contohnya utk raya kali ini kita beramai-ramai berkumpul dan beraya dirumah Mak Long di Melaka, kemudian utk tahun hadapan dirumah Mak Ngah di Kota Tinggi. Ertinya setiap tahun kita akan bergilir2 beraya dirumah pakcik2 dan makcik2 mengikut urutan. Ataupun berkumpul beramai2 di rumah arwah mak di kg dan membuat beberapa program serta aktiviti di dalamnya. Itu antara cadangan. Maka diminta semua GENERASI KEDUA dan juga GENERASI PERTAMA memberikan buah fikiran serta cadangan aktiviti untuk hari raya yg akan datang ini. Segala cadangan dan buah fikiran bolehlah dilontarkan diruang komen di dalam blog ini.


Salam Ukhuwahfillah,

-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-

Monday, June 15, 2009

Selamat Hari Lahir Buat Pn.Hjh Anoy Bt Hj Abu Bakar (Tutui @ Mak Anoy) Pd 15/6/09



Salam ukhuwahfillah buat semua DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM...



Dikesempatan ini saya mewakili seluruh DNA ABU BAKAR ingin mengucapkan "SELAMAT HARI LAHIR" buat HJH.ANOY BT HJ ABU BAKAR (TUTUI@ MAK ANOY) PD 15/6/09. Semoga di panjangkan umur, di murahkan rezeki serta diberikan cahaya kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat..InsyaAllah!
Miss u & Luv U All!!




Salam ukhuwahfillah,

-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-

Saturday, June 13, 2009

Alam Barzakh (Video)

Salam ukhuwahfillah dan salam kerinduan buat seluruh DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM..

Moga berada dlm lindungan dan Inayah-Nya...InsyaAllah!! Disini ingin saya paparkan video gambaran kita di alam barzakh nanti yg saya terima email dr kawan saya...bukan bertujuan utk menakut2kan kita...tetapi ianya lebih kepada memberi keinsafan buat kita semua...InsyaAllah!!








Salam kerinduan,

-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-

Friday, June 12, 2009

Tazkirah Jumaat: Penawar Penat

Salam Ukhuwahfillah buat seluruh DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM....semoga berada di dalam lindungan dan Inayah-Nya...InsyaAllah!! Tazkirah Jumaat utk minggu ini saya nukil dr laman web http://halaqah.net/v10/. Moga ianya bermanfaat buat kita semua..InsyaAllah!!

D
alam menguruskan kehidupan seharian, kita terpaksa menghadkan aktiviti akibat kepenatan.Kepenatan juga menjadi halangan kepada kita untuk mempertingkatkan amal ibadah. Kepenatan juga menjadi alasan yang kukuh bagi kita untuk mengelakkan diri daripada membuat kerja-kerja amal kepada masyarakat.

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas harian sama ada dirumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah sallahu'alaihi wasallam kepada puteri kesayangannya, Sayidatina Fatimah, sebagai penawarnya.


Pada suatu hari, Sayidatina Fatimah mengadu kepada suaminya, Sayidina Ali bin Abu Talib, tentang kesakitan pada tangannya kerana terlalu letih gara-gara menggiling gandum untuk membuat roti.
Sayidina Ali berkata "Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang.Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu".

Sayidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.Bagaimanapun, Rasulullah sallahu'alaihi wasallam tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu.

Lalu Baginda pergi menemui puterinya serta menantunya itu.Baginda berkata "Apa kamu berdua mahu aku ajarkan pekara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripada ku?Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,
bertasbihlah Subhaanallaah 33kali, bertahmidlah Alhamdulilaah 33 kali dan bertakbir Allaahuakbar 33kali.
Ia lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam"

Inilah penawar ringkas yang Nabi ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringkan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.Saiyidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah itu.Katanya "Demi Allah, aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepada ku".

Dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang berasa penat setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan Subhanallah 33 kali, bertahmidlah Alhamdulilah 33 kali dan bertakbir Allahuakbar 33 kali pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah, InsyaAllah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan hidup harian kita.Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

Mafhum Sabda Rasulullah.
"Sebarkan lah ajaran ku walaupun satu ayat, Nescaya Allah memperbaiki bagi mu amalan-amalan mu dan mengampuni bagi mu dosa-dosa mu.Dan barang siapa mentaati Allah dan Rasul Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar".

"RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMA BERAMAL"




Salam kerinduan,

-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-

Monday, June 8, 2009

UPDATE BLOG!!

Salam Ukhuwahfillah buat seluruh DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM.....Moga berada di bawah lindungan dan Inayah-Nya!!

Mohon ampun dan maaf kerana saya lambat dan belum update apa2 cerita tentang kenduri buat arwah bonda yg ke-40 hari pada 5/6/09 yg lepas...mesti semua tertunggu2 kan? Ini disebabkan oleh beberapa masalah teknikal yang tak dapat dielakkan...mohon kesabaran dr seluruh DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM..InsyaAllah dlm beberapa hr ini akan saya cuba mengupdate blog berkenaan kenduri yg lepas...terima kasih yg tidak terhingga di atas sokongan padu dr semua DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM yg sentiasa mengikuti perkembangan family dengan adanya BLOG FAMILY SEUMPAMA INI..terima kasih juga di atas kehadiran semua DNA ABU BAKAR yg telah menjayakan majlis kenduri dan tahlil untuk Arwah Bonda yg ke 40 hr yg lepas...InsyaAllah moga kita bertemu kembali pada majlis kenduri Arwah Bonda yg ke 100 hr yg dijangkakan pada bulan 8 ini sebelum kita menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak!! InsyaAllah!! Salam penuh kerinduan dan penuh kasih sayang dr saya utk semua DNA ABU BAKAR + HJH UYAM...Moga ikatan kekeluargaan kita terus mantop di setiap hati2 sanubari DNA ABU BAKAR + HJH UYAM...Amin3 Ya Rabbalalamin!!


Salam kerinduan,

-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-

SELAMAT HARI LAHIR BUAT AHMAD SYUKRAN B HJ ABD RAZAK (RON) PD 5/6/09


Salam ukhuwahfillah buat semua DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM....



Dikesempatan ini saya mewakili DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM ingin mengucapkan 'SELAMAT HARI LAHIR BUAT AHMAD SYUKRAN B HJ ABD RAZAK (RON) PADA 5/6/09. Moga di panjangkan umur, dimurahkan rezeki serta diberikan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat...InsyaAllah!! Moga ikatan kekeluargaan dan ikatan ukhuwah seluruh warga DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM terus kukuh dah teguh! Amin3 ya rabbalalamin...


Salam kerinduan,

-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-

Friday, June 5, 2009

TAZKIRAH JUMAAT: AMALAN YANG TIDAK PUTUS PAHALANYA




Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

Amal manusia yang tidak pernah putusnya mendapat pahala disisi Allah, Ada tiga perkara:

AMAL-JARIAH: Amal Jariah ertinya pekerjaan yang baik umpamanya dia menyumbangkan tenaga atau harta atau fikiran kepada masyarakat untuk pembaikan atau pembiayaan untuk masjid, musolla, madrasah, rumah sakit dan sebagainya maka selagi masjid masih digunakan beribadat, musolla dan madrasah dipakai orang, maka selama itu pula orang tadi mendapat pahala di sisi Tuhan.

Tapi kebanyakan orang berfaham amal jariah itu hanya untuk agama sahaja padahal untuk umum pun termasuk amal jariah juga. Misalnya : Sebuah Jalan atau jambatan yang umum diguna kerosakan, kemudian secara bergotong-royong masyarakat setempat beramai-ramai memperbaiki itupun termasuk amal jariah.

Org awam berpendapat yang dikatakan amal soleh adalah cuma solat dan puasa saja padahal bukan yang demikian. Yang dimaksudkan dengan kata "amal soleh" adalah perbuatan yang baik, baik dalam pandangan mata umum dan juga pandangan agama. Maka tandanya orang beriman, ialah yang suka melakukan amal kebajikan.

ANAK YANG SOLEH (ANAK YG BAIK) Sudah jelas jika orang ingin mempunyai anak yang soleh, tidak mudah diperolehi begitu saja. Maka yang pertama wajib atas org tua mengajar anak dengan pendidikan agama. Selain menghantar anaknya ke sekolah umum dan sekolah agama, orang tua juga harus memberi contoh yang baik kepada anaknya dengan melaksanakan perintah agama. InsyaAllah anak itu akan mencontohi orang tuanya.

ILMU YANG DIAJARKAN KPADA ORANG LAIN Adapun yang dimaksudkan dengan ilmu adalah bukan ilmu agama sahaja. Ilmu itu adalah umum, ilmu ertinya adalah "Pengetahuan". Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. : 'Sempurnanya agama dengan ilmu, sempurnanya dunia juga dengan ilmu."

Jadi tegaslah ilmu apa saja yg telah diajarkan kepada orang lain dan orang lain itu mendapat manfaat dari ilmu tersebut, maka org pertama yang mengajarkannya jika dia seorang muslim dia mendapat pahala yg tidak habis disisi Allah s.a.w.

Misalnya org pandai membetulkan radio rosak kemudian kepandaiannya diajarkan pada orang lain, lalu orang itu mendapat manfaat daripadanya yang disunatkan untuk mencari nafkah, maka orang yang mengajarkannya mendapat pahala "jariyah" dari sisi Allah s.w.t.

"RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL"

Salam ukhuwahfillah,

-
Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-


KISAH HIDUP: SURAT DARI ANAK MAK YANG DAH TAK NAKAL



Mak.....

Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah sebulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ......
kengkadang siaran indonesia ...
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ...
ampon kan kiter....
Mak.....
Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. ...
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan .....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!

Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ...????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
iter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang... s
ampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil



Hasil Nukilan,

Salam Kerinduan,

-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR

Thursday, June 4, 2009

MOTIVASI: SYED MOKHTAR AL-BUKHARI ANTARA 10 TERKAYA DI MALAYSIA


Latar belakang Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

- Umur - 53 tahun

- Pendidikan - SPM

- Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)

- Kekayaan -RM1,425 juta

- Ke 7 terkaya di Malaysia

- Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)

- Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat

- Kereta - Proton Perdana

- Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary,institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

- Bagaimana sumbangan sosialnya bermula - Bilamana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun ( RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.



50 Perkara Dari Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary




1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok.
Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya kerana saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.


2. (berkenaan know who) Bangsa lain tidak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit
.
Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan kerana banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.


3. Tiada apa-apa rahsia.

Saya ini hamba Allah yang biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya dan saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa kerana tiada jalan singkat untuk mencapai kejayaan.


4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya.

Apa yang tidak mampu saya buat maka saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.


5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita.

Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.


6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah.

Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.


7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.



8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.



9. Tidak ada jalan singkat.

Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.


10. Saya pun suka kemewahan.

Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?


11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status.

ada masa di atas, ada masa di bawah.


12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu.

Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa DIA boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu.
Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.


14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain.

Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil, ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.


15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini.

Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !



16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah.

Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .


17. Saya sedih media tonjolkan saya begini.

Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang Tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.


18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa.

Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.


19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri.

Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.



20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri.

Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.



21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing.
Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.


22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu.

Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).


23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk
orang ramai juga.
Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.


24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat.

Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.


25. Orang kata saya tidak ada duit tapi banyak hutang.

Orang berniaga mana yang tidak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.


26. perasaan setiap kali mendapat rezeki.

Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus daripada Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.


27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah).

Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.


28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.



29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan.

Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan .


30. Kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal.

Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.


31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa
.


32. Kekayaan ini Tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula.

Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.


33. Kalau pun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.



34. Kita jangan cepat putus asa.

Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.


35. Lifestyle?

Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.


36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit.

Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.


37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju.

Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.


38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita.

Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.


39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat.

Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.


40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar).

Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.



41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.


42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.



43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri
.


44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah.

Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tidak sempat saya buat.


45. Saya biasa saja.

Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.


46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira.
Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.


47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang.

Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.


48. Saya gembira dapat membantu.

Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tidak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini.

Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja, kita belum berjalan lagi.



50. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.



*Buat semua DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM marilah kita sama2 renungkan...agar kita juga DNA ABU BAKAR dapat menjadi seperti Tan Sri Mokhtar Al-Bukhari suatu hari nanti..Moga impian untuk menjadikan YAYASAN ABU BAKAR tercapai!! InsyaAllah

Salam kerinduan,

-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-



Related Posts with Thumbnails