Thursday, August 7, 2008
GOTONG-ROYONG D KG PAGOH BERJALAN DGN JAYANYA

Salam ukuhuwahfillah buat DNA ABU BAKAR + UYAM...Alhamdulillah3 seperti yg d rancang gotong-royong d kg Pagoh telah berjalan dgn jayanya pada 2/8/08 yg lepas...terima kasih di atas kehadiran dan sokongan dr semua family Abu bakar yg menjayakan gotong-royong ini..terima kasih juga buat pakcik anip @ pak usu & makcik fiza selaku tuan rumah yg telah memberikan kerjasama yg baik...jutaan terima kasih juga buat pak itam, unc.mando, abg @ pakwe, unc.sam, pakcik zaid, makcik yuhanis, makcik syu, mak anoy@ tutui, kak ayin, zaleha, akak fizah, adik dayah, syukran yg telah bertungkus lumus membersihkan kwsn dlm dan luar rumah..dan semua yg telah menjayakan gotong-royong ini.. semangat yg berkobar2 utk menjayakan gotong-royong ini jelas tampak di setiap hati semua DNA ABU BAKAR yg hadir..terima kasih yg tidak terhingga d ucapkan utk mak ngah & pak ngah yg telah bersusah payah menyediakan roti canai sbg jamuan...makcik yuhanis yg telah menyediakan minuman...InsyaAllah ini adalah sebagai permulaan yg baik...moga selepas ini kehadiran 100% dr semua family abu bakar sbg sasaran..dlm setiap program yg d anjurkan...kesungguhan tersebut bole di lihat pada gambar2 suasana kg n gambar2 candid, possing yg tersendiri semasa gotong-royong tersebut yg telah sempat saya syukran & leha ambil...luv u n miss u all!!
salam ukuhuwahfillah,
-ida-
Posted by Abu Bakar's Family at 11:42 AM 0 comments
Monday, August 4, 2008
PEMBERITAHUAN: EMAK @ ATOK D SERANG ANGIN AHMAR KECIL

Assalamualaikum w.r.t...salam ukuhuwahfillah buat DNA ABU BAKAR + UYAM..
Untuk pengetahuan DNA ABU BAKAR sekalian...emak @ atok telah d serang angin ahmar kecil pada hari sabtu 2/8/08 yg lepas...tangan sebelah kirinya tidak dapat di angkat dan lemah...emak tidak dpt berdiri dan hanya duduk d wheel chair buat masa ini...
Alhamdulillah, semalam 3/8/08...anak2 & cucu emak terdiri dr abg @ pakwe, pak itam, unc.ihak,unc.sam, zaleha & syukran telah membawa emak ke Jasin berjumpa dgn Pak Imam yg pakar dlm urutan membuang angin ahmar ini. Pak Imam tersebut memberitahu bahawa ada JIN AHMAR telah melemahkan tgn kiri emak... Abg memberitahu keadaan emak semakin baik setalah di urut...tangannya telah dpt di angkat.
Marilah kita semua sama2 mendoakan kesihatan dan kesejahteraan EMAK @ ATOK yg kita sayangi dan kita kasihi..Amin3 Ya Rabbalalamin
Pesanan dari saya marilah kita sama2 DNA ABU BAKAR + UYAM mengamalkan doa utk menghindarkan diri kita dari di serang oleh IBLIS/JIN AHMAR ini. Doa tersebut juga kita wajib bacakan utk emak @ atok sekali...Bacaan doa ini perlu d baca walaupun sekali dlm seumur hidup kita. Doa tersebut akan saya lampirkan pada blog akan dtg...InsyaAllah!!
Posted by Abu Bakar's Family at 1:10 PM 1 comments
Friday, August 1, 2008
TAZKIRAH JUMAAT: KASIH SAYANG MENURUT ISLAM
Assalamualaikum w.r.t...salam ukhuwahfillah buat seluruh DNA ABU BAKAR + UYAM
Kasih sayang adalah satu sifat yang terpuji yang amat digalakkan bagi setiap individu Muslim yang mengamalkannya dalam kehidupan. Setiap insan mahu diri mereka disayangi. Oleh itu wujud sistem kekeluargaan dalam masyarakat yang berteraskan kasih sayang ini untuk kehidupan yang aman damai. Apabila sifat kasih sayang mula luntur ditambah pula sifat dendam dan kebencian, ianya akan menjanjikan kehancuran kepada sesuatu bangsa atau masyarakat.
Dalam ajaran Islam terdapat banyak ayat Al-Quran dan Hadis yang menyeru ke arah memupuk semangat kasih sayang antara sesama Islam. Pernah Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang berbunyi:
Maksudnya: “ Orang Mukmin itu mengasihani saudaranya seperti mana ia mengasihani dirinya sendiri. “
Inilah sebabnya baginda Rasulullah s.a.w menyatupadukan golongan Aus dan Khadraj yang berperang lebih dari seratus tahun, semata-mata melalui perasaan kasih sayang. Malah kehadiran orang Muhajirin disambut dengan hati yang terbuka oleh orang Ansar, dengan penuh rasa simpati dan kasih sayang yang amat mendalam. Sifat pengorbanan juga jelas kelihatan di kalangan para sahabat yang sanggup berkongsi apa jua kesenangan dan kesusahan di kalangan mereka. Inilah faktor utama kewujudan sebuah masyarakat dinamik yang muncul di tengah Kota Madinah, walaupun kota tersebut sebelum ini diselaputi dengan prasangka buruk dan kebencian sesama Arab Madinah. Malah ia juga dapat meningkatkan taraf dan kedudukan masyarakat Arab Madinah yang sebelum ini hanya bekerja sebagai petani dan peladang, kepada suatu kedudukan yang dihormati. Peranan orang Muhajirin yang banyak berkongsi pengalaman dan kemahiran juga telah membawa perubahan yang ketara dalam kehidupan masyarakat Kota Madinah.
Jelaslah bahawa Rasulullah s.a.w telah dapat menyusun masyarakat Madinah yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, bangsa dan agama dengan konsep kasih sayang dan tolerensi yang telah membawa satu kekuatan yang utuh. Kota Madinah pernah diserang oleh musuh, namun dengan semangat kerjasama dan pengorbanan yang tinggi, dapat ditangkis segala serangan tersebut. Kalau sebelum ini Kota Madinah telah dikuasai ekonomi dan maruahnya oleh orang Yahudi, maka kehadiran Muhajirin telah membantu umat Islam ketika itu meningkatkan taraf hidup dan pemikiran mereka untuk berdikari dan berusaha bersungguh-sungguh. Akhirnya ladang dan harta orang Ansar yang tergadai ke tangan orang-orang Yahudi itu telah dapat mereka tebus kembali. Maka tepatlah sabda Baginda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
Maksudnya: “ Orang Mukmin ibarat sebuah bangunan yang masing-masing berpaut satu sama lain. “
Apabila kita meninjau akan kelemahan kita masa kini serta perpecahan yang berlaku ke atas umat Islam, puncanya ialah kita tidak lagi meletakkan semangat kasih sayang dalam pergaulan kita sehari-hari. Akibatnya mudahlah musuh Islam menyebarkan pelbagai hasutan dan propaganda agar umat Islam terus berpecah dan bertelingkah sesama sendiri, yang akhirnya membawa kepada kejatuhan umat dan negara Islam itu sendiri. Ini amat menguntungkan musuh-musuh Islam, lagi memudahkan mereka merampas hak dan tanah air kita dengan cara memperalatkan sesama kita. Malah dalam sejarah bangsa Melayu, pernah kita mengajak Inggeris, menyediakan kelengkapan perang untuk menjatuhkan sesama Melayu. Akibatnya negara kita dijajah.
Masyarakat yang kita harapkan ialah sebuah masyarakat yang penuh dengan semangat kasih sayang serta kerjasama, dapat mengembalikan maruah dan kekuatan perpaduan sesama Muslim. Apa yang penting ialah nilai-nilai kasih sayang perlu diberi perhatian utama dalam pembentukan sahsiah Muslim, seterusnya diserap dalam keluarga dan masyarakat kita.
Sifat-sifat keji yang menjurus kepada kebencian hendaknya kita hindari dari terus tersemat di dalam masyarakat kita. Antara sifat buruk itu ialah suka mencaci sesama Islam, mengadu domba, membuat fitnah dan sebagainya. Ini ternyata akan merugikan kita kelak dan Baginda Rasulullah s.a.w sendiri melarang sifat buruk tersebut. Baginda dengan tegas telah menyatakan di dalam sabdanya yang berbunyi:
Maksudnya: “ Orang mukmin tidak suka mengutuk-ngutuk.” (Riwayat Tarmidzi)
Malah banyak lagi Hadis yang melarang segala sifat keji ini. Antara punca lahirnya sifat-sifat keji itu ialah:
1. Hilang rasa malu dan rendah diri kita terhadap segala perkataan dan perbuatan kita.
2. Meletakkan nafsu dan dorongan rasa benci terhadap saudara kita.
3. Rasa benci dan ketidakpuasan hati kita yang telah mengawal akal dan hati kita.
Akibatnya lahirlah satu gerakan yang bermula dari individu, seterusnya menjadi satu golongan yang besar yang membawa kepada rasa kebencian sesama kita demi kepentingan individu tertentu. Maka ketika itu mudahlah musuh mengeksploitasikan orang Islam untuk kepentingan mereka. Maka jatuhlah kerajaan dan negara umat Islam seperti di Indonesia, negara-negara Arab dan Afrika yang hanya memikirkan cara untuk menghapuskan saudaranya sahaja, bukan untuk membantu dan meningkatkan maruah serta martabat bangsa mereka sendiri.
Oleh itu marilah kita bersama-sama dengan semangat kasih sayang yang pernah menjanjikan kebahagiaan kepada kita dan melupakan segala kesengsaraan. Biarlah kita semai diri setiap kita dengan hati yang jujur lagi ikhlas, dengan ajaran yang murni semoga berkekalan hingga ke generasi anak cucu cicit kita seterusnya. Banyak tanggungjawab kita yang belum selesai dan sesungguhnya kebencian tidak pernah menjanjikan kebahagiaan kepada sesiapa pun jua.
Rumusan
Kasih sayang membentuk jiwa dan hati kita supaya menjadi halus dan suka kepada kedamaian dan kesejahteraan. Semoga semangat itu terus menjadi teras pembina akhlak anak kita di rumah. Biarlah cerita dan andaian ke arah kebencian antara kita dihentikan. Semoga tidak merosakkan hati kita dan anak-anak kita.
Marilah kita sama-sama renung-renungkan2..InsyaAllah!!
Hasil Nukilan,
-Ida-
Posted by Abu Bakar's Family at 1:07 PM 0 comments
Wednesday, July 16, 2008
Abg @ Pakwe Keluar Hospital
Salam Ukhuwahfillah...
Alhamdulillah3.. berita yg saya terima abg @ pakwe telah keluar dr hospital..sekarang abg telah kembali ke rumahnya d Melaka...semoga abg cepat sembuh seperti sediakala..InsyaAllah!!
Pada DNA ABU BAKAR yg masih belum berkesempatan menziarahi abg...bolehlah menziarahi beliau di rumahnya d Melaka. Sokongan padu utk abg @ pakwe dr semua DNA ABU BAKAR amatlah d harapkan! Marilah kita sama2 memohon pada Allah agar abg diberikan kesejahteraan dan kesembuhan buatnya..Amin2 Ya Rabbalalamin!! LUV U & MISS U ALL!!
Salam Ukhuwahfillah,
- Ida-
Posted by Abu Bakar's Family at 9:41 PM 1 comments
Friday, July 11, 2008
PENGUMUMAN: PROGRAM GOTONG-ROYONG
Salam Ukhuwahfillah buat semua DNA HJ ABU BAKAR + HJH UYAM, moga sentiasa berada d dlm lindungan dan inayah dari-NYA.
Baru tadi saya d maklumkan oleh unc mando @ pakcik ihak bahawa program gotong-royong d rumah mak @ atok seperti yg d cadangkan semasa kenduri d rumah mak long, insyaAllah akan d jalankan. Program tersebut akan d jalankan pada:
PROGRAM : GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN RUMAH MAK @ ATOK
TEMPAT : NO.43,KG.SELANCHAR 84600 PAGOH MUAR, JOHOR
TARIKH : 2 OGOS 2008
MASA : 8.00am
SUMBANGAN : RM5O.00 (UTK SETIAP KELUARGA-BG TUJUAN JAMUAN)
Di harap seluruh family abu bakar dapat meluangkan masa utk sama2 mengambil bahagian dlm program ini..kehadiran semua family abu bakar amatlah d alu2kan dan d hargai...moga bertambah2 meriah,dapat menceriakan dan mengembirakan hati emak @ atok serta merapatkan hubungan antara family kita...kerana inilah masanya kita dapat sama2bertemu antara satu sama lain. InsyaALLAH!! LOVE & MISS U ALL
Salam Ukhuwahfillah;
- Ida-
Posted by Abu Bakar's Family at 8:11 PM 3 comments
Thursday, July 10, 2008
Family Day @ Tg. Sedili Kecil Beach Resort
Ada suggestion to do family day @ Tg Sedili Kecil Beach Resort, Kota Tinggi, Johor on scholl holiday (16-24th)in August 2008. Sesiapa yang berminat please bg full name,contact no & suggestion date thru comment @ this blog as soon as possible. Dateline 1st August 2008. After we get the number of members that Thanks.
Posted by Abu Bakar's Family at 11:49 PM 3 comments
PENDING PROJECT!
Semasa kenduri di rumah Mak Long kita beramai-ramai telah sebulat suara bersetuju untuk melakukan beberapa perkara, namun status/progressnya hingga kini masih belum menampakkan sebarang pergerakkan. Bagi mereka yang bertanggungjawab sila beri komen atas isu tersebut. Isu-isu dan orang yang bertanggungjawab adalah seperti di bawah :
1)Maid untuk Mak (Hjh Uyam) - Pak Itam, Unc Mando & Unc Anip. Status?
Respon= telah berjaya mendapatkan maid utk emak @ atok.
2)Gotong-royong di No.43,Kg Selanchar, 84600 Pagoh, Muar. - Unc Mando. Status?
Respon = Telah berlangsung dgn jayanya..Alhamdulillah3 (2/8/08)
3)Kelas Pengurusan Jenazah (tuj:pembelajaran) - Unc Mando. Status?
* Bagi sesiapa sahaja yang tahu tentang perkembangan isu-isu di atas tolong beri respon kerana penting supaya boleh find out bottle-neck di mana. Masalah untuk diselesaikan. Namun sekiranya masalah tidak di nyatakan atau di bincangkan secara terbuka, maka setiap masalah akan terus menjadi masalah yang tidak selesai2."We have to plan even it is simple matter...But if we fail to plan,actually we are plan to fail."
Posted by Abu Bakar's Family at 11:30 PM 2 comments
Wednesday, July 2, 2008
Keadaan Abg @ Pakwe Sehari Selepas Pembedahan


Assalamualaikum w.r.t...salam ukhuwahfillah buat seluruh DNA ABU BAKAR, semoga sentiasa berada dlm lindungan Allah s.w.t...syukur alhamdulillah dgn berkat doa dr seluruh ahli keluarga abg @ pakwe telah selamat menjalani pembedahan selama 12jam (dr pkl 10am - 10.00pm) d Hospital Sultanah Aminah J.B...pd 1/7/08 (semalam) kami sekeluarga ( family mak ngah) telah menziarahi abg..keadaannya masih tampak lemah kerana masih berpuasa slps pembedahan tersebut..abg juga mengadu teramat sakit dan bisa sehingga tidak dpt tidur pada waktu malam..amat menyedihkan dan pilu melihat kesakitan dan penderitaan yg terpaksa d tanggung olehnya...abg juga menunjukkan pada kami pembedahan yg telah d lakukan padanya..buat masa ini...abg terpaksa membuang air kecil melalui saluran tiub yg di tebuk dr pundi kencingnya...masih byk darah bersama2 dgn air kencing abg...semasa kami beransur pulang..abg sempat berpesan pada saya dan juga ayin supaya mendoakan beliau cepat sembuh..kami terasa sebak dan pilu dgn pesanannya itu.."YA ALLAH, YA TUHANKU KAU AMPUNKANLAH SEGALA DOSA2 DAN KESALAHAN PAKCIKKU INI YA ALLAH, SEMBUHKANLAH PENYAKIT YG DI TANGGUNG OLEH PAKCIK KESAYANGAN KAMI INI YA ALLAH, TELAH BYK JASANYA BUAT KAMI INI ANAK2 SAUDARANYA YA ALLAH, BERIKANLAH PAKCIK KU INI DAN KELUARGANYA KEKUATAN DALAM MENEMPUH DUGAAN YG MAHA BERAT INI YA ALLAH, MOGA SINAR KEBAHAGIAAN DAN HIKMAH MENANTINYA YA ALLAH...AMIN, AMIN YA RABBALALAMIN"!!
Buat seluruh DNA ABU BAKAR...jika ada masa dan kelapangan...marilah kita sama2 menziarahi abg @ pakwe yg memerlukan sokongan dan semangat dr seluruh ahli keluarga ABU BAKAR yg di kasihi dan di sayangi!! Kerana harta yg paling berharga di dunia ini adalah family kita!! LOVE & MISS U ALL..AMIN!!
-Salam Ukhuwahfillah-
Ida
Posted by Abu Bakar's Family at 10:32 PM 4 comments














