







Salam ukhuwahfillah buat semua DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM...
Jutaan ampun dan maaf kerana sdh lama tak update blog family...seluruh family abu bakar tentu faham kerana kurang lebih 1 bulan kita mendapat berita yg amat menyedihkan kerana EMAK @ ATUK (HJH.UYAM BT HJ.ABD.RAHMAN) yg kita sayangi tidak berapa sihat dan sehingga sekarang masih lagi di tempatkan di WAD 9 HOSPITAL PAKAR SULTANAH FATIMAH,MUAR JOHOR. Di kesempatan ini marilah kita sama2 sentiasa mendoakan dan membacakan SURAH YASSIN utk IBU @ ATUK YG TERCINTA agar sembuh seperti sediakala...Moga Allah menyembuhkan penyakit emak @ atuk..InsyaAllah..AMIN3 YA RABBALALAMIN!! GAMBAR2 EMAK @ ATUK DAN SEBAHAGIAN DNA YG MENZIARAHI EMAK YG SEMPAT SAYA AMBIL..
salam ukhuwahfillah,
-IDA-
Wednesday, April 8, 2009
MOHON SELURUH DNA ABU BAKAR MENDOAKAN & MEMBACAKAN SURAH YASSIN BUAT EMAK @ ATUK TERSAYANG
Posted by Abu Bakar's Family at 1:20 AM 0 comments
Labels: EMAK DI HOSPITAL
Friday, March 6, 2009
TAZKIRAH JUMAAT:LIMA TANDA HATI KERAS MEMBATU
Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".
Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:
1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan
Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)
2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)
3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat
Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.
4. Kurang mengagungkan Allah
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.
5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah
Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pel ajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126)
"Renung-renungkan dan selamat beramal"
salam ukhuwahfillah,
-IDA-
Posted by Abu Bakar's Family at 12:37 PM 0 comments
Wednesday, March 4, 2009
INFO: AMALAN ISLAM DALAM KESIHATAN
"Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh
merosakkan usus kita.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
Wallahualam..
"Renung-renungkan dan selamat beramal"
Salam Ukhuwahfillah,
-IDA-
Posted by Abu Bakar's Family at 8:35 PM 0 comments
Labels: INFO KESIHATAN
SELAMAT HARI LAHIR BUAT PAKWE @ ABG (HJ.HAMZAH B.ABU BAKAR) PADA 3/3/09
Salam ukhuwahfillah buat semua DNA ABU BAKAR..
Di kesempatan ini saya mewakili sleuruh DNA ABU BAKAR + HJH UYAM ingin mengucapkan 'SELAMAT HARI LAHIR BUAT PAKWE @ ABG YG KE-52 THN pada 3/3/09...moga di panjangkan umur, dimurahkan rezeki, d berikan kesihatan dan kebahagiaan hidup di dunia & akhirat...InsyaALLAH!! Saya juga mewakili anak2 saudara yg lain amat mengasihi pakwe dunia & akhirat!! Moga DNA ABU BAKAR terus hidup dlm berkasih syg...Amin3 ya rabbalalamin!
salam ukuhuwahfillah,
-IDA-
Posted by Abu Bakar's Family at 6:16 PM 0 comments
Sunday, March 1, 2009
MOHON CADANGAN & PANDANGAN UTK MENGADAKAN FAMILY DAY
Salam Ukhuwahfillah buat semua DNA ABU BAKAR FAMILY..
Minggu lepas saya ada berbincang dengan k.ayin...berkaitan utk mengadakan FAMILY DAY buat family abu bakar utk TAHUN 2009...kami berdua memang amat bersetuju la utk mengadakan family day..oleh itu kami mengharapkan sokongan,buah fikiran,cadangan n pandangan dr semua DNA ABU BAKAR utk memberi idea2 yg bernas dr segi lokasi,tarikh yg sesuai, bentuk sukaneka yg akan d jalankan..
Semua pandangan dan cadangan dr semua DNA ABU BAKAR nanti akan di halusi satu persatu..
sekian terima kasih! kerjasama dr semua DNA ABU BAKAR amatlah di hargai!
salam ukhuwahfillah,
-Ida-
Posted by Abu Bakar's Family at 7:33 PM 3 comments
Labels: FAMILY DAY 2009
KENANGAN TERINDAH






from the bottom:
1)nenek-nenek..
e'eh..
k.ida n kim2 pun ade?
2)sape gadis2 ini ek?
ni mase tgh skola rendah rasenye..
3)hah..
sape lah yg pkai cermin mata beso sgt tuh?
hehehe..
4)gmba ni paling best..
comel!
agak2 la kan,dorang ni anak2 siape ye?
hmm..
5)ni mase kenduri kalo x silap..
taun bape dah x ingat la..
rasenye ni nk dekat 10 tahun yg lalu..
sebab sume masih kanak2 yg comot..
hehe..
bleh jdk kenangan terindah ni..
6)yg ni plak kompem wktu raye..
hehe..
Posted by Abu Bakar's Family at 3:53 PM 3 comments
Labels: kenangan terindah
Friday, February 27, 2009
TAZKIRAH JUMAAT: HADIAH MALAM JUMAAT
Perkara : Hadiah Malam Jumaat (Pengalaman Salih Al Mazi)
Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke
Masjid jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat
Awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ
Salih Duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi
ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi.
Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur
masing-masing. Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil
berbual-bual sesama mereka.
Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur
memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengatn ahli-ahli kubur yang
lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah
kerana sedih.
Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam
yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya yang
gemerlapan. Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa
talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam
kuburnya. Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si
pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa.
Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam
kuburnya. Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya
untuk bertanyakan keadaannya. "Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau
terlalu sedih mengapa ?" tanya Salih Al Mazy. "Wahai Salih, adakah
engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?"
tanya pemuda itu. "Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam
itu?" tanya Al Mazy lagi.
Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi
hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati
yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan
doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari
Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar.
Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah
berkahwin dengan suami baru.Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk
anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang
mengingati si pemuda.
Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila
melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak
menerimanya. Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu
ia bertanya nama dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan keadaan anaknya.
Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya.
Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu si pemuda
tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya. Ibunya menangis mendengar
keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah.
Kemudian ia berkata :"Wahai Salih ! Memang betul dia adalah anakku.
Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku. Dia membesar dengan minum
susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur
ketika kecilnya."
Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis
penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama
ini. "Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu bangun
meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si
ibu menahannya agar jangan pulang dahulu.Dia masuk kedalam biliknya
lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. "Wahai Salih,
ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku
tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku
masih hidup."
Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir
miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal.
Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya
oleh ibu pemuda tersebut.
Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy
Berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan
sebagaimana Biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan
bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulnya
kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai
pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira.
Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy se raya berkata : "Wahai tuan Salih,
aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu. "
"Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi. "Eh,
Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy. "Ya, Tahu." "Apa
tandanya?"
"Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat
selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat." Salih Al Maizy
terjaga dari tidurnya.Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gumbira kerana
sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa
dari ibunya.
(Petikan kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas).
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)
Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu.
Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya
ia telah mendapat kemenangan.
"Renung-renungkan dan selamat beramal".
Salam tazkirah,
-Ida-
Posted by Abu Bakar's Family at 12:34 PM 1 comments
Labels: TAZKIRAH JUMAAT
SELAMAT HARI LAHIR AZURA BT HJ HAMIDUN (K.ZURA) PADA 27/2/09
Salam ukhuwahfillah buat semua DNA ABU BAKAR...
Di kesempatan ini saya mewakili seluruh DNA ABU BAKAR ingin mengucapkan 'SELAMAT HARI LAHIR BUAT AZURA HJ HAMIDUN pada hari ini 27/2/09 yg ke-33 thn. Moga d panjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sukses selalu..amin!!
sekian wassalam
salam ukhuwhfillah,
-IDA-
Posted by Abu Bakar's Family at 12:28 PM 1 comments
Tuesday, February 24, 2009
MOHON KERJASAMA DNA ABU BAKAR UTK UPDATE TARIKH LAHIR/ NO.PHONE / ALAMAT
Salam ukhuwahfillah buat semua DNA ABU BAKAR...
Saya pohon kerjasama dari semua DNA ABU BAKAR (dari pakcik/makcik/kakak2 & adik sepupu/ipar duai/cucu serta cicit) utk updatekan tarikh lahir/no.phone/ alamat...pohon kerjasama dari setiap family...utk saya senaraikan d blog ini! IMPORTANT!!
cth butiran yg di perlukan..
Family Hj.Hamzah b Hj.Abu Bakar
1) Nama : Hj.Hamzah b Abu bakar
Tarikh Lahir :
No.Phone :
Alamat :
Nama : Hjh.Zainon bt Zakaria
Tarikh Lahir :
No.Phone :
DAN SETERUSNYA...
segala butiran yg saya perlukan ini bolelah di emailkan ke azni5@yahoo.com @ sms ke no saya 013-7212246 / 019-2742246
sekian pohon kerjasama dr seluruh DNA HJ ABU BAKAR + HJH.UYAM
salam ukhuwahfillah,
-IDA-
Posted by Abu Bakar's Family at 2:01 AM 1 comments
Labels: UPDATE PROFIL
SELAMAT HARI LAHIR ZARITH SOFEA @ OPIE BT HJ.HAMZAH (19/2/09)
Salam ukhuwahfillah buat semua DNA ABU BAKAR
Di kesempatan ini saya bagi pihak family Abu Bakar ingin mengucapkan 'SELAMAT HARI LAHIR BUAT OPIE YG KE-18 THN' pada 19/2/09..moga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki, di berikan kebahagiaan dunia & akhirat serta sentiasa sukses dan tabah di dlm menempuh dugaan2 hidup! InsyaAllah..Amin!
Marilah kita semua family abu bakar mendoakan kejayaan opie di dalam peperiksaan S.P.M nya! InsyaAllah
salam ukhuwahfillah,
-IDA-
Posted by Abu Bakar's Family at 1:37 AM 2 comments




