BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 30, 2010

Info: Pak Ngah & Ija berada di Wad HSI


Salam ukhuwahfillah dan penuh kerinduan buat semua DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM... moga berada di dalam lindungan dan Inayah-Nya...InsyaAllah!!



Untuk makluman semua DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM....Pak Ngah (Hj.Hamidun b. Mustaffa) telah di masukkan semula ke Wad 8B Hospital Sultan Ismail,J.B...pd hr Ahad 28/3/10 untuk melakukan operation menampal kulit. Pak Ngah telah di tempatkan di Wad 8B Katil 18. begitu juga adik Ija juga telah ditempatkan di Wad yg.sama Katil 22. Pohon doakan kesejahteraan dan kesembuhan Pak Ngah & Adik Ija.Amin3 yarabalamin... InsyaAllah!

*Adik ija akan keluar wad esok slps mebuat medical checkup

*Pak Ngah sepatutnya telah menjalani operation pd 29/3/10 tetapi ditangguhkan lagi..disebabkan ada sedikit luka di pergelangan kakinya. Masih menunggu tarikh br utk di operation. So masih stay lagi di wad.




Salam dr.HSI ,J.B,

-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-

Friday, March 26, 2010

Tazkirah Jumaat: Hikmah ayat Seribu Dinar


Salam Ukhuwahfillah dan salam kerinduan buat seluruh DNA ABU BAKAR + HJH.U
YAM... Tazkirah Jumaat minggu ini adalah tentang HIKMAH AYAT SERIBU DINAR.








Bermaksud :Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Ini ayat seribu dinar namanya, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.

Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya Allah si pesakit akan sembuh.

Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.

Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.



Salam Tazkirah,

-Ida a.k.a BLOGGER DNA ABU BAKAR-

Tuesday, March 23, 2010

Menziarahi Ija Di HSI Johor Bahru, JB

Salam Ukhuwahfillah buat semua DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM..moga sentiasa berada didalam lindungan dan inayah-Nya..InsyaAllah!

Pada hari Ahad yg lepas saya, ayin & k.chuwie telah pergi menziarahi adik Ija di HSI...semasa saya datang Ija baru saja lepas membuat biopsi (2cm) untuk dibuat kajian mengenai penyakit yang dihidapi adik Ija. Alhamdulillah Ija seorang adik yang tabah menghadapi dugaan tuhan ini. Begitu juga pakcik ihak & makcik Anis tabah menghadapi ujian dr tuhan yg datang.
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan pada semua DNA ABU BAKAR+ HJH.UYAM yang datang menziarahi adik Ija di HSI dan juga yang mendoakan kesembuhan penyakit adik Ija. Moga Allah saja yg membalas pengorbanan dan doa2 kalian semua demi adik Ija yg disayangi.

*Adik Ija telah keluar wad semalam 22/3/10 , tetapi akan admit semula pada 28/3/10.









Salam Ukhuwahfillah,

-Ida a.k.a BLOGGER DNA ABU BAKAR-

Alhamdulillah!!

Salam Ukhuwahfillah buat semua DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM..moga sentiasa berada didalam lindungan dan inayah-Nya..InsyaAllah!
Alhamdulillah selesai sudah Kenduri Tahlil, bacaan Yassin dan juga Program Sakinah yg bertempat di rumah Mak Ngah (Hjh.Azizah Abu Bakar) pd hr sabtu yg lepas. Terima kasih pada yg hadir ke majlis tersebut dan juga terima kasih pada yg mendoakan majlis tersebut berjalan dengan lancar. Di bawah ini ada beberapa keping gambar suasana sebelum, sedang dan juga selepas program tersebut berjalan. begitu juga video yg sempat di rakam semasa ceramah untuk program sakinah yg telah di sampaikan modulnya oleh Ustaz Sharif dr. Jabatan Agama Islam Daerah Kota Tinggi.



















Salam ukhuwahfillah,

-Ida a.k.a BLOGGER DNA ABU BAKAR-

Friday, March 19, 2010

Tazkirah Jumaat: Menerima Hakikat Manusia Akan Disulami Dengan Ujian



Salam Ukhuwahfillah dan salam kerinduan buat seluruh DNA ABU BAKAR + HJH.U
YAM... Tazkirah Jumaat minggu ini adalah tentang HAKIKAT YANG HARUS DITERIMA MANUSIA DENGAN UJIAN YANG DATANG.


Manusia tidak lari dari ditimpa musibah. Oleh kerana hidup manusia pasti akan disulami dengan musibah, maka Allah mengajarkan kita cara menghadap musibah. Banyak hadith dan ayat Quran yang membicarakan mengenai cara menghadapi musibah.

Ada tiga peringkat mengenai sikap manusia ketika ditimpa sesuatu musibah.

1. Pada permulaannya, berlaku penolakkan. Di peringkat ini, manusia tidak menerima hakikat bahawa sesuatu telah hilang darinya, sesuatu telah tiada, sesuatu telah menimpa dan sebagainya. Dia akan cuba lari dari hakikat dan masalah. Jika dia cuba lari dari menerima hakikat, jiwanya akan semakin tertekan, hatinya semakin sempit dan fikirannya semakin keliru.

Di dalam Islam, kita perlu jujur menerima hakikat diri kita. Semakin berani kita untuk jujur menerima hakikat diri semakin tenang jiwa kita. Sebab itu di dalam Islam ada konsep muhasabah. Muhasabah bererti menerima kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri. Jika kita tidak dapat menerima hakikat diri kita, maka kita tidak akan dapat membuat perubahan di dalam diri kita.

2. Peringkat kedua, manusia akan mengeluh, marah-marah, mendongkol, menyalahkan orang lain dan yang paling parah ialah apabila menyalahkan takdir. Di peringkat ini, mereka telah menerima hakikat bahawa mereka sedang melalui masa getir, tetapi mendongkol dengan keadaan diri.

Sesungguhnya, mengeluh tidak merubah apa-apa. Sikap marah-marah juga tidak merubah apa-apa. Dia akan membuatkan kita semakin tertekan dan terhimpit. Sudahlah ditimpa musibah, hati pula hilang bahagia.

Di dalam Islam, kita ada konsep muraqabah, iaitu rasa sentiasa diawasi oleh Allah. Hari ini jika kita senang, Allah mahu melihat apa yang kita lakukan begitu juga apabila kita susah. Allah akan melihat apa yang akan kita lakukan. Semua, susah dan senang ada nilaian pahala jika kita membuat sesuatu dengan betul.

Jika kita rasa sentiasa diawasi Allah, kita akan selalu mencari keredhaannya. Waktu senang kita tidak lupa Allah, waktu susah kita bergantung penuh denganNya. Akhirnya, senang dan susah tetap tenang dan tetap bahagia.

3. Peringkat ketiga barulah biasanya manusia menerima segala apa ketentuan hidupnya. Barulah tidak marah-marah, tidak mengeluh dan sebagainya. Walaubagaimana pun, jika salah kefahamannya, manusia akan putus asa, hilang harapan, hilang semangat, hilang rasa untuk terus berusaha. Akhirnya, hidupnya semakin murung, semakin tidak ceria dan semakin kusut.

Di dalam Islam, apabila kita telah menerima kita di dalam keadaan susah, ada konsep tawakkal. Tawakkal ialah kita berusaha dan bakinya kita serahkan pada Allah untuk menyempurnakannya. Jika perniagaan kita gagal, kita usahakan terus, ubah sana dan sini, baki serah pada Allah. Jika rumah tangga kita gagal, kita usahakan untuk perbaiki, baki yang diluar kemampuan kita, kita serah pada Allah.

Orang yang ada konsep muhasabah, muraqabah dan tawakkal akan sentiasa positif di dalam hidupnya. Dia akan sentiasa tenang walaupun musibah itu ibarat bukit yang menghempapnya.

Sesungghunya, semua manusia akan diuji dengan musibah, yang membezakan orang beriman atau tidak ialah di hujung ujian.

Jika di hujung ujian dia tetap tidak putus asa, tetap berusaha, tetap tenang, tetap berjuang maka dia adalah pemenang di dalam ujian tersebut

(Dinukil dari- http://www.ustazamin.com)



Salam ukhuwahfillah,

-Ida a.k.a BLOGGER DNA ABU BAKAR-

Thursday, March 18, 2010

Selamat Hari Lahir Buat Marzatul Nadirah bt Hj.Abd.Razak (Irah) pd.18/3/10



Salam ukhuwahfillah buat semua DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM...


Dikesempatan ini saya mewakili seluruh DNA ABU BAKAR ingin mengucapkan "SELAMAT HARI LAHIR" buat MARZATUL NADIRAH BT.HJ.ABD.RAZAK (IRAH) pada 18/3/10.. Semoga di panjangkan umur, di murahkan rezeki serta diberikan cahaya kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat..InsyaAllah!




Salam Ukhuwahfillah,

-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-

Info terkini: Pohon Doakan Kesembuhan dan kesejahteraan utk Adik Afrezza Ishak!


Salam ukhuwahfillah dan penuh kerinduan buat semua DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM... moga berada di dalam lindungan dan Inayah-Nya...InsyaAllah!!


Saya baru mendapat panggilan telefon dari Unc.Mando & Makcik Anis memberitahu Adik Ija telah dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail Johor Bahru (HSI) pagi tadi. Disebabkan kakinya kirinya yg tidak dapat bergerak dengan cergas beberapa bulan lalu. Unc. mando juga ada memberitahu bahawa sebelum ini Ija telah dimasukkan ke wad di Hospital Muar tetapi telah ditransferkan ke HSI pagi ini kerana dikhuatiri kakinya mengalami tumor. Untuk keterangan lanjut mengenai adik Ija yg kita sayangi ini bolelah menghubungi Pakcik Ihak @ Unc.Mando (0137485572).
Marilah kita DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM sama2 mendoakan keselamatan, kesejahteraan dan kesembuhan adik Ija yg kita sayangi ini. Moga adik Ija tabah menghadapi dugaan dari Allah ini. Buat pakcik ihak dan makcik Anis moga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian Allah ini. Hanya hamba2Nya yg sabar dan tabah dgn ujian-Nya yg akan mendapat kemanisan Iman.
Pada yang mempunyai kelapangan masa marilah kita sama2 menziarahi adik Ija di Wad 8B,Tingkat 8, Hospital Sultan Ismail J.B (HSI). Moga dengan kehadiran kita DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM dapat memberikan kekuatan dan sokongan moral padanya.InsyaAllah



Salam Ukhuwahfillah,

-Ida a.k.a BLOGGER DNA ABU BAKAR-

Friday, March 12, 2010

Tazkirah Jumaat: Bersyukurlah!!!


Salam Ukhuwahfillah dan salam kerinduan buat seluruh DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM... Tazkirah Jumaat minggu ini adalah tentang BERSYUKURLAH DENGAN NIKMAT KURNIAAN ILAHI!!

Sesugguhnya sangat banyak nikmat yang telah dikurniakan kepada kita oleh Allah Rabbul Jalil. Setiap saat dan detik kita melalui pelbagai nikmat yang dianugerahkan oleh Allah tanpa kita sedari. Kerana ini Allah menyatakan kepada makhluknya jika sekiranya kita cuba menghitung tentang nikmatNya yang telah dikurniakan kepada kita nescaya tidak
dapat dihitung dan terhitung.Tuntutan bersyukur adalah suatu amalan terpuji yang akan membawa kita lebih dekat kepada Allah SWT. Dengan
bersyukur membuktikan seseorang itu adalah hamba Allah. Selagi tidak timbul rasa bersyukur dengan nikmat yangdiperoleh sedikit atau banyak, selagi itu seseorang itu masih jauh dengan rahmat Allah.
Firman Allah dalam Surah Ibrahim ayat 7 "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". Sesiapa yang mengharapkan nikmatnya bertambah, wajiblah bersyukur dengan apa yang dia perolehi. Jangan kita seolah2 menjadi orang yang berjalan dalam kegelapan malam sedangkan kita tahu bahawa masih terang lagi bersuluh bahawa segala nikmat itu semuanya datang dari Allah SWT. Oleh itu ancaman yang amat keras kepada sesiapa yang telah sengaja membutakan pandangan mata dan hatinya tentang segala nikmat yang dikecapinya. Marilah kita menghindarkan diri dari azab Allah yang amat pedih seperti yang dijanjikan.
Kepada siapa? kepada orang yang tidak mahu bersyukur kepada segala nikmatnya.
Dalam ayat yang lain Allah menyebut akan mengingati makhluknya jika makhluknya ingat kapada Nya dan memerintahkan kita bersyukur kepada Nya. Firman Allah SWT dalam surah Al Baqarah ayat 152:"Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) -Ku."
Bersyukur kepada Allah SWT bukan sekadar dengan sedar dan insaf sahaja nikmat itu dari Allah SWT. Atau sekadar mengucapkan " ALHAMDULILLAH "Lebih dari itu bersyukur hendaklah diterjemahkan dalam seluruh amalan kehidupankita seharian. Orang yang bersyukur pasti ibadahnya bertambah. Pengamalan Islamnya sesempurna mungkin. Seluruh
hidupnya adalah mengarah kepada tuntutan ibadah yang diperintah oelh Allah SWT.
Sebagaimana jika bersyukur dalam terjemahan sebagai terimakasih kepada sesama manusia yang memberikan sesuatu jasa atau benda kepada sesama makhluk. Tentunya terima kasih dalam artinya yang sebenar bukanlah hanya ucapan "terimaksih" tetapi diterjemahkan dalam bentuk kerja yang makin baik jika dia seorang pekerja. Ini sesama manusia apatah dengan Allah SWT.Bersyukur dengan segala nikmat, nikmat manakah yang paling besar dan utama ? Tentunya nikmat yang paling besar ialah "nikmat iman" yang telah kita perolehi. Alhamdulllah Allah jadikan kita salah seorang yang beriman kepada Nya dengan tergolongnya kita sebagai individu Islam. bayangkan masih banyak yang tidak merasakan nikmat ini dan mati
dalam keadaan tidak beriman kepada Allah Yang Maha Esa. Anugerah keimanan ini tidak lain dari Allah SWT. Sebab itu telah jenuh Rasulullah berdakwah kepada pamannya yang
dikasihi Abu Talib supaya dia masuk Islam namun dia mati dalam keadaan tidak mengucap dua kalimah syahadah.Sedihnya Nabi Muhammad saw. sehinggakan turunnya ayat dalam Surah Al Qashash ayat 56 :"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk."Bersyukurlah kepada Allah dengan kembali kepada ajaran Islam sepenuhnya, beramallah dengan Islam seluruhnya.
Berjuanglah dengan Islam dan jauhkan dari perjuangan yang tidak berlandaskan kepada Islam dan mengajak kepada kezaliman. Janji Allah SWT adalah benar bahawa kita akan dimasukan ke dalam syurgaNya yang penuh dengan nikmat jika
sekiranya kita besyukur . Syurga yang tidak pernah kita bayangkan betapa hebat nikmatnya seperti yang di gambarkan oleh Rasulullah dalam satu hadits qudsi :Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Dari Nabi saw., beliau bersabda: "Allah berfirman: Aku sediakan untuk hamba-hamba-Ku yang saleh sesuatu yang belum pernah dilihat oleh mata dan
tidak pernah didengar oleh telinga serta tidak terbesit dalam hati manusia"
Firman Allah SWT dalam Surah As Sajdah ayat 17 :
"Seorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka yaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan. "
Marilah kita bersyukur kepada Allah SWT tanpa bertangguh-tangguh dengan kembali segera kepada landasan yang benar, iaitu landasan Islam yang murni dengan tidak bercampurkan dengan sebarang idealogi karut dan menyesatkan. Terimalah Islam keseluruhannya tanpa menolak separuh dan menerimanya separuh. Jika kita telah menerima nikmat
Nya keseluruhannya tanpa menolaknya separuh dan menerimanya separuh , Maka wajiblah kita menerima Islam keseluruhannya.

Bersyukurlah...bersyukurlah....
bersyukurlah!!




Salam Jumaat,

-Ida a.k.a BLOGGER DNA ABU BAKAR-


Thursday, March 11, 2010

Info Terkini: Tahniah Buat Nurhafizah Hj Zaid (Akak Fizah) & Adam Ahlami (Adam) Hj.Esa




TAHNIAH BUAT AKAK FIZAH & ADAM KERANA TELAH MEMPEROLEH 5A'S DALAM S.P.M YANG TELAH DIUMUMKAN HARI INI. DOA DARI KAMI SELURUH DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM AGAR TERUSKAN KECEMERLANGAN INI UNTUK DIRI ANDA BERDUA, AYAH DAN IBU, FAMILY,AGAMA DAN JUGA UNTUK KEBAHAGIAN DUNIA DAN AKHIRAT!! INSYAALLAH...AMIN3 YA RABALALAMIN



Salam kecemerlangan,

-Ida a.k.a BLOGGER DNA ABU BAKAR-




Monday, March 8, 2010

Selamat Hari Lahir Buat Isham bin Abu Bakar (Unc. Sam @ Pakcik Tengku)



Salam ukhuwahfillah buat semua DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM...

Dikesempatan ini saya mewakili seluruh DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM ingin mengucapkan "SELAMAT HARI LAHIR" buat Isham bin Abu Bakar (Unc. Sam @ Pakcik Tengku) pada 6Mac 2010.. Semoga di panjangkan umur, di murahkan rezeki serta diberikan cahaya kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat..InsyaAllah!



Salam Ukhuwahfillah,

-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-

Wednesday, March 3, 2010

Pohon Doakan Kesejahteraan dan Kesembuhan Buat Pak Ngah (Hj.Hamidun b.Hj.Mustaffa)


Salam ukhuwahfillah dan penuh kerinduan buat semua DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM... moga berada di dalam lindungan dan Inayah-Nya...InsyaAllah!!


Di kesempatan ini saya ingin memberitahu bahawa pak ngah telah dimasukkan semula ke Wad Hospital Sultan Ismail,JB (HSI) pd hari semalam 2/3/10. Ini adalah disebabkan untuk melakukan pembedahan menampal kulit di bahagian kakinya yg disebabkan oleh penyakit kencing manis yg di hidapinya. Kondisi Pak Ngah di waktu ini alhamdulillah baik. Pembedahan yg akan di jalankan masih belum dapat ditentukan tarikhnya sehingga keadaan kesihatan pak ngah betul2 stabil.
Pohon seluruh DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM mendoakan kesihatan dan kesejahteraan pak ngah seperti sediakala. Amin3 Yarabbalamin..InsyaAllah!! Moga Allah saja yg membalas segala jasa baik kalian mendoakan kesejahteraan dan kesihatan buat Pak Ngah. Amin!!



Salam ukhuwahfillah,

-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-

Selamat Hari Lahir Buat Hj.Hamzah bin Hj.Abu Bakar (Abg @ Pakwe) Pd.3/3


Salam ukhuwahfillah buat semua DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM...

Dikesempatan ini saya mewakili seluruh DNA ABU BAKAR ingin mengucapkan "SELAMAT HARI LAHIR" buat HJ.HAMZAH BIN ABU BAKAR (Abg @Pakwe) pada 3Mac 2010.. Semoga di panjangkan umur, di murahkan rezeki serta diberikan cahaya kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat..InsyaAllah!




Salam Ukhuwahfillah,

-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-

Lambat Update!!



Salam ukhuwahfillah buat semua DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM...

Pohon ampun dan maaf di atas kelewatan mengupdate blog. Di atas sedikit kesibukan yg tak dapat di elakkan. Terlepas beberapa hari lahir DNA ABU BAKAR yg tak dapat di ucapkan dlm blog ini. Antara DNA ABU BAKAR yg telah menyambut hari lahir mereka pada bln Februari yg lepas ialah ZARITH SOFIA BT HJ.HAMZAH (OPIE), HJ.RAZAK BIN HJ.ABU BAKAR (PAK ITAM) HJH.MARIAM BT HJ.ABDULLAH (MAK ITAM), ANIS NABIHAH HJ.RAZAK (ANIS) dan juga AZURA BT HJ.HAMIDUN (K.ZURA). Dikesempatan ini saya mewakili seluruh DNA ABU BAKAR ingin mengucapkan "SELAMAT HARI LAHIR" buat mereka semua. Semoga di panjangkan umur, di murahkan rezeki serta diberikan cahaya kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat..InsyaAllah!



Salam Ukhuwahfillah,

-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-

Related Posts with Thumbnails