BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 12, 2010

Tazkirah Jumaat: Bersyukurlah!!!


Salam Ukhuwahfillah dan salam kerinduan buat seluruh DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM... Tazkirah Jumaat minggu ini adalah tentang BERSYUKURLAH DENGAN NIKMAT KURNIAAN ILAHI!!

Sesugguhnya sangat banyak nikmat yang telah dikurniakan kepada kita oleh Allah Rabbul Jalil. Setiap saat dan detik kita melalui pelbagai nikmat yang dianugerahkan oleh Allah tanpa kita sedari. Kerana ini Allah menyatakan kepada makhluknya jika sekiranya kita cuba menghitung tentang nikmatNya yang telah dikurniakan kepada kita nescaya tidak
dapat dihitung dan terhitung.Tuntutan bersyukur adalah suatu amalan terpuji yang akan membawa kita lebih dekat kepada Allah SWT. Dengan
bersyukur membuktikan seseorang itu adalah hamba Allah. Selagi tidak timbul rasa bersyukur dengan nikmat yangdiperoleh sedikit atau banyak, selagi itu seseorang itu masih jauh dengan rahmat Allah.
Firman Allah dalam Surah Ibrahim ayat 7 "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". Sesiapa yang mengharapkan nikmatnya bertambah, wajiblah bersyukur dengan apa yang dia perolehi. Jangan kita seolah2 menjadi orang yang berjalan dalam kegelapan malam sedangkan kita tahu bahawa masih terang lagi bersuluh bahawa segala nikmat itu semuanya datang dari Allah SWT. Oleh itu ancaman yang amat keras kepada sesiapa yang telah sengaja membutakan pandangan mata dan hatinya tentang segala nikmat yang dikecapinya. Marilah kita menghindarkan diri dari azab Allah yang amat pedih seperti yang dijanjikan.
Kepada siapa? kepada orang yang tidak mahu bersyukur kepada segala nikmatnya.
Dalam ayat yang lain Allah menyebut akan mengingati makhluknya jika makhluknya ingat kapada Nya dan memerintahkan kita bersyukur kepada Nya. Firman Allah SWT dalam surah Al Baqarah ayat 152:"Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) -Ku."
Bersyukur kepada Allah SWT bukan sekadar dengan sedar dan insaf sahaja nikmat itu dari Allah SWT. Atau sekadar mengucapkan " ALHAMDULILLAH "Lebih dari itu bersyukur hendaklah diterjemahkan dalam seluruh amalan kehidupankita seharian. Orang yang bersyukur pasti ibadahnya bertambah. Pengamalan Islamnya sesempurna mungkin. Seluruh
hidupnya adalah mengarah kepada tuntutan ibadah yang diperintah oelh Allah SWT.
Sebagaimana jika bersyukur dalam terjemahan sebagai terimakasih kepada sesama manusia yang memberikan sesuatu jasa atau benda kepada sesama makhluk. Tentunya terima kasih dalam artinya yang sebenar bukanlah hanya ucapan "terimaksih" tetapi diterjemahkan dalam bentuk kerja yang makin baik jika dia seorang pekerja. Ini sesama manusia apatah dengan Allah SWT.Bersyukur dengan segala nikmat, nikmat manakah yang paling besar dan utama ? Tentunya nikmat yang paling besar ialah "nikmat iman" yang telah kita perolehi. Alhamdulllah Allah jadikan kita salah seorang yang beriman kepada Nya dengan tergolongnya kita sebagai individu Islam. bayangkan masih banyak yang tidak merasakan nikmat ini dan mati
dalam keadaan tidak beriman kepada Allah Yang Maha Esa. Anugerah keimanan ini tidak lain dari Allah SWT. Sebab itu telah jenuh Rasulullah berdakwah kepada pamannya yang
dikasihi Abu Talib supaya dia masuk Islam namun dia mati dalam keadaan tidak mengucap dua kalimah syahadah.Sedihnya Nabi Muhammad saw. sehinggakan turunnya ayat dalam Surah Al Qashash ayat 56 :"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk."Bersyukurlah kepada Allah dengan kembali kepada ajaran Islam sepenuhnya, beramallah dengan Islam seluruhnya.
Berjuanglah dengan Islam dan jauhkan dari perjuangan yang tidak berlandaskan kepada Islam dan mengajak kepada kezaliman. Janji Allah SWT adalah benar bahawa kita akan dimasukan ke dalam syurgaNya yang penuh dengan nikmat jika
sekiranya kita besyukur . Syurga yang tidak pernah kita bayangkan betapa hebat nikmatnya seperti yang di gambarkan oleh Rasulullah dalam satu hadits qudsi :Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Dari Nabi saw., beliau bersabda: "Allah berfirman: Aku sediakan untuk hamba-hamba-Ku yang saleh sesuatu yang belum pernah dilihat oleh mata dan
tidak pernah didengar oleh telinga serta tidak terbesit dalam hati manusia"
Firman Allah SWT dalam Surah As Sajdah ayat 17 :
"Seorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka yaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan. "
Marilah kita bersyukur kepada Allah SWT tanpa bertangguh-tangguh dengan kembali segera kepada landasan yang benar, iaitu landasan Islam yang murni dengan tidak bercampurkan dengan sebarang idealogi karut dan menyesatkan. Terimalah Islam keseluruhannya tanpa menolak separuh dan menerimanya separuh. Jika kita telah menerima nikmat
Nya keseluruhannya tanpa menolaknya separuh dan menerimanya separuh , Maka wajiblah kita menerima Islam keseluruhannya.

Bersyukurlah...bersyukurlah....
bersyukurlah!!




Salam Jumaat,

-Ida a.k.a BLOGGER DNA ABU BAKAR-


3 comments:

Kasih said...

Tidak rugi jika kita mengucapkan kesyukuran kepada Allah, malah ditambah lagi dengan rezeki berlipat kali ganda. Kathirat saya apabila membaca artikel ini ialah: teringat pada seuah cerita pd zaman nabi ttg seorang fakir minta sangat daripada Allah supaya dirinya menjadi kaya. tapi Nabi s.a.w. berkata kepada fakir tersebut, "Bersyukurlah dgn keadaan kamu skrg ni. Allah itu Maha Mengetahui. Jika kamu diberi kekayaan, sudah tentu kamu akan lupa diri dan tidak lagi menyembah Tuhanmu. Sebab itulah Allah biarkan kamu miskin kerana Dia tahu apa kesannya jika kamu menjadi kaya."

feyza 231 said...

Alamak k ida. Tibe2 timbul keinsafan la dlm diri ni. Hehe. Alhamdulillah. Manusia perlu bersyukur. :)

K.Ida said...

akak: alhamdulillah3 moga sama2 kita diberikan Allah RabbulJalil jiwa2 serta iman2 yang sentiasa bersyukur atas nikmat kurniaannya dlm apa jua bentuk nikmat yg datang...samada ianya datang dalam bentuk ujian atau pun sebaliknya...wajiblah kita senantiasa bersyukur kepada-Nya..InsyaAllah!!

Related Posts with Thumbnails