Salam ukhuwahfillah dan penuh kerinduan buat semua DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM... moga berada di dalam lindungan dan Inayah-Nya...InsyaAllah!!
Di kesempatan ini saya ingin memberitahu bahawa pak ngah telah dimasukkan semula ke Wad Hospital Sultan Ismail,JB (HSI) pd hari semalam 2/3/10. Ini adalah disebabkan untuk melakukan pembedahan menampal kulit di bahagian kakinya yg disebabkan oleh penyakit kencing manis yg di hidapinya. Kondisi Pak Ngah di waktu ini alhamdulillah baik. Pembedahan yg akan di jalankan masih belum dapat ditentukan tarikhnya sehingga keadaan kesihatan pak ngah betul2 stabil.
Pohon seluruh DNA ABU BAKAR + HJH.UYAM mendoakan kesihatan dan kesejahteraan pak ngah seperti sediakala. Amin3 Yarabbalamin..InsyaAllah!! Moga Allah saja yg membalas segala jasa baik kalian mendoakan kesejahteraan dan kesihatan buat Pak Ngah. Amin!!
Salam ukhuwahfillah,
-Ida a.k.a Blogger DNA ABU BAKAR-
4 comments:
Moga papa diberikan kekeuatan menghadapi dugaan Allah ini! InsyaAllah..
Ida doakan papa sembuh seperti sediakala..
-anakandamu-
Ida
Semoga pakngah cepat sembuh spt sediakala. Amin.
thanks kak...moga Allah yg membalas jasa baik akak mendoakan kesihatan pak ngah
*tp pak ngah dah balik umah...22/3 nie br betul2 buat operation..
InsyaAllah, sesungguhnya kesakitan yang dialami dapat menjadi penghapus dosa. Ditambah dengan kesabaran, pahala dianugerahkan. Apa yang berlaku ke atas diri kita, itulah yang terbaik untuk kita daripada Allah. Kadangkala, keburukan di mata kita, itulah sebenarnya kebaikan di 'mata' Allah. Allah, Ya 'Alim, Ya Hakeem, Ya Khabir.
Moga Pak Ngah kembali sihat terutamanya di hati dan fikiran :) sebab fizikal tak akan terasa sakit kalau rasa sakit tak terdetik di hati dan minda kata tak sakit pun... everything comes from your heart and mindset.
Post a Comment